About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 27 May 2009

Hati yang kau sakiti (Edisi 4: Rintihanku)

Salam.

Mungkin post kali ini agak keterlaluan. Saya tahu memang tidak sewajarnya saya menceritakan isi hati saya di sini. Tapi saya yakin segala yang tersirat di sini hanyalah satu luahan perasaan saja. Memandangkan saya tidaklah mempunyai seorang teman yang benar2 rapat untuk mencurahkan segala isi hati, jadi terpaksalah saya gunakan ruangan ini untuk berkongsi segala sakit pahit yang ditanggung hati saya selama ini. Saya harap tindakan saya ini tidak menimbulkan sebarang prasangka. Insya Allah.

Saya ada menulis comment di facebook saya, '

zimah rasa kehilangan kawan... tp... seorang teman baru datang dlm hidup zimah!!! alhamdulillah!!!! bahagianya!!!

Saya mengaku yang saya berasa sangat bahagia sekarang ni kerana Allah telah mempertemu saya dengan seorang lagi sahabat baru setelah seorang sahabat saya pergi meninggalkan diri ini terkapai-kapai tanpa sebarang berita. Panggilan mahupun SMS tiada satu pun yang dijawabnya. Saya bukanlah benci, menyampah, sakit hati jauh sekali berdendam dengannya, cuma saya tertanya-tanya apa salah saya terhadap dirinya? Mengapa saya dibelakangkan sebegini rupa? Di mana letaknya segala kekurang dan kelemahan saya? Saya boleh menerima sekiranya dia berterus terang dengan saya akan hal yang sebenarnya. Tapi saya tidak rela diperlakukan seperti ini.

Setiap kali memikirkan dirinya, air mata pasti akan jatuh ke pipi, tanpa saya minta. Setiap kali jari jemari ini menekan keyboard untuk menulis tentangnya pasti akan rasa sebak di hati. Rasa sedih dan kecewa di hati ternyata hanya Dia Maha Mengetahui. Tapi, menangis air mata darah sekalipun, apa yang saya mampu lakukan? Apa yang kita boleh lakukan lagi bila seseorang itu sudah membuang kita jauh2 dari hidupnya dan tidak lagi memerlukan kehadiran kita di sisi?

Setiap kali punya sahabat baru, pasti saya akan teruji begini. Setiap kali pertemuan kami, dlam sekelip mata sahaja perpisahan akan mengundang kami. Hati yang pada mulanya berbunga bahagia, tidak lama lagi pasti akan luka berdarah. Saya tahu, inilah qada' dan qadar Allah yang telah diberikan kepada saya. Tapi saya tetap merasakan seolah-olah saya ini hanyalah seorang sahabat 'pakai-buang' saja di mata mereka. Pada mereka, sewaktu mereka sedih, sendirian dan terasa kehilangan, saya sentiasa bersama menghiburkan hati mereka, namun setelah mereka bahagia (agaknya) senang, dan terasa diri sudah diterima kembali mereka akan pergi membuang saya jauh2 dari hidup mereka. Mereka tidak memerlukan saya lagi. Saya benar2 merasakan saya ini tidak lebih seperti kacang yang dibuang kulitnya. Hanya kebaikan isinya saja yang diambil dan dibuangnya kulit kerana tiada kegunaannya lagi (sesuai kot analogy ni).

Setiap hari, rintihan akan terus memenuhi keheningan malam, selagi hati ini tidak menemukan penawarnya yang sebenar...

6 comments:

Anonymous said...

i think..dis is urs:
"janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Ali Imran: 139)

AFIF said...

ya Allah..baiknya akak ni.. saya rasa akak ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat x 8766272929292 baik.. huhu.. dari pengalaman sy sendiri sy penah putus kawan dengan kawan karib saya yang dah berjanji apapun akan hadapi segalanya, tapi saya rasa biasa je bila kitaorg putus kawan.. saya rasa tak ada beza.. jadi saya rasa akak ni mmg sangat2 baikla.. dan sangat m'hargai kawan.. huhu..

Zimah Zaiwani said...

anonymous:

terima kasih byk2. saya selalu igt ayat ni tiap kali saya sdh. cm, sakit di hati masih lg terasa smpikan kdg2 saya lupa apa yg tlh Allah firmankan dalam kitabnya. terima kasih kerana mengingatkan saya. semoga diberkati Allah.

Afif:

terima kasih afif. setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. btw, apa mksd nombor byk2 tu?

AFIF said...

x 8766272929292 maksudnya darab 8766272929292.. hehe

[MH] said...

wei budak kecik..sila bg sekurang2nya 5 alasan mengapakah kamu tidak wish sy birthday ari tuuu??

sms pun tarakk..

haiyaa..

p.s: nnt i balik,nk pegi genting kan?cari weekend yang emak,u,hafiz n zaim free utk kkuar pegi jalan2..
Org2 besar tak bley join laa..

p.s lagi : i belanja u all..tapi kalau u nak top up skit2 bley gak..huhu..

Zimah Zaiwani said...

fathiyyah:

alamak!!! lupalah kat birthday girl!!!! sorry!!! xpe2... sbg denda utk i, i akn buat post utk u. jgn nangis, xmo sdh2 k? cayang u!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails