Gambar nipun dia yang tangkap. Kenangan STABAZ IIUM (2012) |
dia
dia pemaludia pendiam
dia kurang bercakap
tapi dia peramah
dia pendiam
tapi dia pandai berjenaka
dia lemah lembut
tapi dia tegas
dia nampak garang
tapi dia murah dengan senyuman
dia lokek duit
tapi dia sangat suka memberi
dia perahsia
sebab dia tak suka menyusahkan orang lain
dia senyap
sebab dia suka mendengar
dia suka Jepun
aku pun suka Jepun
dia ada yukata
aku pun pernah ada yukata
dia sangat hormat orang tua
dia rajin
dia kuat bekerja
dia pandai memikat hati orang ke arah Allah
dia suka memberi semangat pada orang
dia penyayang
dia baik hati
dia kuat tarbiyah
dia kuat berda'wah
dia bijak
dia manis
dia segala-galanya bagiku (dulu)
walau kini dia sudah 'tiada'
tapi di hati ini dia masih tetap wujud
semoga Allah sentiasa lindungi dia
di mana jua dia berada
(muka tersenyum, hati cuba menahan rasa sebak)
(air mata sudah kering kerana terlalu banyak menangis untuknya)
ya Allah... Kau redhailah dia
No comments:
Post a Comment