About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday 18 August 2011

Puisi: Gagalnya Pemerintahan




* Puisi ini kupetik daripada buku "Bogel Menuju Tuhan" karya Zahiril Adzim. Ada sesuatu yang ingin kukongsikan bersama di sini. Sila baca puisi ini elok-elok dan hayatilah isi yang terkandung di dalamnya. Ingat, jangan menilai sesuatu dari luaran, tapi amatilah ia dari hati yang telus. Insya-Allah anda akan dapat makna tersiratnya.


 

Gagalnya Pemerintahan
Oleh: Zahiril Adzim


Aku seorang pemerintah
yang memerintah

kepala, rambut, dahi, mata, hidung, bibir
lidah, gigi, dagu, telinga,
aku.

Leher, bahu, siku, lengan, tangan, jari,
dada, perut,
aku.

Zakar, peha, lutut, keting, betis,
tumit, jari, kaki,
aku.

Aku seorang pemerintah,
yang memerintah

minda,
jiwa,
iman,
roh,
aku.

Aku seorang pemerintah yang?
Yang gagal.

Gagal memerintah semua ini dengan baik.

Aku mahu pemberontakan.



Apa pendapat anda? Bagus tak puisi ini?

Lupakan sebentar pada gaya bahasanya. Sebab, setiap penulis ada gayanya yang tersendiri bila menukilkan sesebuah puisi. Aku juga begitu. Apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan.

Mari aku kongsikan pendapatku mengenai puisi menarik ini.

Puisi ini mengingatkan aku kembali tentang amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Kalau diikutkan, terlalu banyak sebenarnya amanah yang Allah berikan untuk kita memikulnya. Mengapa? Sebab kita ialah hamba-Nya yang terpilih. Kita adalah khalifah bumi. Sebab itulah Allah tidak teragak-agak untuk memberi kita peluang menggalas kesemua amanah ini.

Namun, amanah yang dimaksudkan dalam puisi ini pula ialah kesemua anggota badan yang telah dianugerahkan-Nya atau secara mudahnya, diri kita sendiri. 

Puisi ini memfokuskan pada perkataan 'pemerintah'. Siapakah pemerintah yang dimaksudkan? Sudah tentulah kita, khalifatullah.

Dan hakikatnya memang benar, kita ini seorang pemerintah. Pemerintah kepada siapa? Baik. Kata pemerintah itu luas maknanya. Tapi bagi orang biasa seperti kita, yang tidak menyandang apa-apa jawatan dalam seseuah institusi negara atau organisasi, kita masih tetap seorang pemerintah (atau pemimpin) yang memerintah diri kita sendiri.

Seperti yang dinyatakan dalam puisi di atas. Zahiril menggunakan 'aku' yang melambangkan diri kita sendiri (setiap daripada kita) dan dia turut menyebut beberapa anggota badan manusia yang secara kiasannya menjadi sesuatu yang diperintah.

Bila membaca puisi ini, aku jadi terfikir sendiri. Kemudian, aku menyoal diriku, "Adakah aku juga seorang pemerintah yang baik kepada semua yang diperintah ini?" Maksudnya, adakah aku sudah menggunakan seluruh anggota badanku ini sebaik-baiknya? Adakah aku menggunakannya ke jalan kebaikan atau sebaliknya? Adakah aku memerintahnya berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam? Banyak lagi soalan yang perlu ditanya semula kepada diri, tapi fikirkanlah sendiri.

Jika dilihatkan pada isu semasa, kita tengok betapa banyaknya kes sosial yang melanda umat Islam pada hari ini. Tak perlu pergi jauh-jauh. Dalam negara sudah cukup. Rogol, pembunuhan tanpa abelas kasihan, simbah asid, kemalangan jalan raya, tukar jantina, dan banyak lagi (tak perlu disebut satu persatu sebab terlalu banyak). Lihatlah, betapa rosaknya masyarakat kita pada era ini.

Mengapa semua ini  bisa terjadi?

Ya. Kerana kita gagal memerintah diri sendiri. Kita langgar semua hukum Allah. Kita menentang syariat-Nya. Kita hanya bertindak ikut suka hati saja tanpa memikirkan baik buruknya.

Nampak tak perkataan 'minda,' 'jiwa,' 'iman,' dan 'roh' dalam puisi di atas? Sebab yang paling utama mengapa kita semakin rosak pada hari ini ialah disebabkan kita gagal memerintah keempat-empat elemen ini dengan baik. Kita gagal mengisi minda, jiwa, iman dan roh kita dengan elemen-elemen Islam. Minda, jiwa, iman dan roh kita dibiarkan ketandusan unsur-unsur Islam. Kita biarkan minda, jiwa, iman dan roh kita diperintah oleh Barat. Di mana sifat kepimpinan kita yang sebenarnya? Mengapa tergamak kita membiarkan diri kita terus dijajah oleh ideologi-ideologi Barat? 

Menerusi kejadian-kejadian aneh yang tersiar jelas di dada akhbar sudah cukup membuktikan bahawa kita ialah seorang pemerintah yang gagal memerintah diri kita dengan baik, seperti yang disebutkan dalam puisi Zahiril ni. Inilah yang menyebabkan institusi Ad-Din lemah kerana kita tidak tahu bagaimana ingin membawa diri ini kembali ke jalan asal. Jalan yang diredai-Nya. 

Jadi, sarananku, sebelum kita memikul tanggungjawab yang lebih besar pada masa akan datang, cuba kita fikirkan kembali. Adakah kita benar-benar sudah menjadi pemerintah yang baik kepada diri kita sendiri? Jika, belum, hendak buat apa? Berdiam diri saja? Tidak. Islam telah menyediakan banyak panduan kepada kita tentang bagaimana ingin menjadi pemerintah yang baik. Jadikan para Nabi dan sahabat sebagai contoh teladan yang baik. Lihatlah kerendahan hati mereka memerintah diri sendiri sebelum mereka memerintah sebuah empayar yang besar!

Namun, sebenarnya, memerintah diri sendiri adalah lebih sukar kerana menundukkan nafsu sendiri bukanlah suatu kerja yang begitu mudah. Bak kata sahabatku, nafsu lebih cenderung kepada perkara-perkara negatif. Bagi membuatkannya menyukai perkara-perkara positif, caranya mudah saja. Perkenalkan ia kepada perka-perkara positif dan latihlah ia membuat perkara-perkara positif dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan istiqamah. Fahamkan maksud aku?

Cuba baca puisi ini berkali-kali. Ia bagus untuk kita memuhasabah semula diri kita yang serba dhaif ini.

Wallahua'lam.


p/s: Terima kasih Zahiril kerana telah menukilkan sebuah puisi yang menarik. Semoga ia menjadi pengajaran bagi sesiapa saja yang membacanya. Insya-Allah.


3 comments:

Umairah. said...

salam'alayk.
adik! :)

akak peminat dia. i mean, his poems. and actiong jugak kot, sket2. eheh. :P

btw, zimah beli kat mana?
i wish to have one. xD

bestt nya puisi tu.
sangat~

thanks for this review.

ps: eid murabak 1432 h, dik. maaf zahir n batin. harap dpt jumpa sem depan. :)

Zimah Zaiwani said...

kak umai: zimah blh pinjamkan akak kalau akak mahu. tp kalau akak nk beli utk simpanan sendiri, dkt mph ada kak. hr zmah pergi tggl 1 je. tp mungkin dia akn kuarkan byk copies lg. mmg sgt best! walaupun bhs dia agak kasar, tp mesej yg nk disampaikan, subhanallah. x sangka artis mcm dia bgtu rendah hati ;)

p/s: hrp dpt jmp akak jgk sem dpn!

Anonymous said...

owh..kecik sungguh uia ni..umyrah kawan rapat k mas..zmah ex-rumet yang rapat dengan k mas...both of u too precious 4 me...nnti hampa pakat buat jejek kasih ea..berpaksikan nurmasturah..hehe

-k mas-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails