About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday 29 April 2013

Aku, mereka dan PWTC

~Bismillah~


Dapat jugak beli manual make-up yang saya nanti-nantikan selama ini.
Thank you mummy!


Gotta bad news here. Anak bongsu Lala sedang nazak.
She's still breathing so hardly when I was taking her picture.
But she won't be long... She will leave us soon.

Sedihnya...

T_T

Saturday 27 April 2013

Emak


~Bismillah~


ini ibu saya. saya sebahagian daripada dia dan dia sebahagian daripada diri saya.
saya takkan benarkan sesiapapun sakiti hati ibu saya ni.
sesiapa yang menyakiti hatinya atau dirinya,
bermakna dia juga telah menyakiti saya.
saya takkan biarkan sesuatu yang buruk jadi pada ibu saya.
walau macam mana pun saya akan berusaha jaga ibu saya baik-baik.

tp... saya terfikir...
kalau dah sampai masanya untuk saya terpaksa melepaskannya pergi,
adakah saya kuat untuk menghadapi hari itu???

mak... imah sayang mak sangat sangat!

cium pipi mak berkali-kali
pegang tangan mak erat-erat
peluk mak ketat-ketat

mak...
forever I'm yours......

T__T

Friday 26 April 2013

Ikhlas daripada sahabat

nipisnya hati aku.
senipis iman diijiwa.
banyaknya aku terasa dengan manusia.
mungkin DIA mahu aku tahu.
kerdilnya aku sebagai hamba.
hinanya aku sebagai hamba.
kenapa aku menangis?
kenapa aku masih ada kecewa?
kerna DIA mahu aku ada bersama-Nya.
agar aku merintih, menangis, mengadu kepada Dia.
Dia mahu mendidik aku.
untuk aku menjadi hamba Dia yg hebat dan kuat.
tapi..aku masih disini.
aku masih bertatih..
menjadi seorang hamba Dia.
seringkali aku terfikir,
masih adakah peluang untuk aku?
jauh disudut hati, ada iman berbisik.
Dia maha Pengampun. Maha Penolong.
pastinya tidak Dia biarkan aku.
meski berjuta kali aku masih sama.
Dia tetap setia menanti.
sampaikan aku tersungkur rebah.
dengan jiwa yang lemah.
aku menangis mengadu segala kdukaan.
Dia tetap setia mendengar.
meski aku terlalu hina.
tidak pernah Dia meninggalkan.
disaat ini.
aku tersedar dari mimpi dan angan2.
yang seringkali membawa aku kedunia dusta.
yang hanya dipenuhi nafsu.
benar kata dia
"hati aku terlalu kotor,hati aku hitam'
kerana itu nampaknya aku lemah.
tapi kini,aku mahu bangkit!
bukan kerana insan.
tetapi kerana Dia.
sekian lama Dia menanti.
tangisan airmata kerana-NYa.
mengadu segala ujian kepada-Nya.
diberikan aku rasa "sakitnya" kerna insan.
supaya aku tahu cuma Dia yang aku perlukan.
perlahan2 hati ini tenang.
biar dgn rasa sakit ini.
aku mahu bangkit!
biar nanti aku nampak hebat dimata-Nya
tidak mahu aku peduli siapa aku dimata insan.
tetapi aku siapa aku dimata Allah.
aku malu.
aku hina.
tapi aku yakin dengan kalam-Nya
Dia yang selalu ada disisi hamba-Nya.
disetiap saat hamba-Nya mengingatinya.
disetiap saat hamba-Nya memerlukannya.
adkalanya aku khuatir..
mampukah aku untuk terus bertatih?
sehingga aku mampu berjalan?
bisik hati
"aku perlu cuba"
aku perlu usha.
aku perlu kuat.
aku perlu berubah!
-kataHatiHambaYangDhoif~
#ujian hati kita mungkin sama. cuma caranya yang berbeza.
kata hati ini dikongsi tanda sya sayang zimah# LOVE!

p/s: Terima kasih sahabat atas nasihat yang berharga ini... walau susah, aku cuba untuk bangkit daripada setiap jatuhan... :')

Dulu kini dan selamanya... kita tetap sahabat...

~Bismillah~

dulu kita macam ni... berjauhan... jauh sangat...
bertegur sapa pun tak... kenal pun tak nak bertegur sapa apanya...
sombongnya masing-masing...
yelah... masing-masing ada kawan sendiri...
kalau selisih pun, bukannya nak senyum ke apa ke...
bila teringat balik, asyik tergelak sorang-sorang...
hehe


lepas tu... kita dah mula boleh masuk sikit-sikit...
teruja bila dipuji oleh kamu masa saya rehearsal teater Kronologi Cinta...
kamu kata;
"cantiklah Zmah... mata En tak boleh lepas tengok muka Zmah..."
lebih kurang macam nilah kamu cakap...
sambil menatap wajah saya yang biasa-biasa ni...
yelah.. masa tu kamu first time tengok wajah saya tanpa kaca mata tebal saya kan...
hehe lagi...

dan masa lawatan adik-adik dari SK Saujana ke UIA...
kita dah boleh borak sama-sama sikit-sikit....
alhamdulillah... satu perkembangan yang bagus!
tengok ni... jurang antara kita pun dah semakin mengecil... kan?
hehe...


kadang-kala hidup ni penuh dengan misteri...
dan ternyata bila kita selami misteri-misteri tu.. 
tak sangka ia menjadi sebuah kejutan yang sangat mengejutkan!
siapa sangka kita boleh jadi rapat...
dan rapatnya kita bermula daripada sejak saya ajak kamu jadi camerawoman saya
iaitu di Taman Tasik Metropolitan...

tengoklah ni... baru je rapat tapi siap dah boleh main berposing-posing pulak lepas shooting...
hehe


dan kita menajdi semakin rapat dan rapat bila pergi bercuti bersama-sama...
sampai ke Genting Highlands kita membawa perasaan kita, kan?
dan di atas Space Shot jugak kita melepaskan segala kegeraman di hati... 
hehe


kamu... saya nak jujur ni...
boleh dikatakan hampir setiap malam saya tidur dengan hadiah kamu ni...
sebelum tidur, tak sah kalau tak membelek-belek hadiah kamu ni
entahlah... walau ianya simple tapi ia sungguh bermakna di hati saya...
saya rasa sayang sangat dengannya macam saya sayang pada si pemberinya jugak...


setakat ni... dalam tempoh perkenalan yang begitu singkat ni...
saya boleh kata banyak jugak memori yang kita cipta bersama...
walau terkadang saya rasa kamu semakin menjauh dari saya...
tapi di hati ini jujur terasa kamu semakin mendekati...
indahnya ukhuwah itu kan?

Allah ni memang baik... cepat je Dia temukan saya dengan pengganti yang lebih baik...
saya ada ramai sahabat yang sangat baik
dan kamu salah seorang dari mereka...

tapi... saya ada satu soalan. kenapa saya baru kenal dengan orang-orang baik ni
di saat-saat saya tak lama dengan mereka?
sedih tau... tapi saya redha.
dapat mengenali kalian pun dah cukup membahagiakan saya.
terutamanya kamu.


En Siyah Muhammad...
kamu ni memang anugerah Allahlah buat saya...
tak tahu nak cakap macam mana dah...

tapi saya minta maaf... sebab setiap kali saya perlukan kamu
kamu pasti ada bersama
tapi bila kamu tengah susah atau sedih
saya tak mainkan peranan saya sebagai sahabat yang baik...

tapi di hati saya... kamu tetap sahabat saya
dulu kini dan selamanya
dan doa saya untuk kamu tidak akan pernah putus

semoga Allah meredhai kita berdua.

:')

Tuesday 23 April 2013

Puisi: Tentang dia


Gambar nipun dia yang tangkap. Kenangan STABAZ IIUM (2012)

dia
dia pemalu
dia pendiam
dia kurang bercakap
tapi dia peramah
dia pendiam
tapi dia pandai berjenaka
dia lemah lembut
tapi dia tegas
dia nampak garang
tapi dia murah dengan senyuman
dia lokek duit
tapi dia sangat suka memberi
dia perahsia
sebab dia tak suka menyusahkan orang lain
dia senyap
sebab dia suka mendengar
dia suka Jepun
aku pun suka Jepun
dia ada yukata
aku pun pernah ada yukata
dia sangat hormat orang tua
dia rajin
dia kuat bekerja
dia pandai memikat hati orang ke arah Allah
dia suka memberi semangat pada orang
dia penyayang
dia baik hati
dia kuat tarbiyah
dia kuat berda'wah
dia bijak
dia manis
dia segala-galanya bagiku (dulu)

walau kini dia sudah 'tiada'
tapi di hati ini dia masih tetap wujud

semoga Allah sentiasa lindungi dia
di mana jua dia berada


(muka tersenyum, hati cuba menahan rasa sebak)
(air mata sudah kering kerana terlalu banyak menangis untuknya)

ya Allah... Kau redhailah dia

Sunday 14 April 2013

Terbang

~Bismillah~


"Jangan cuba untuk terbang tinggi. Nanti jatuh, akan parah."~Amir Mukhlis

"Amir... kita perlu cuba. Cuba terbang tinggi. Kalau kita jatuh pun, kita tak menyesal. Sebab kita dah cuba."~Wardah


Atas tu dia. Bawah tu aku. Dan ini ialah hadiah dari sahabat aku.


Tapi... tak tahu sama ada diri ini masih lagi mampu untuk terbang tinggi ataupun tidak setelah beberapa kali terjatuh daripada penerbangan.

Tapi, jika diberi peluang, aku ingin terbang tinggi demi mencari 'cinta sejati.' Mudah-mudahan... suatu hari nanti... ia pasti akan tiba jua. Kan?

Hanya Allah sumber kekuatan.

:')

.....

~Bismillah~


Untuk semalam... inilah yang telah membuatku tersenyum...

"Ya Allah... terima kasih kerana hadirkan orang-orang yang baik dalam hidupku. Ya Allah, kau berkatilah semua yang menyayangi diri ini... aku harap dapat bertemu mereka lagi di Jannah-Mu. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku dan juga dosa-dosa mereka. Redhailah ukhuwah kami..."

Kepada si pemberi, terima kasih untuk hadiah bermakna ni. Dengan 'kapal terbang' ni, bolehlah saya pergi jauh-jauh, terbang ke mana saja yang saya suka.

Terima kasih!

:')
*terharu*

Puisi: Kau Istimewa

~Bismillah~


sepatah kata tidak cukup menjelaskan
betapa indahnya budi pekertimu
sebaris ayat tidak mampu menggambarkan
betapa murninya akhlakmu
seperenggan ucapan tidak mampu menerangkan
betapa cantiknya Islam yang kau bawa dalam dirimu
sehelai warkah cinta tidak bisa menceritakan
betapa cantiknya dirimu, luar dan dalam

pertama kali aku bertemu mata denganmu
kelembutanmu membuka hatiku untuk mengenalimu
dengan lebih dekat
ke sana ke mari kau pimpin tanganku
demi tidak meninggalkan diriku sendirian
terkapai-kapai di dunia baru
kau sahabat pertama yang Tuhan temukan
demi mengisi hari-hari kosongku sejak di usia postremaja
aku bersyukur kepada-Nya
kerana mengekalkan pertalian ukhuwah kita
sehingga hari kau bergelar graduan universiti
hinggalah ke saat dan detik ini jua

saudari husna yang aku kasihi

mana mungkin aku bertemu seorang insan persis kamu
bagiku
wan nurhusna bt wan abdul rahman hanya satu dalam sejuta
si kecil bernama husna sememangnya ramai tak terhitung
tapi 'Na' aku hanya seorang di dunia ini
iaitu kamu

aku mungkin tidak pandai bermain ayat-ayat cinta
tapi ketahuilah bahawa apa jua yang terjadi
kau tetap istimewa di mataku juga di mata insan-insan lain
kau punya karakter tersendiri
yang membuatkan sesiapa saja tertarik menjadi sahabatmu
aura kebaikanmu bisa dirasai sesiapa saja
yang datang mendekati
ahh... sungguh, kau istimea sekali!

aku berdoa
pada hari istimewa ini... 14 April
kau adalah insan yang paling istimewa sekali
dan kau tetap istimewa sampai bila-bila

jadi
ucapan istimewaku padamu ialah

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, NA
SELAMAT MENJADI MUSLIMAH SEJATI
SELAMAT MENJADI HAMBA-NYA YANG SOLEHAH
SEMOGA TETAP TERUS ISTIMEWA SAMPAI BILA-BILA



kuulangi
pada hari istimewa ini
kau adalah yang teristimewa
dan kau tetap istimewa di mataku

semoga terus tetap istiqamah dalam da'wah dan tarbiyahmu

salam sayang dari aku,
sahabatmu

Friday 12 April 2013

Sahabat



"Kawan memang banyak tapi sahabat yang benar-benar memahami dan rajin mendengar kita susah nak dapat. Tapi kalau sekali dah dapat, susah nak lepaskan. Sebab tu kena hargai setiap saat dan setiap detik masa yang kita habiskan bersamanya."~ZZ



Sejak akhir-akhir ni, orang dalam gambar ni busy je. Sibuk dengan SRC Karnival yang tak sudah-sudah. Terasa lama tak berjumpa dengan beliau. Takpelah. Ada masa nanti, nak lepak habis-habisan bersamanya. Studi sama-sama, borak sama-sama, layan movie sama-sama, ronda tasik Maryam sama-sama... semualah nak buat sama-sama. Hehehe.



Wahai En Siyah... saya rindu awaklah... ;)

Tak tahu

~Bismillah~

Aku tak tahu apa yang aku cari dalam hidup selama ni. Walaupun aku sudah jelas dengan matlamat hidup aku, tapi pandanganku masih kabur. Kalau aku boleh lukis, hatiku kini ada banyak lompong. Banyak ruang yang masih belum terisi. Takpun, macam ni. Dalam hati aku ni, banyak je ruang yang pernah terisi suatu ketika dulu. Tapi sekarang, ruang-ruang tu kosong kembali. Orang sesuka hati masuk keluar, keluar masuk hatiku. Yalah... hatiku ni ibarat 'rumah tumpangan' mereka sebelum mereka menemukan 'mahligai bahagia' sendiri. Kadang-kadang, bila difikirkan kembali, ni semua hanyalah rungutan-rungutan bernilai kurang dari satu sen. Rungutan-rungutan hati yang takkan pernah didengari atau difahami. Ya. Memang aku suka merungut. Suka sangat! Aku suka merungut, aku suka mengomen, aku suka mengeluh.... semua yang jahat-jahat semuanya aku. Betul ni aku cakap. Aku bukan gadis baik pun. Aku tak thiqqah, aku tak wara', aku tak syadid, aku tak alim... yang baik-baik semua bukan aku. Siapa aku? Yang aku tahu, aku hanyalah aku. Tuhan yang menciptakan aku. Ibu aku yang melahirkan aku. Rasulullah yang mendidik aku dengan sunnah-sunnah baginda. Cukuplah mereka ini yang mengenali aku ni siapa dan bagaimana orangnya. Aku tak perlukan pengiktirafan manusia lain. Siapa mereka untuk katakan jahatnya aku, buruknya aku, jeleknya aku, cantiknya aku, pandainya aku atau baiknya aku? Sedangkan mereka juga manusia biasa seperti aku. Apa saja yang mereka tahu tentang aku? Mereka tak tahu apa-apa! Sebab mereka tak pernah hidup bersama aku. Melayari 'bahtera kedukaan' sejak awal remajaku. Aku pun tak mengharap lagi orang memahamiku sebab aku dah penat memahami orang lain yang tidak pernah cuba untuk memahami aku atau orang yang tak pernah kisah aku. Bunyi macam nak harapkan balasan. Suka hatilah nak tafsir macam mana. Cuma aku nak cakap sekarang... yang aku dah tak kisah.

Jadi, berhentilah mengharap, Hazimah. Kau akan bertemu Tuhan tak lama lagi. Beribadahlah sungguh-sungguh sebelum kau menemui Kekasih sejati. Itu lebih penting sekarang, kan? *senyum*



p/s: Terima kasih Kak Wani sebab sudi pinjamkan bahu untuk Zmah semalam. Tak sangka, dapat jugak menangis bersama Kak Wani. Zmah sayang akak.

Wallahua'lam.

Tuesday 9 April 2013

...





"Yup... not when you're lonely but when you're truly ready to love and be loved..."


T___T




...





"Semakin aku berusaha, semakin susah untuk aku melakukannya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan."

T__T



Monday 8 April 2013

Tugasan

~Bismillah~


Usrah minggu lepas, dibuat sekali dengan qiam. Alhamdulillah... setelah sekian lama tak berjumpa dengan naqibah dan sahabat-sahabat usrah, akhirnya rindu yang terpendam di dasar hati ini tersingkap juga. Pada usrah yang lepas, naqibah aku mengingatkan kami tentang program Daurah Nuqaba' yang harus kami sertai, iaitu pada hujung minggu ni dan tugasan yang diberikan kepada kami bagi membuat persiapan untuk program tersebut adalah kami semua dikehendaki mengulangkaji 10 hadith daripada hadith 40 Imam al Nawawi. 10 sahaja! Alhamdulillah! Kami kena baca dan fahamkan hadith-hadith tersebut dan buat ringsakan. Kemudian, kami kena fikirkan cara terbaik untuk present 10 hadith tersebut sebagai perkongsian pemahaman kami terhadap hadith-hadith tersebut kepada sahabat-sahabat lain pula.

Hadith 1- Setiap amalan bergantung kepada niatnya
Hadith 2- Islam, iman, dan ihsan
Hadith 3- Rukun Islam dan dasar-dasarnya yang agung
Hadith 4- Tahap penciptaan manusia dan amalan terakhirnya
Hadith 5- Melenyapkan kemungkaran dan melenyapkan bid'ah
Hadith 6- Halal dan haram
Hadith 7- Agama adalah nasihat
Hadith 8- Kehormatan seorang Muslim
Hadith 9- Mengambil yang mudah dan meninggalkan yang susah
Hadith 10- Tidak diterima kecuali yang baik

Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Jumpa time daurah!
Wallahua'lam.

Sunday 7 April 2013

A letter

~Bismillah~



Dear Heart,

It is my duty to inform you that our nervous system becomes overwrought when you allow yourself to feel hurt by every small thing that happens.

Stop it. Now.

Your Brain


Note: Don't let the pains occupy your heart. It's worthless. You heart is tired of receiving injuries each day. and your brain cannot process information well when your heart is injured coz they are connected. So, stop it and be fair to your heart and also to yourself.


A sweet reminder to the author as well.

Kusentuh hatimu

~Bismillah~

Semalam... jam 11:22 malam...

Sambil jari-jemari tak henti-henti menekan-nekan papan kekunci Asou...

tett... tett... tett... Yankumi aku bergegar atas kotak, tempat Asouku duduk.

"Assalamualaikum! Rindu adik akak. Moga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah =D"~Kak C

"Waalaikum salam. Windu jugak! Jom online kejap."~Aku

"Ala... lappy buat hal. Tak boleh online. Wuwu..."~Kak C

"Ok, takpe. Windu Kak C jugak."~Aku

"Imah nak menangis dekat Aisyah... T.T"~Kak C

"Alah... kenapa ni, Imah? Farid buat hal lagi ea? Nak kena si Farid ni!"~Aku

Imah, Aisyah dan Farid adalah nama-nama watak dalam drama "Kronologi Cinta" yang pernah kami persembahkan dulu. Alamak, rindu pulak saat-saat kami training dan berlakon bersama. Hmm... memori-memori...

"T.T hati akak sakit bila kenangkan esok patutnya genap setahun pertunangan kami. T.T hug me please... tenangkan akak T.T"~Kak C

"Zmah faham perasaan akak... akak, Zmah benarkan akak menangis. Biarlah kita menangis sepuas-puasnya sekarang supaya one day, kita akan tertawa selamanya..."~Aku

Sampai macam ni sekali aku positif. Macamlah di dunia ni kita akan kekal bahagia buat selama-lamanya. Tak apalah... buat masa sekarang, kata-kata begini yang keluar dari mulut aku hanyalah sekadar nak memujuk hati yang sedang membengkak dan bernanah. Tak salah kan begini?

"T.T peluk Zmah kuat-kuat. Akak jadi trauma nak terima pinangan siapa-siapa dah Zmah... akak fobia. Benci lelaki. Semua jahat. Sama je. Tak ada yang tulus T.T"~Kak C

Oh Kak C, andai engkau tahu bukan engkau seorang yang mengalami perasaan sebegini. Ramai wanita mengalami ujian perasaan yang sama sepertimu dan aku tahu betapa beratnya ujian sebegini bagi wanita yang lemah seperti kita. Kalau tak, takkan hati ini turut berdarah seterusnya membengkak dan bernanah. Jika hati ini ibarat organ lain yang bisa dilihat dengan mata kasar, dan dikeluarkan dari jasad manusia, ingin saja aku tunjukkan bagaimana rupa hati ku kini padamu. Betapa ianya turut hancur berkecai. Yang tinggal hanya serpihan-serpihannya saja, yang entahkan sembuh atau tidak. Tapi jika dilihat seperti sudah tiada harapan... dan kalau pembedahan bisa dilakukan demi mengeluarkan setiap kedukaan yang dialami oleh hati, aku sanggup berhabisan wang ringgit demi merawatnya. Namun, ianya organ spiritual. Luka dan parutnya berkekalan sampai bila-bila.

"Yup, I also think about the same. I don't want to comment anything about this at the moment. Sebab emosi Zmah pun tengah unstable dan luka Zmah masih berdarah lagi. What I can say is that we need to give some time and space for ourselves. Don't allow any man enter our heart easily at the moment. Just do anything we can to get rid of those cheaters."~Aku

"Totally agreed. Sekarang hati kita hanya untuk Allah. Tak ada seorang manusia pun yang layak berada dalam hati kita. Allah sayang kita. Dunia tak seindah mana. Hanya syurga saja yang indah. Tak sabar nak balik ke tempat asal. Chaiyok, chaiyok!"~Kak C

Seandainya masa bisa diputarkan kembali, akan ku pastikan agar setiap perkara yang berlaku kini tidak akan berlaku selamanya. Seandainya masa laluku bisa dipulangkan kembali kepadaku, akan kumohon agar diriku tidak bertemu dengannya atau mengenalinya. Andai aku bisa berlari pulang ke masa lampau, aku ingin pastikan bahawa istikharahnya hanya palsu belaka. Tapi, sampai bila aku harus hidup dengan perasaan sebegini? Kata diri sudah ikhlas dengan takdir Ilahi, tapi kenapa begitu susah untuk kuhilangkan setiap luka di hati? Hmmm... mungkin... inilah hati wanita. Berbeza dengan lelaki. Bak katanya, "Inilah perempuan. Tak habis-habis nak fikirkan soal hati dan perasaan..." Tapi apakan daya aku... sudah sememangnya fitrah wanita begini. Jika tidak, kepada siapa anak-anak kecil ingin mendapatkan kasih sayang dan belaian, kalau sudah bapanya seorang yang rasional sepanjang waktu.

Mata bengkak, baru lepas menangis. Masa ni mengalami tekanan perasaan yang sangat hebat
disebabkan masalah yang serius dalam keluarga. Tapi tak sangka, mereka-mereka inilah yang menyedari
kemuraman wajah ini masa training teater KC dan memujuk hati ini. Aku sayang mereka.

Kepada Kak C yang aku cintai,
Sungguh tak layak para lelaki yang pernah hadir dalam hidupmu itu menyentuh hati sucimu. Siapa mereka untuk bermain-main dengan hatimu yang tulus? Mereka bukan siapa-siapa, melainkan seorang lelaki yang hanya mahu menjadikan hatimu sebagai bahan uji kaji mereka. Bila sudah dapat, mereka berseronok dengannya. Bila sudah rasa tak serasi, mereka membuangmu dari hidup mereka sewenang-wenangnya. Kita ni ibarat sampah dalam hidup mereka yang boleh mereka buang jauh-jauh dari hidup mereka bila diri sudah tidak memerlukannya, tatkala sudah mendapatkan sesuatu yang lebih baik. 

Pelbagai alasan diberi demi menutup kesalahan sendiri. Mereka sudah membuktikan bahawa mereka lelaki tidak bertanggung jawab dan pengecut. Memutuskan sebuah perhubungan yang matlamatnya sebuah pernikahan tanpa bersemuka empat mata dan berlaga suara dengan kita. Jika mereka seorang lelaki yang bertanggung jawab, tidak sepatutnya mereka lakukan itu. Tapi... ingin aku katakan yang engkau sungguh beruntung. Mengapa? Kerana terputusnya hubungan kalian menunjukkan bahawa Allah masih menyayangi dirimu. Dia akan gantikan dengan sesuatu yang jauh berganda-ganda lebih baik lagi selepas ini. Dan... berterima kasihlah engkau kepada mereka yang telah meninggalkan dirimu kerana perginya mereka dari hidupmu bakal menghadirkan seorang yang berhati murni dan tulus yang akan mencintai dirimu hanya kerana-Nya. Percayalah bahawa tak semua lelaki itu jahat. Ingat kata-kata ini. "In order to meet the right person, we shall meet a few wrong people in our lives." Percayalah bahawa Allah itu tidak kejam. 

Kak C, jika diizinkan Ilahi akan kusentuh hatimu dengan ayat-ayat cintaku. Mungkin kata-kataku di laman ini tidak mencukupi bagi memujuk hatimu yang sudah tak keruan itu. Namun, yakinilah jika bukan aku, Allah jualah penyentuh hati terbaik! Memandangkan kita jauh berbatu-batu, kumohon agar kau sendirilah yang menyentuh hatimu dengan ayat-ayat cinta-Nya agar dengan itu ketenangan dan kebahagiaan saja yang bisa kau rasai seperti yang aku rasakan sekarang.

Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih berbunga indah. Di setiap penghujung jalan yang gelap, pasti akan tersuluhnya sinar cahaya harapan. 

Salam cinta dan kasih dari aku, adikmu.

"Do not chase people. Be you and do your own thing and work hard. The RIGHT people who belong in your life will come to you, and STAY."

Be strong, my dear...


Tulis dengan hati yang tenang tapi pedih.
Wallahua'lam.

Mesej mengejut

~Bismillah~

Dua jam setengah sebelum...

"Salam sang buah hati... dalam kejauhan kutitipkan kerinduan... tertanya-tanya dalam kekosongan... adakah senyumanmu sang menawan... harap Dia jadi penenang segala kegusaran... tidak diri ini berpijak di bumi yang nyata... kerana asyik inginkan berpegangan tanganmu di alam mimpi... tapi sungguh masa belum jadi penentu... kusisipkan doa dalam sujudku... agar buah hati penuh berbunga di hati... penuh syahdu dengan redha Ilahi... walaupun mungkin jauhnya jasad cinta ini... Miss you <3 a="" p="">

*Terharunya... tapi tetap terkejut dapat mesej ni sebab agak lama juga aku dan Na tak berhubung...

"Ayang mesti dah ngantuk tidur ni... ermm... I actually wanted to give you this ----------<@ a red rose... seharum mekar mewangi macam Zimah... tak kira betapa lama masa diambil untuk mengembang, kilauan keanggunan tetap menawan... dengan sebaik sinaran cahaya dengan Dia pemberi penjagaan... dan kekadang punya duri sebagai pertahanan, namun percayalah... itu anugerah Tuhan sebagai perlindungan... hingga gian gagahnya hati hanya pada ya Tuhan."~Na  

Na, andainya kau tahu bahawa duri yang melekat pada batang tubuhku itu sudah tidak berfungsi lagi. Ia begitu mudah ditarik keluar satu persatu oleh hati-hati yang tidak tegar dan tulus menyintai. Kelopak-kelopak merahnya jatuh berderaian di atas tanah bumi satu persatu oleh sebuah keputusan 'tersilap.' Sungguh, kini sekuntum mawar merah ini telah terkulai layu. Aku khuatir jika ia rebah jatuh ke bumi untuk selamanya dan tidak mampu lagi berdiri demi menyebarkan harumannya kepada sekeping hati yang baru kerana ia sukar lagi untuk mempercayai. Bagaimana ini? 


*Terkedu sebentar baca mesej-mesej Na ni. Amboi Na... sejak dilamun cinta ni, bahasa bukan main puitis. Siap berbunga-bunga sakura lagi. Tinggi betul bahasa sastera yang digunakan. Cayalah! Boleh geng dengan Zimah!

Apa-apapun aku nak cakap yang aku juga merindukan senyumanmu Na. Aku rindukan tawa hilaimu dan 'sembang bantal' kita di kamarku. Semoga masa itu akan sampai lagi nanti.

Semoga Allah terus menjagamu sayang.

Salam rindu.

Saturday 6 April 2013

Bulan senyum

~Bismillah~



Bulan... salah satu ciptaan Tuhan yang sangat aku gemari. Kenapa? Sebab, bila waktu malam tiba, langit menjadi gelap dan suram. Bulan beserta teman-temannya, para bintanglah yang menceriakan suasana malam. Melihat kecerahan cahaya mereka, betul-betul menceriakan hatiku yang juga suram ini. Aku sentiasa tersenyum tatkala mata ternampak kehadiran sang bulan ini. Alangkah bahagianya hati ini bisa melihat bulan bersinar kembali setiap malam. Dan hati lebih menjadi gembira bila melihat senyuman bulan dihadiahkan kepadaku. Seolah-olah dia tahu betapa hatiku sedang berduka. Oh, terima kasih, bulan...


Pegi ke masa lampau sekejap... empat tahun dahulu...

[CFS IIUM, Nilai]

Berjalan keluar daripada library.

Aku         : Kak Irah, Kak Irah, tengok tu!
Kak Irah  : Tengok apa?
Aku         : Tu! Dekat langit! Bulan senyum dekat kitalah, kak! Cantiknya!
Kak Irah  : Eh, ha'ahlah, Zimah! Tengok, ada dua mata, lepas tu mulut. Wah!!!
Aku         : Kak Irah, apa lagi... cepatlah keluarkan kamera. Jom kita ambil gambar bulan tu! 
Kak Irah  : Alaa... Zimah, kamera Kak Irah tak cantiklah. Gambar pecah.
Aku         : Zimah pun... (muncung) Alah, tak apalah, kak... janji ada (senyum)

[Taman Harmonis, Gombak]

Sambil belek-belek majalah Ana Muslim, tiba-tiba terbuka satu halaman.

"... kejadian bulan senyum ini merupakan salah satu ciptaan Allah yang dianggap paling unik dan ia merupakan bukti kebesaran kuasa Allah dalam mencipta sesuatu. Fenomena ini jarang terjadi dan setelah dikaji, kejadian bulan senyum ini hanya terjadi dalam tempoh empat tahun sekali..."

Aku       : Wahh! Tak sangka yang nama kejadian tu, 'bulan senyum." (senyum dengan lebarnya) 
Aku       : Empat tahun sekali pulak tu! Wah, bertuahnya aku dapat saksikan kejadian unik ni! Alhamdulillah!  


Kembali ke masa sekarang... tahun 2013...

[Taman Harmonis, Gombak]

Dalam kereta, on the way nak balik rumah. Kepala mendongak ke kaki langit, iaitu pada waktu malam.

Aku      : Mak! Tengok tu! 'Bulan senyum!'
Emak    : Mana? Mana?
Aku      : Tulah! (tunjuk ke cermin depan kereta)
Emak    : Hmm...
Aku      : 'Hmm', je? Hee... mak nak tahu tak, kejadian 'bulan senyum' ni terjadi empat tahun sekali je tau!
Emak    : (diam je)
Aku      : Rugi tau tak tengok! Subhanallah... puji Allah banyak-banyak. Cantiknya! Bulan senyum kat Imah.

Tangan cepat-cepat keluarkan telefon bimbit dari dalam beg, dan mesej sahabat-sahabat.

tett... tet... (bunyi keypad hand phone)

"Salam. Wahai sahabat-sahabat semua, cuba tengok langit malam ni. Ada bulan senyum. Kejadian 'bulan senyum' ni hanya terjadi empat tahun sekali. Rugi kalau tak tengok! Saksikanlah keindahan dan kebesaran ciptaan Allah ini sambil memuji-muji-Nya. Subhanallah 100x."

Ada yang membalas...

"Akak dekat bilik. Tapi tak nampak bulan..."~Kak Khaty

"Akak, cuba akak keluar bilik. Mesti nampak punya!"~Aku

Ada lagi seorang membalas...

"Subhanallah... cantiknya..."~Awe

"Awe, Awe, boleh tak tolong tangkapkan gambar 'bulan senyum' ni? Kamera ana low quality lah. Gambar pecah."~Aku

"Kamera ana pun sama jugak. Nanti ana mintak Mil ambilkan. Kamera dia ok sikit."~Awe


Dan gambar di atas tulah adalah hasil tangkapan Mil. Syukran jazilan sebab sudi menangkapkan gambar 'bulan senyum' ni. Allah macam tahu-tahu je yang aku sedang merindukan fenomena 'bulan senyum' ni dengan begitu lama dan ternanti-nanti kehadirannya. Alhamdulillah, kan? Tak diragui bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui segala isi hati hamba-Nya. 

Tengok 'bulan senyum,' automatik hati jadi gembira dan wajah turut mengukirkan senyuman.
Dan hati kembali tenang...

Syukran, ya Allah...

:')

Quotes of the day

~Bismillah~


"It hurts when you want someone but can't have them.
It hurts more when you have had that someone and you lose them."


Note: I felt this before. It truly hurts. Even until now, I'm still hurt.


"Before you judge my life, my past or my character...
walk in my shoes, 
walk the path I have travelled,
live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter...

REMEMBER

Everyone has a story.
When you've lived my life then you can judge me."


Note: Stop judging people from the outside. From the inside, we do not know what they had been through in their lives. If we want to know, then we should follow them to the past live with them there and witness every smile and pain they had experienced. From there, we are allowed to judge.


Everyone has a story to tell and my story is always filled with tears and sorrows. To have a new beautiful story, I shall leave to Allah to give me one because I've no more strength to create my own. I'm tired of being disappointed and thrown out from someone's life like a 'rubbish.' But I believe that every painful story will be replaced by a sweet one but when? Allah is all Knowing.

*smile* 

Friday 5 April 2013

Suami yang Terbaik

~Bismillah~


Suami yang Terbaik

Lelaki yang terbaik adalah suami yang memuliakan isterinya. Suami yang selalu mengukir senyuman di wajah untuk isterinya.

Suami yang menjadi 'qawwam' isterinya... yang begitu tekun mencarikan nafkah yang halal untuk keluarga.

Suami yang tidak lelah berlemah lembut mengingatkan setiap kesalahan isterinya.

Suami yang menjadi seorang nahkoda kapal keluarga, mengharungi samudera agar selamat menuju tepian hakiki 'syurga Allah SWT.'

In sha Allah...


Wahai lelaki, ingatlah kata-kata ini baik-baik... bahawa...

"Setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang disayanginya, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan sebanyak 100 kali di akhirat kelak."

Aku bukan mencari seorang 'ikhwah.' Bagiku, status 'ikhwah' itu adalah bonus.  Kalau Allah beri, alhamdulillah. Jika tiada rezeki pun tidak mengapa, masih alhamdulillah juga kerana yang aku cari adalah seorang lelaki Muslim yang beriman dan sedar akan tanggung jawabnya bukan hanya sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini dan bukan juga hanya sebagai ketua ummah akan tetapi seorang lelaki yang juga sentiasa ingat akan tanggung jawabnya sebagai hamba Allah dan sebagai pemimpin dalam keluarganya serta keluarga isterinya.

Dan kenapa aku berat untuk memilih 'ikhwah?' Kerana banyak 'ikhwah' yang aku jumpa atau kenali hanya mementingkan haknya kepada masyarakat dan mengabaikan haknya kepada keluarganya. Serta, kebanyakan 'ikhwah' terlalu memilih dalam mencari calon isteri.  Mereka mencari yang terlalu sempurna dari atas ke bawah dan ada 'ikhwah' yang memandang kecantikan luaran dulu sebelum mendalami kecantikan peribadi seorang akhawat, kerana menurutnya, "first impression is the most important."

Maaf jika kukatakan, bagiku, walaupun seseorang lelaki itu bukan 'ikhwah' tapi karakter dan amalannya persis Rasulullah SAW adalah jauh lebih baik daripada seorang lelaki yang berstatus 'ikhwah' tetapi jarang mengamalkan sunnah-sunnahnya yang melibatkan hubungan sesama manusia, baik sesama jantina mahupun yang berlainan jantina. Dan bagiku, cukuplah juga jika dia seorang yang memahami hati, naluri dan fitrah seorang wanita dan menerima wanita itu seadanya kerana yang wanita perlukan adalah perhatian dan kepercayaan yang tulus daripada seorang lelaki. Inilah yang tidak ada dalam diri 'ikhwah-ikhwah' itu.

Inilah perkara yang membuatku sedih sangat... melihat nasib akhawat yang tidak disunting oleh 'ikhwah' kerana karakter mereka yang sebegini. Wahai 'ikhwah,' engkau sememangnya pandai berbicara tentang hal-hal agama dan kebolehanmu berda'wah kepada masyarakat luar sememangnya tidak dapat disangkal lagi, tapi di mana engkau meletakkan keluargamu dan keluarga isterimu? Kenapa mereka jatuh nombor dua dalam misi da'wahmu sedangkan Rasulullah SAW sendiripun berda'wah dulu kepada keluarganya sebelum baginda berda'wah kepada masyarakat luar dan Iman Hassan al Banna juga tidak pernah tidak punya masa bersama keluarga walaupun beliau sibuk berda'wah dengan masyarakat? Mengapa sunnah Nabi SAW yang ini tidak engkau ikuti? Mengapa tidak perbuatan Hassan al Banna yang ini tidak engkau contohi?

Jika yang membaca ini seorang 'ikhwah,' tepuk dada, tanya diri sendiri, adakah kau 'ikhwah' tersebut. Jika tidak, alhamdulillah... kerana aku percaya tak semua 'ikhwah' begitu. Namun, jika kau salah seorang daripada mereka, maka muhasabahlah. Percayalah cakap ku. Tidak ada apa pada kecantikan wanita kerana ia akan hilang seiringan dengan masa yang berlalu. Tapi kecantikan peribadinya akan berkekalan sampai bila-bila dan ianya akan berbunga jika ia disirami dengan belaian kasih seorang lelaki yang sudah halal untuknya, yang tulus mencintai-Nya kerana Allah.

Dalam masa yang sama, aku turut bermuhasabah. Mungkin aku sangat tak layak untuk luahkan isi hati sebegini kerana aku sedar bahawa aku sendiri punya banyak kelemahan. Tak terhitung banyaknya! Namun, percayalah, setiap butiran kata yang tertulis di sini sudah terlalu lama dipendam dan aku bukan bercakap atas dasar andaian semata-mata. Sejujurnya, aku pernah mengalami sendiri hal-hal yang aku sebutkan di atas. Aku menulis entri sebegini kerana aku ingin kita sama-sama belajar. Belajar untuk menjadi seorang manusia seimbang dalam menjaga hablum minallah dan hablum minannas. Jadi seimbang penghulu kita, as-Rasul SAW.
Semoga Allah mengampuni setiap satu kata aku yang mengguris hatimu. 

Wallahua'lam.

Quotes of the day

~Bismillah~

"The most tiring thing to do?
To think
To think of someone who doesn't even think of you.

The most expensive?
To smile
To smile even if you're hurt.

The hardest to regain?
Trust
To trust someone who always dissapoints you.

The most painful?
Loss
Losing someone you love the most.

The easiest escape?
To pretend
To pretend that you're happy.

The most challenging?
To move on
To move on of something you can't live without."


Note: Even it's hard, but no matter what I'll let go the past. May Allah grant me some strengths.


"I am strong...
because I know my weaknesses.

I am beautiful...
because I am aware of my flaws.

I am fearless...
because I learnt to recognise illusion from real.

I am wise...
because I learn from my mistakes.

I am a lover...
because I have felt hate

and

I can laugh...
because I have known sadness."


Note: I realize that I'm not perfect but all I know is that experiences make me learn to be perfect.

*Taken from mom's book of famous quotes.


Alhamdulillah...

Dia juga Pelangiku

~Bismillah~

Memori di Genting Highlands (2013)

"betapa ku cinta padamu... katakanlah kau cinta padaku... sematkanlah ku dihatimu...  walau di mana berada, ingat ku dalam doamu...  hiasilah hati dengan cinta suci... selamanya..."
~Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)

"... indahnya jika kita dapat bersama hidup selalu gembira di dunia ini... oh... lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di akhirat sana..."
~Jalinan (UNIC)

"... oh perjalanan kita masih jauh... jalan nan berliku bakal kita tempuh... imbaslah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat... menempuh masa hadapan harapanku kau kan bahagia selalu... padaku engkau penghibur duka... pengubat hati resah kecewa... di kala malamku kau bawa cahaya... antara kita tiada rahsia, susah dan senang tetap bersama, terpatri namamu, kau takkan ku lupa..."
~Bingkisan rindu (Far East)

banyak lagi sebenarnya lagu yang ingin aku tujukan khas buatmu kerana kau terlalu istimewa bagiku
sejak pertama kali bertemu denganmu tidak pernah terfikir ukhuwah antara kita akan sejauh ini
benarlah bahawa ikatan yang terjalin kerana-Nya sangat manis 
kau adalah anugerah Allah untukku
kau hadir membawa cahaya dan kau juga adalah pelangiku
tiadanya engkau di sisi membuatkan dunia ku kelam tak nampak hala tuju
tiadanya kau aku sesat dalam dunia yang aku cipta sendiri
berdirinya kau di belakangku memberikan sokongan dan dorongan
serta kasih sayang yang tiada berbelah bagi
membuat aku bangkit semula melawan deras ujian yang datang bertimpa-timpa
semoga Allah memberkati hidupmu
dan ukhuwah antara kita


Precious :')

aku sayang kamu sampai kita bertemu lagi di syurga

Thursday 4 April 2013

Cahaya





... and it reminds me of someone. He used to say that I'm his light and I'll always be his light.
But... now... am I still his light?
I think this light has become dim and it will shot off soon...


Maybe Allah wants me to be the light that will enlighten other people's life.
If that so, I accept with a sincere heart.

I wanna be a light... forever in my life...






In sha Allah... I'll try my hardest. Pray for me love.

:')





Wednesday 3 April 2013

Shadow




"I wish I could be his shadow that will follow him wherever he goes."


*****


"How much... how much pain have you endured? I cannot imagine how you could bear such a terrible pain. If by taking my life away, your pain could be healed, even a thousand, a million times I am willing to die."  

~Se Ryeong~


*****


"You said once that you would be happy to see I'm happy. But now you do know that I'm sad. Really sad.
My question to you is, will you be sad too?"





Tuesday 2 April 2013

.....



Apa Itu Cinta?


CINTA.

Unikkan CINTA tu?

Kita tahu ianya hadiah, ianya anugerah dari Tuhan buat kita.
Tapi...
adakah kita benar-benar kenal dengan makhluk bergelar CINTA ini?

CINTA.

Punya banyak tafsiran daripada banyak fahaman.
Namun...
saya punya tafsiran saya sendiri
tentang CINTA.

Apa itu CINTA menurut saya?

CINTA ialah...
Allah
CINTA ialah...
Rasulullah
dan CINTA ialah...
Islam.

CINTA adalah gabungan antara ketiganya.

Allah ialah ar-Rahman dan Dia juga ar-Rahim.
Allah cintakan hamba-hamba-Nya yang taat kepada-Nya
dan meninggalkan larangan-Nya.
Hadiah Allah kepada mereka yang mencintai-Nya dan dicintai-Nya
adalah
redha-Nya, rahmat-Nya dan syurga-Nya.
Allah itu CINTA.

Rasulullah saw merupakan seorang pencinta.
Baginda cintakan umatnya yang cintakan sunnah-sunnahnya.
Baginda cintakan mereka yang mencintai baginda juga.
Bukti cinta baginda adalah pada saat-saatterakhir baginda di dunia.
Ungkapan "ummati... ummati... ummati..." yangtak pernah lekang dari mulutnya.
Hadiah Rasulullah saw buat mereka yang mencintainya dan dicintainya
adalah
redhanya dan syafaatnya.
Rasulullah itu juga CINTA.

Islam, agama cinta dan kasih sayang.
Islam mengajar keamanan dan kesejahteraan.
Islam mengajar pengamal-pengamalnya untuk berkasih sayang
sesama makhluk ciptaan Tuhan.
Islam tidak suka pada kebencian dan permusuhan.
Hadiah Islam kepada mereka yang mencintai syariatnya
adalah
kebahagiaan dan ketenangan yang kekal abadi hingga ke akhirnya.
Islam itu agama CINTA.

Tambahan tafsiran tentang CINTA.

Ianya hadiah kepada hati.
Kepada hati yang mencintai Tuhan, Nabi-Nya dan agama-Nya.

Kini CINTA yang saya perjuangkan ada lapan;
CINTA kepada Allah
CINTA kepada Rasulullah saw
CINTA kepada emak dan ayah
CINTA kepada Islam
CINTA kepada da'wah dan tarbiyah
CINTA kepada ilmu
CINTA kepada sesama saudara seIslam
CINTA kepada sesama makhkluk

dan

CINTA kepada bakal imam saya

Inilah tafsiran CINTA menurut saya.
Bagaimana pula tafsiran CINTA menurut anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails