Salam.
Ini kisah tentang bulan.
Ini kisah tentang bulan.
Kali pertama bulan hadir dalam hidupku, kegelapan yang ku alami telah tiada.
Bulan mengisi setiap ruang kesunyianku dengan cahayanya yang indah sekali.
Bulan yang cantik sentiasa menjadi peneman setiaku. Pendengar yang setia dan kini,
dialah satu-satunya sahabat setiaku.
Setiap malam, aku akan mendongak ke langit, mencari kelibat bulan.
Jika kelibatnya tiada kelihatan, aku hampa, kecewa sekali kerana
aku sangat memerlukan cahayanya. Melihat cahayanya itu, mampu mensurutkan
rasa sedih di hati. Terasa setiap belaian cahayanya itu terus ke jiwaku.
Dengan keterangan cahayanya itu, aku jadi lupa tentang semua masalahku.
Tapi, aku tahu aku tidak akn pernah dikecewakan.
Adapun sekian kalinya bulan tidak muncul di kaki langit, aku yakin dia masih di situ.
Bersembunyi di balik awan-awanan, memerhatikanku dari jauh.
Bulan masih tersenyum kepadaku.
Subhanallah! Lihat bulan itu. Benarkan kata-kata ku! Dia masih di situ, memerhatikanku.
Bulan masih menjagaku. Masih setia menjadi sahabatku.
Lihatlah, manisnya senyuman bulan itu. Tak pernah sekalipun dia lupa
untuk senyum padaku kerana dia tahu, setiap bibit-bibit hidupku amat memerlukan
sahabat sepertinya. Baiknya bulan itu!
Tak pernah sekalipun bulan meningalkanku sendirian.
Meniti segala onak dan cubaan dari Tuhan.
Aku bersyukur Tuhan memberikanku sahabat sebaik dan seindah bulan.
Setiap hari aku berdoa agar Allah memberkati persahabatan kami.
"Eh... kejap! Tunggu! Bulan, bulan nak ke mana tu?"
Bulan berkata, "Jagalah dirimu baik-baik, duhai sahabatku. Walaupun aku tidak lagi
di sampingmu, ketahuilah bahwasanya aku sentiasa ada untukmu.
Jangan kau fikir ketiadaanku menghiasi gelitanya malam adalah pemergianku
untuk selamanya. Kerana, walau apa pun yang terjadi, aku masih menuruti perintahNya.
Cuma, satu saja yang ingin kuungkapkan sebagai kata-kata akhir dariku."
Air mataku berguguran. Balasan dari bulan aku nantikan.
"Maaf kerana aku tidak bisa menjadi peneman setiamu lagi."
Aku rebah. Hati bagai ditusuk-tusuk dengan hunusnya pedang. Berat sungguh
mahu menerima hakikat ini. Tapi ketentuan Tuhan tiada dayanya untuk ditolak.
Diterima dengan seikhlas mungkin.
Bulan beransur pergi. Kini semuanya telah berubah, selari dengan titah yang
Maha Menentukan. Dia hanya mahukan yang terbaik buat diriku dan juga bulan.
Kalau ini yang diberikan, aku redha. Permintaan Kekasih, tidak boleh aku hampakan.
Tapi, Dia masih memberiku kesempatan untuk menatap teman-teman bulan, para bintang,
melepaskan kerinduanku pada bulan.
Syukur alhamdulillah, bulan masih ada di langit. Cuma, dia tidak dapat
lagi menemaniku seperti selalunya.
Tidurlah dulu, wahai bulanku. Semoga suatu hari aku bisa melihat cahayamu
yang lebih indah dari ini. Ketahuilah wahai bulan, sahabatku,
bahawa aku sangat menyayangimu dan aku
tidak akan sesekali berpaling dari terus mendongak ke
langit untuk mencarimu lagi. Semoga persahabatan kita akan terus kekal
hingga ke syurga.
Bulan! Jumpa lagi!
~Tamat sudah kisah aku dan bulan~

4 comments:
Wahai bulan...apakah mungkin cahayamu bukan untuk aku tetapi untuk menerangai insan lain...hehehe
Adik, usah bermimpi utk mencapai rembulan yg jauh di awan....hanya Dr. Sheikh Muzaphar saja yg mampu mengapainya...:-D
mak nii!!!!
hikayat bulan yg sgt puitis..suka baca kisah bulan ni..
hehehhee.... saya pencinta bulan.....
Post a Comment