~Bismillah~
Bulan... salah satu ciptaan Tuhan yang sangat aku gemari. Kenapa? Sebab, bila waktu malam tiba, langit menjadi gelap dan suram. Bulan beserta teman-temannya, para bintanglah yang menceriakan suasana malam. Melihat kecerahan cahaya mereka, betul-betul menceriakan hatiku yang juga suram ini. Aku sentiasa tersenyum tatkala mata ternampak kehadiran sang bulan ini. Alangkah bahagianya hati ini bisa melihat bulan bersinar kembali setiap malam. Dan hati lebih menjadi gembira bila melihat senyuman bulan dihadiahkan kepadaku. Seolah-olah dia tahu betapa hatiku sedang berduka. Oh, terima kasih, bulan...
Pegi ke masa lampau sekejap... empat tahun dahulu...
[CFS IIUM, Nilai]
Berjalan keluar daripada library.
Aku : Kak Irah, Kak Irah, tengok tu!
Kak Irah : Tengok apa?
Aku : Tu! Dekat langit! Bulan senyum dekat kitalah, kak! Cantiknya!
Kak Irah : Eh, ha'ahlah, Zimah! Tengok, ada dua mata, lepas tu mulut. Wah!!!
Aku : Kak Irah, apa lagi... cepatlah keluarkan kamera. Jom kita ambil gambar bulan tu!
Kak Irah : Alaa... Zimah, kamera Kak Irah tak cantiklah. Gambar pecah.
Aku : Zimah pun... (muncung) Alah, tak apalah, kak... janji ada (senyum)
[Taman Harmonis, Gombak]
Sambil belek-belek majalah Ana Muslim, tiba-tiba terbuka satu halaman.
"... kejadian bulan senyum ini merupakan salah satu ciptaan Allah yang dianggap paling unik dan ia merupakan bukti kebesaran kuasa Allah dalam mencipta sesuatu. Fenomena ini jarang terjadi dan setelah dikaji, kejadian bulan senyum ini hanya terjadi dalam tempoh empat tahun sekali..."
Aku : Wahh! Tak sangka yang nama kejadian tu, 'bulan senyum." (senyum dengan lebarnya)
Aku : Empat tahun sekali pulak tu! Wah, bertuahnya aku dapat saksikan kejadian unik ni! Alhamdulillah!
Kembali ke masa sekarang... tahun 2013...
[Taman Harmonis, Gombak]
Dalam kereta, on the way nak balik rumah. Kepala mendongak ke kaki langit, iaitu pada waktu malam.
Aku : Mak! Tengok tu! 'Bulan senyum!'
Emak : Mana? Mana?
Aku : Tulah! (tunjuk ke cermin depan kereta)
Emak : Hmm...
Aku : 'Hmm', je? Hee... mak nak tahu tak, kejadian 'bulan senyum' ni terjadi empat tahun sekali je tau!
Emak : (diam je)
Aku : Rugi tau tak tengok! Subhanallah... puji Allah banyak-banyak. Cantiknya! Bulan senyum kat Imah.
Tangan cepat-cepat keluarkan telefon bimbit dari dalam beg, dan mesej sahabat-sahabat.
tett... tet... (bunyi keypad hand phone)
"Salam. Wahai sahabat-sahabat semua, cuba tengok langit malam ni. Ada bulan senyum. Kejadian 'bulan senyum' ni hanya terjadi empat tahun sekali. Rugi kalau tak tengok! Saksikanlah keindahan dan kebesaran ciptaan Allah ini sambil memuji-muji-Nya. Subhanallah 100x."
Ada yang membalas...
"Akak dekat bilik. Tapi tak nampak bulan..."~Kak Khaty
"Akak, cuba akak keluar bilik. Mesti nampak punya!"~Aku
Ada lagi seorang membalas...
"Subhanallah... cantiknya..."~Awe
"Awe, Awe, boleh tak tolong tangkapkan gambar 'bulan senyum' ni? Kamera ana low quality lah. Gambar pecah."~Aku
"Kamera ana pun sama jugak. Nanti ana mintak Mil ambilkan. Kamera dia ok sikit."~Awe
Dan gambar di atas tulah adalah hasil tangkapan Mil. Syukran jazilan sebab sudi menangkapkan gambar 'bulan senyum' ni. Allah macam tahu-tahu je yang aku sedang merindukan fenomena 'bulan senyum' ni dengan begitu lama dan ternanti-nanti kehadirannya. Alhamdulillah, kan? Tak diragui bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui segala isi hati hamba-Nya.
Tengok 'bulan senyum,' automatik hati jadi gembira dan wajah turut mengukirkan senyuman.
Dan hati kembali tenang...
Syukran, ya Allah...
:')
No comments:
Post a Comment