~Bismillah~
Dua jam setengah sebelum...
"Salam sang buah hati... dalam kejauhan kutitipkan kerinduan... tertanya-tanya dalam kekosongan... adakah senyumanmu sang menawan... harap Dia jadi penenang segala kegusaran... tidak diri ini berpijak di bumi yang nyata... kerana asyik inginkan berpegangan tanganmu di alam mimpi... tapi sungguh masa belum jadi penentu... kusisipkan doa dalam sujudku... agar buah hati penuh berbunga di hati... penuh syahdu dengan redha Ilahi... walaupun mungkin jauhnya jasad cinta ini... Miss you <3 a="" p="">3>
*Terharunya... tapi tetap terkejut dapat mesej ni sebab agak lama juga aku dan Na tak berhubung...
"Ayang mesti dah ngantuk tidur ni... ermm... I actually wanted to give you this ----------<@ a red rose... seharum mekar mewangi macam Zimah... tak kira betapa lama masa diambil untuk mengembang, kilauan keanggunan tetap menawan... dengan sebaik sinaran cahaya dengan Dia pemberi penjagaan... dan kekadang punya duri sebagai pertahanan, namun percayalah... itu anugerah Tuhan sebagai perlindungan... hingga gian gagahnya hati hanya pada ya Tuhan."~Na
Na, andainya kau tahu bahawa duri yang melekat pada batang tubuhku itu sudah tidak berfungsi lagi. Ia begitu mudah ditarik keluar satu persatu oleh hati-hati yang tidak tegar dan tulus menyintai. Kelopak-kelopak merahnya jatuh berderaian di atas tanah bumi satu persatu oleh sebuah keputusan 'tersilap.' Sungguh, kini sekuntum mawar merah ini telah terkulai layu. Aku khuatir jika ia rebah jatuh ke bumi untuk selamanya dan tidak mampu lagi berdiri demi menyebarkan harumannya kepada sekeping hati yang baru kerana ia sukar lagi untuk mempercayai. Bagaimana ini?
*Terkedu sebentar baca mesej-mesej Na ni. Amboi Na... sejak dilamun cinta ni, bahasa bukan main puitis. Siap berbunga-bunga sakura lagi. Tinggi betul bahasa sastera yang digunakan. Cayalah! Boleh geng dengan Zimah!
Apa-apapun aku nak cakap yang aku juga merindukan senyumanmu Na. Aku rindukan tawa hilaimu dan 'sembang bantal' kita di kamarku. Semoga masa itu akan sampai lagi nanti.
Semoga Allah terus menjagamu sayang.
Salam rindu.
No comments:
Post a Comment