About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday 29 November 2013

AGM & AN QYC '13

~Bismillah~

"Imah, masuk je UIA nanti, cari kelab nama dia Quranic Youth Club. Nama pendek dia, QYC. QYC tau! Jangan cari kelab lain."
Kenapalah abang aku ni nak sangat aku masuk kelab ni. Tak faham! Desus saya dalam hati.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa tahun dalam QYC, perasaan saya,
"Wow!"
"Oooo... patutlah abg nwar beriya sangat nak aku masuk kelab ni."
"QYC memang OSEM! Sumpah tak tipu!"

Macam nilah rasanya... hehe...

QYC ni memang kelab yang sangat unik dan saya rasa macam ada keberkatan dalam kelab ni.
Entah kenapa. Feeling saya sepanjang bersama-sama dengan QYC ni lain macam je sejak saya mula melangkahkan kaki menjadi ahlinya. 

QYC banyak mengajar saya erti kehidupan sebagai seorang Muslim dan erti ukhuwah.
Serius! Mana ada dah kelab yang mementingkan keperluan rohani kita dan ikatan persahabatan kita dengan kawan-kawan macam QYC ni. Jadi, memang patutlah abang saya desak-desak saya join. Dan saya pulak, tak pernah menyesal masuk QYC. Walaupun tak semua program saya ikut, tapi kebersamaan dengan QYC masih dapat saya rasakan walaupun sekarang saya dah bergelar graduan UIA.

Semalam, adik-adik board QYC buat AGM sekali dengan AN. Saya dijemput.
See! Inilah kebersamaan yang saya cakap tu. Tak kisahlah sama ada saya ni masih lagi pelajar UIA atau tak, mereka tetap akan ajak saya ikut berprogram bersama mereka. Best, tak??? Best, kan?

Bila jumpa mereka, tengok mereka atas stage, bentangkan report, saya teringat masa zaman saya jadi salah seorang ahli board QYC. Rindunya saat tu! Sangat sangat rindu!
Tapi semua tu tetap dalam kotak memori ni. Saya akan simpan sampai saya mati.

QYClah yang buat saya rasa saya ada kawan-kawan yang baik.
QYClah yang buat saya rasa saya boleh sumbangkan sesuatu pada ummah.
QYClah yang buat saya rasa saya ni bernilai dalam Islam.
QYClah yang buat saya rasa saya ni belong to certain group of people, iatitu orang-orang
yang cintakan Islam dan mengamalkan Islam itu sendiri.

Bagi saya, QYC adalah mutiara berharga yang saya takkan dapat dekat mana-mana selain bumi UIA.

Ni ada sedikit gambar saya bersama mereka, keluarga QYC yang saya sayang
sekitar AGM dan AN QYC '13 semalam.
Tengoklah ya.

Belahan jiwa saya
Adik saya yang manis lagi bergaya, mantan penolong ketua Telesqop
Adik saya yang comel dan sangat manja, mantan bendahari
Kakak saya, sebaik-baik manusia yang pernah saya jumpa, mantan penolong ketua WNU
Adik-adik saya yang sangat komited
Adik kesayangan PNI saya
Adik saya yang sangat comel!, bakal board 
Bakal board QYC yang baru jugak
Adik-adik QYC buat persembahan

Apa yang saya boleh cakap ialah saya sangat sayangkan QYC. 
Saya berterima kasihlah pada abang saya sebab promote kelab ni dekat saya. 

Walaupun saya dah grad sekarang, tapi saya masih merasakan yang saya ni kepunyaan QYC.
Jadi, setiap program yang adik-adik buat dan jemput saya, tak kira susah macam mana, 
saya akan tetap usahakan untuk pergi.

Kepada adik-adik first year or second year yang masih belum register mana-mana kelab,
silalah cuba registerkan diri adik-adik dalam QYC ni. Masa adik-adik akan sentiasa terisi bila bersama dengan QYC. Bukan setakat program-program rohani, program-program pembangunan fizikal dan mental serta program-program ukhuwah semuanya ada dalam QYC.

Adik-adik pasti suka! Cubalah kalau nak tahu!

*smile*

Terima kasih QYC! 
QYC, FOREVER IN MY HEART! Aicewah!

:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails