About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday, 1 August 2013

Emak dan anak

~Bismillah~



Sedikit santapan rohani sebelum berbuka.

Pada suatu petang nan indah, adalah seorang emak dan anak ni sedang sibuk-sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Tiba-tiba, si emak mula bersuara.

"Dik, tahu tak. Tadi dekat ofis mak ada ustaz ni bagi tazkirah. Dia cakap pasal tangan yang memberi..."

Si anak pun mendengarlah dengan khusyuk sambil membasuh-basuh pinggan yang tak pernah habis di dalam sinki.

"Hmm..." si anak merespon.

"Ustaz tu kata, makin banyak kita beri dekat orang lagi berkat rezeki kita. Maksudnya, walaupun kita ni asyik memberi je tapi rezeki kita tak pernah habis. Takkan ada masa yang kita rasa kita kekurangan duit disebabkan kita banyak memberi pada orang."

"Jadinya?"

"Yalah... meaning... macam kamu kan selalu belikan kawan-kawan kamu hadiah. Bagi cupcakelah, beli bookmarklah, selalu belanjalah, beri bukulah, beri macam-macam hadiah. Tapi ada kawan-kawan kamu yang tak appreciate in the sense that bila diorang tengah happy, tak ada yang ingat dekat kamu. Bila diorang tengah makan sama-sama, tak ada yang ingat nak ajak kamu join sekali. Nak katanya, apa yang kamu buat pada mereka tu seolah-olah tak berbalas..."

"Hmm..." sedih hati si anak ni bila mengenangkan dirinya sering berada di ranking yang paling last dalam hidup kawan-kawannya.

"Tapi, walaupun macam tu, nak katanya sikap suka memberi kamu tu yang tak mengharapkan balasan apa-apa, dah membuktikan bahawa kamu dapat yang lebih baik lagi. Maksudnya, kamu mungkin tak dapat balasan daripada kawan-kawan kamu yang kamu dok selalu beri hadiah tu, tapi kamu dapat ganjaran yang lebih hebat dan bermakna daripada Allah atas sifat pemurah kamu dalam memberi."

"Contoh ganjarannya apa mak? Kenapa adik rasa tak macam tu pun..." Sedih.

"Yalah. Contoh yang paling jelas Allah balas kebaikan kamu tu, tengok, kamu tak pernah rasa hidup kamu susah atau kesempitan wang. Lagi pulak, kamu berjaya lulus exam final kamu dengan CGPA yang baik, dah bergelar graduan universiti dah pun. Dan lagi satu. Kamu baru habis belajar tapi kamu tak sempat menganggur. Pegi interview, terus dapat tawaran bekerja. Itulah keberkatan dalam pemberian kamu pada orang."

Si anak tersenyum dan hati mula terasa sebak. Air mata hampir jatuh menitis.
Mulanya sedih. Sedih sangat. Selama ni si anak sering merasakan bahawa kehadirannya dalam hidup orang lain dirasakan tak bermakna bagi orang itu. Dia buatlah baik macam mana pun, orang tu tak acknowledge si anak dalam hidupnya. Tapi, bila mendengar cerita si emak tadi, hatinya berasa lega. Kini baru dia sedar bahawa tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Dan yang paling penting sekali... jangan pernah berputus asa dalam "memberi" sebab ada keberkatan yang luar biasa dalam sikap "suka memberi" yang mana hanya Allah saja yang tahu...

Memberi perlu hadir bersama keikhlasan. Jangan lupa tu!

*Hidup kena banyak memberi. Bila banyak memberi, banyak pulalah kita menerima. Bukan menerima daripada manusia, tapi menerima daripada Sang Pemberi rezeki itu sendiri, Allah yang Maha Pemurah. Jika kita rajin memberi, tanpa kita sedar apa yang kita beri tu akan berbalik semula pada kita dalam bentuk yang lain. Lihatlah indahnya keberkatan dalam memberi. Syukran ya Allah.

SELAMAT BERBUKA KAMU!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails