About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 15 June 2012

Tour de Campus bersama adik-adik SK Saujana Utama


Bismillah.

Semalam, 14 Jun 2012, CENSERVE IIUM telah mengadakan satu lagi aktiviti menarik semasa cuti semester iaitu program Tour de Campus bersama adik-adik dari SK Saujana Utama. Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang ini benar-benar memuaskan hati.

Ini kali ketiga aku mengikuti program sebegini. Tak sangka, seronok sangat-sangat bila bersama-sama dengan adik-adik comel ni. Bak kata Ustaz Abdul Rasyid, guru Bahasa Arab mereka yang turut hadir dalam program ini, mereka ini umpama kain putih yang diamanahkan kepada kami bagi mencorakkannya dengan nilai-nilai Islam. Subhanallah, berat amanah ni, ustaz. Tapi dengan izin-Nya, semuanya berjalan dengan baik.

Nak kongsilah sedikit di sini apa yang kami buat sepanjang program ni.

Pada asalnya, program ini banyak slot. Selain Tour de kampus, kita ada menyediakan slot Sharing Moment dan aktiviti ringkas untuk menguji kreativiti adik-adik. Tapi nak buat macam mana? Masa tidak mengizinkan. Memandangkan para guru pengiring sudah berjanji dengan ibubapa murid-murid akan kembali ke sekolah mereka sebelum jam 4 petang, jadi program terpaksa ditamatkan dalam jam 3.30 petang. Sedih sebenarnya, tapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya dapat juga luangkan masa berjalan-jalan sekitar IIUM dengan adik-adik.

Sambil-sambil bawa mereka melawat bangunan-bangunan kuliyyah dan beberapa kemudahan yang terdapat di IIUM ni, banyak juga soalan yang mereka tanya tentang IIUM ni. Lihatlah, betapa tingginya perasaan ingin tahu mereka tentang alam universiti ni. Aku pula jadi seronok nak menceritakan pengalamanku belajar di sini. Alhamdulillah.

Berjalan, berjalan dan berjalan, akhirnya kami sampai di perpustaakaan IIUM yang diberi nama Darr al-Hikmah. Punyalah melonjak gembira adik-adik ni bila dapat tahu yang mereka diizinkan untuk masuk ke dalam. Bila dah masuk, apa lagi, terujalah si kecil ni semua. Mana taknya, bukan saja sejuk, malah ruangan perpustakaan IIUM yang besar turut menarik perhatian mereka semua. Ini membuatkan impian mereka untuk sambung belajar di IIUM membuak-buak. Hehehe. Seronok tengok mereka semua gembira.

Dipendekkan cerita, ada lah sedikit aktiviti selingan yang kami buat demi mengisi masa adik-adik sementara menunggu majlis penutup. Setelah itu, majlis penutup pun berjalan dan Abang Yazid meminta agar adik-adik SK Saujana Utama bersalaman dengan abang-abang dan kakak-kakak fasi. Bila bersalaman, berciuman dan berpelukan dengan adik-adik ni, terasa hangat sangat. Rasa kasih dan sayang pada mereka semakin memekar. Bila dah peluk tu, rasa susah sangat nak lepaskan pelukan mereka. Dalam banyak-banyak murid SK Saujana Utama ni, ada dua orang murid yang berjaya menambat hatiku. Seorang namanya Atiqah dan seorang lagi namanya Zaulaiqha. Kedua-dua mereka sangat ramah denganku dan tak henti-henti menangkap gambarku sepanjang perjalan kami melawat IIUM. Comel sungguh mereka ni.

Okay, penat pula menaip. Jom kita layan gambar-gambar di bawah ni pula ya.


Sampai saja di IIUM, sempat lagi bergambar di tangga besar

Adik-adik tekun mendengar taklimat program

Tour de campus pun bermula

Penat berjalan... berehat sekejap ambil udara sejuk perpustakaan

Yang sebelah kiri gambar tulah Atiqah. Comel, kan?

Yang tengah tu pula Zulaiqha

Barisan guru lelaki yang sudah keletihan menjamu pelbagai jenis makanan di setiap kafe IIUM

Fasilitator perempuan bergmbar bersama guru-guru perempuan SK Saujana Utama sebelum berpisah

Selamat tinggal adik-adik! Jumpa lagi nanti!

Walaupun penat melayan kerenah adik-adik comel, tapi kami tetap cool dan  enjoy!

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)


Wallahua'lam.

Jumpa lagi pada program CENSERVE atau QYC yang akan datang!

p/s: Terima kasih kepada Puan En sebab mengajak saya menyertai program ini. Next time, jangan lupa ajak saya lagi ya. TERBAIK! ^_^

1 comment:

ensiyahmuhammad said...

erk erk erk. kenapa puan kenapa puan kenapa puan??? tidak!!!!! haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails