About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 29 September 2009

Iftar Jamaie g-13th


SEMOGA KITA SEMUA DAPAT BERKUMPUL
LAGI MACAM NI RAMAI-RAMAI,
PADA MASA AKAN DATANG.


INSYA ALLAH!

...UHIBBUKUM FILLAH...

*UKHUWWAH FILLAH*

:UKHUWWAH NEVER DIES:

~~G-13TH, FOREVER IN MY HEART~~

Monday, 28 September 2009

Tunang 1: Bertunang

Salam.



Alhamdulillah, pada 24 September 2009 yang lepas, kak uda telah selamat ditunangkan dengan Prince Charming nya... Lega rasa di hati ni kak uda dah ada orang yang boleh menjaganya. Bila cincin telah selamat disatungkan ke jari manis kak uda, itu menunjukkan kak uda sekarang telah pun menjadi milik si dia. Walaupun belumlah secara rasmi lagi. Tapi cincin tunang tu sendiri dah menunjukkan yang kak uda itu bakal menjadi kepunyaan orang lain.



Soalan kak uda

Cerita pasal tunang ni, adalah suatu hari tu kak uda tanya mak,

"Mak, orang cakap tunang tu satu perjanjian. Betul ke?"

Mak pun jawab, "a'ah." "Jadi maknanya kalau kita putus tunang dengan tunang kita kiranya kita berdosalah?" kak uda curious betul bab2 ni.

Mak pelik jugaklah dengan soalan kak uda tu. "Apasal pulak berdosa?"

"Yelah... sebab tunang tu satu perjanjian. Jadi, bila kita putus tunang dengan tunang kita maknanya kita tak tepati janji atau telah melanggar janji kita. Tak menunaikan janji tukan satu dosa." kak uda berusaha terangkan.



"Memanglah tunang tu dikira sebagai satu perjanjian, tapi bila kita terpaksa putus tunang dengan pasangan kita, kita taklah dikira berdosa. Sebab kalau suatu hubungan tu dah tak dapat nak diselamatkan lagi, takkan kita nak teruskan jugak hubungan tu sampai kahwin. Nanti bila kahwin, timbul masalah lain, nak cerai pulak. Mana kita nak, putus tunang ke bercerai?" amboi2, panjang benar explainantion mak ni.

"Yelah, tapi cerai tu halal, Allah izinkan," kak uda tak puas hati.

Mak pun sambung, "Memanglah tapi lebih baik berpisah sebelum kahwin daripada bercerai lepas kahwin." (ok, lepas tu, saya dah tak berapa nak ingat ayat mak lepas tu)

Sebab tu orang kata, bertunang tu jangan lama2. Seingat saya Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah pernah cakap tempoh bertunang yang paling baik adalah dalam lingkungan enam bulan atau setahun. Bertunang ni tak elok lama2 sebab ia adalah suatu proses untuk sebuah pasangan saling berta'aruf atau mengenali diri masing2 sebelum sah diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri. Sebab tulah banyak kes yang bertunangnya sampai 2-3 tahun tapi kahwinnya tak jugak. Jadi, kalau nak kahwin dengan pasangan, tak payahlah nak tunang lama2. Paling baik sekali kahwin je terus! Kan senang!

Sabar, belum habis lagi entry saya pasal bertunangn ni. Sekadar perkongsian bersama. Ulama'2 dalam Mazhab Shafie dah simpulkan, terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada gadis yang ingin dirisik bagi menentukan kualiti gadis itu sendiri.


Ciri-ciri tersebut ialah:-

1.Gadis atau wanita yang kuat beragama.

2.Gadis yang dipercayai subur (boleh melahirkan anak) dengan
berpandukan latar belakang ibu-ibu dalam keluarganya.

3.Masih perawan.

4.Terdiri daripada keluarga yang taat beragama dan hidup sederhana.

5.Keturunan baik-baik. Kerana ia boleh melahirkan anak yang pintar.

6.Cantik kerana ia boleh mententeramkan nafsu kepada yang lain.

7.Tidak daripada keluarga terdekat untuk mendapatkan anak yang lebih
sihat dan cergas. Kerana isteri daripada keluarga terdekat seperti
sepupu biasanya melahirkan anak yang lemah seperti sabda Rusulullah
s.a.w.: "Jangan (tidak sayugia) kamu khawini keluarga terdekat kerana
anak hasil perkhawinan sedemikian (biasanya) kurus."

(dipetik dari website: http://inia-lurun.blogspot.com/2009/02/bertunang-dalam-islam.html)


Saya rasa semua ciri ni ada pada kak uda saya. Alhamdulillah, tunang dia memang tak salah buat pilihan. Insya Allah...


Cerita saya

Masa majlis tunang tu, lepas bakal mak mertua sarungkan cincin ke jari manis kak uda, air mata saya memang tak dapat nak ditahan lagi masa tu. Tapi, saya kuatkan juga hati ni supaya tak menangis masa tu. Kalau tak, malu saya orang ramai tengok. Alhamdulillah saya masih mampu menahan air mata daripada terus keluar.

Tapi, masa sesi pembacaan doa pulak, lagi air mata ni rasa macam nak sangat keluar. Saya betul2 rasa sedih masa tu. Saya pun kurang pasti kenapa saya perlu sedih. Patutnya saya gembira untuk kak uda sebab tunangnya akan menjaga dia suatu hari nanti dan dia adalah seorang lelaki yang baik dan terbaik yang Allah anugerahkan buat kak uda. Saya tahu kenapa saya nak menangis masa tu. Saya gembira tapi dalam masa yang sama saya pun sedih sebab lepas ni dah tak ada kak uda untuk temankan saya ke mana2. Kak uda akan menjadi tanggungjawab si dia lepas ni dan kami dah takkan boleh nak keluar selalu macam dulu lagi. Saya terasa yang saya akan bersendirian, kesunyian, dan tiada teman boleh dibawak gurau, bersembang ataupun berkongsi masalah lagi lepas ni. Tulah sebabnya kenapa saya sedih...

Lepas selesai sesi menyarungkan cincin, kak uda bangun menuju ke arah saya.

"Adik, kenapa dengan adik ni? Adik terasa dengan kak uda ke?"



"Tak adalah. Imah dah tak terasa dah dengan kak uda. Cuma... Imah sedih je kak uda dah jadi milik orang lain sekarang... nanti kita dah takkan macam dulu lagi..." saya betul2 tak dapat nak teruskan kata2 saya masa tu sebab saya terlalu sedih. Tanpa disedari, air mata terus merembes keluar. Kak uda yang melihat, merasa terharu. Cepat2 dia usap belakang saya.

"Adik..." kak uda pun macam nak menangis.

Lepas tu, kami terus tangkap gambar sama2 sebanyak yang mungkin. Buat kenangan...
Lepas ni, dah bukan senang lagi nak bergurau senda dengan kak uda macam ni lagi. Jadi, saya gunakanlah kesempatan yang ada ni untuk bersama dengan kak uda yang saya cintai.



Congratulations, kak uda! I love you!

Take care!

Wednesday, 23 September 2009

Exams

Salam.

Happy Eid Mubarak everyone! It seems true that time is really our close enemy. It really envies us. Don't you realize that it's already Wednesday and today is already the fourth day we, Muslims, celebrate our Hari Raya? How fast! Yeah... time does moves faster. It can't wait for us any longer. The day will be arriving soon! The question is are we prepared to face those days? Let's together muhasabah.

Okay. It's not about the Day of Judgement that I want to highlight here, instead it's the final examinations I want to talk about. I'm so worry for these upcoming exams. I can't sit still everytime I think about it. The problem is I can't focus. I can't focus in my revisions. Me myself don't know what's wrong with me right now. Maybe I am so much think about the thing that is not necessarily happen in the next day. I am absurd in thinking about things that going to happen in the future until things that taking place in the present are being ignored.

I always think about my new life as an undergraduate student in the main campus. What will I look like? Will I get the chance to become the best student in my course? Will I face the challenges with courage? Will I see my old friends again or will I get good new friends? Will I this...? Will I that...? Arrrghhhhh!!!!

What about the exams that I will sit starting from tomorrow? I am so worry about my new life when I have moved to Gombak but don't I care about the final exams which will decide whether I am qualified to graduate from CFS or not?

Actually, the thing is I am not confident to take these exams or should I say I am not even well prepared to answer those questions. Do you think I still have time to do some more preparartions for the exams?

Oh Allah, please help me!

Monday, 21 September 2009

1 Syawal

Salam.

Ramadhan pergi

Wahh!!! Ramadhan dah lama berlalu... kini Syawal pula bertandang. Ramadhan pergi dengan ungkapan selamat tinggal, Syawal hadir dengan kalimah Selamat Datang. Rasa sekejap sangat sangat Ramadhan tahun ni. Sejujurnya saya cakap Ramadhan tahun ini tidak seseronok Ramadhan yang sebelum2 ni. Kalau sebelum2 ni, Ramadhan disemarakkan dengan banyak pesta ibadah. Memang sangat meriahlah. Nak pergi terawikh pun bersemangat! Tapi, menjalani ibadah puasa kat Nilai ni, membuatkan saya tidak merasai sangat kemanisan Ramadhan itu sendiri. Dengan assignmentnya yang banyak, exam final pon tinggal berapa meter je lagi, badan jadi letih dan lesu... memang Ramadhan kali ni rasa kekurangan... serba kekurangan... tapi, alhamdulillah, walau apapun, ibadah2 yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ni sempurna dilakukan walaupun bukanlah 100% perfect, tapi asal ada usaha dan ikhtiar, Allah takkan lepas pandang itu semua, betul tak?

Insya Allah, semoga Ramadhan kali ni, bukanlah Ramadhan kali terakhir bagi kite semua. Kalau nak cakap pasal nak hidupkan balik pesta ibadah tu, janganlah kita berhenti daripada terus beribadah kepada Allah. Amboi2, mentang2lah Ramadhan dah habis, korang nak raya sakanlah ya! Hehehe... nilah yang biasa orang tersalah konsep. Beribadah time bulan puasa je. Bila sampai hari raya melantak semua benda. Hahahahaha!!!



Insya Allah... banyak lagi masa untuk kita sama2 perbaiki diri. Marilah kita penuhi bulan Syawal ni pula dengan ibadah2 kepada Allah.

Cerita Syawal

Ok. Nak cakap pasal Syawal pula. Hmmm.... whooaa!!! Hari ni, kami raya sakan jugak! Apa? Ingat korang jeke nak enjoy habis-habisan? Tapi, kitorang ada cara yang tersendiri. Insya Allah, tidak melanggar mana2 batas syariat yang telah ditetapkan. Hehehe...

Petang semalam, sibuk menganyam ketupat dengan Abg Long dan Kak Aishah. Ketupat bawang, ketupat sate dan ketupat bawang. Tapi apapun ketupat bawang is the BEST! Hahahaha... huh! Ingat senang ke nak anyam ketupat.



Berpeluh-peluh jugaklah Kak Aishah nak menyiapkan ketupat bawang dia. Hehehehe... usaha tangga kejayaan lah katakan! Tak putus asa! Lepas tu, Mak, Tok Mek, dan Kak Aishah sambung keje; isi beras dlaam ketupat pulak untuk dijadikan juadah hari raya esoknya. Amboi... sakannya...



Dalam masa yang sama, cuba teka apa yang saya buat masa tu? Saya kat atas, fuhh! Berpeluh jugaklah sampai nak banjir melipat baju2 yang berlonggok mengalahkan gunung kat atas. Lipat, susun, dan letakkan di tempat yang sepatutnya. Penat jugaklah. Tapi bila buat keje sambil dengar lagu, hmmpph! penat tu terus hilang. Kak Uda buat apa pula agaknya kan? Dia lagi semangat! Chef of the day tu! Menu dia untuk buka puasa terakhir semalam ialah Nasi Ayam Mesir. Special tak special tu! Boleh tahan jugaklah masakan dia, especially ayam dia! Memang melets! Hehehe... thanks Kak Uda, masakkan untuk kami!

Hari ni pulak, berkumandang je takbir raya, apa lagi! Hah, bangunlah cepat! Kata nak solat raya kat masjid UIA. Tapi sampai2 je masjid, solat sendiri jugak. Paham2 sendirilah ye. Hehehe...



Sesi photoshoot sudah sampai. Wah, memang bergaya habislah semua orang! Yang tak berapa nak lawa tiba2 jadi lawa. Kena dengan penangan mak andamnya; Kak Longku yang tercinta! Fuh, habis muka yang berjerawat ni dan licin sementara. Hahaha... seronok dapat bergambar dengan satu family (tapi sedih Angah, Kak Arsyi, Itqan, Ijlal dan Imtiyaz tak dapat nak join=( ). Posing sana, posing sini. Ada orang tu siap lentok sna, lentok sini lagi. Kita je yang tak tahu nak lentok ke arah mana. Kihkihkihkih...



Macam biasa, lepas bergambar ada pulaklah sesi bersalam-salaman dan pemberian duit raya kepada mereka yang berhak. Hehehe... Ni lagi seronok! Dah tua bangka pon, still dapat duit raya! Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Tak baik. Lagi2 pemberian dari orang yang tersayang... betul tak?



Itu jelah rasanya kisah hari raya tahun ni. Malas pulak nak membebel banyak kat sini. Nanti tak terbaca dek korang.

Pada saya, walaupun tak berapa nak rasa sangat Ramadhan yang lepas, tapi Alhamdulillah Syawal tahun ni memang sangat meriah! Pertama kali sayar rasa betul2 seronok 1 Syawal kat KL ni. Sebab dapat bergambar (ni paling penting), duit raya (tak lupa), dan beramah mesra dan mengeratkan lagi ukhuwwah antara ahli keluarga. Insya Allah...



Ya Allah, berkatilah 1 Syawal ini dan ampunilah dosa2 kami... Berkatilah keluarga ini dan jadikanlah 1 Syawal ini sebagai 1 Syawal yang paling bermakna dalam buku sejarah keluarga kami. Amiin...


SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!


Sekian.


Saturday, 19 September 2009

Mimpi lagi???

Salam.

Malam semalam, saya bermimpi. Tak tahulah sama ada boleh dikatakan mimpi aneh atau mimpi apa tapi yang pastinya saya mimpikan salah seorang sahabat saya yang berada jauh dari saya sekarang. Saya juga tak tahu kenapa saya boleh mimpikan dia. Saya pernah bertanya seorang sahabat saya ni tentang mimpi. Dia cakap bila kita mimpikan seseorang, itu tandanya kita semakin ingin melupakan orang tu. Tapi ada setengah orang diorang cakap bila kita mimpikan seseorang itu tandanya kita sentiasa ingat orang tu dan boleh juga dikatakan kita sangat merinduinya. Dan melaui apa yang saya belajar tentang mimpi dalam subjek Pendidikan Syari'ah Islamiyah masa tingkatan 5 dulu, mimpi ni merupakan salah satu bentuk hidayah atau petunjuk Allah kepada kita. Tapi tak tahulah sama ada mimpi saya ni boleh dikatakan petunjuk Allah atau sesuatu yang lain. Ada lagi pandangan tentang mimpi. Saya yakin ini paling biasa kita dengar bila orang bercakap tentang mimpi. Mimpi itu mainan tidur, bak kata orang-orang tua zaman2 dulu dan mimpi itu mainan syaitan. Hmmm, betul juga pendapat ni. Saya sokong. Tapi apakah tafsiran mimpi saya ni sebenarnya?



Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya mimpikan orang yang sama dan bila saya mimpikan dia, mimpi itu mesti panjang seperti sebuah cerita. Bila saya mimpikan dia, tidak sama bila saya mimpikan orang lain. Mimpi saya tentang orang lain tidaklah sesrius saya mimpikan dia dan saya tidak pernah rasa pelik bila mimpikan orang lain. Tapi bila saya mimpikan sahabat saya ni, mesti saya rasa sesuatu yang aneh dalam diri saya. Saya akan berfikir mengenainya dan berdoa mohon petunjuk dari Allah akan tafsiran mimpi saya ni.

Kalau saya nak ceritakan apa yang saya mimpikan sahabat saya ni, saya rasa memang tak dapat nak cerita sebab saya tak berapa nak ingat. Mungkin juga Allah yang buatkan saya lupakan mimpi tu sebab Dia tak nak saya terlalu memikirkannya dan mengambil berat tentangnya. Mungkin juga Allah buat macam ni supaya tiada rasa syubhah dalam diri saya terhadap 'pilihan' yang telah saya buat. Mungkin Allah ingin menjaga hati saya. Amiin... terima kasih Allah.

Walaupun saya putuskan untuk tidak terlalu memikirkan mimpi saya yang aneh ni, namun rasa ingin tahu saya terhadap tafsiran mimpi ni sangat kuat. Jadi, saya pun buatlah research tentangnya.

“Rahsia mimpi ini adalah tafsiran dan ramalan sahaja. Anda dinasihatkan untuk tidak mempercayainya 100%. Semua qada & qadar adalah disisi Tuhan Yang Esa.”- (http://harizamrry.wordpress.com/2007/07/11/1001-rahsia-mimpi/).



Memang betul. Walaupun adakalanya mimpi itu adalah suatu petanda kepada sesuatu yang akan berlaku, tak kira apa yang terjadi semuanya atas kehendak Allah. Sesuatu itu tak akan berlaku tanpa keizinan daripadaNya. Bukankah ini salah satu daripada rukun iman kita yang enam; Percaya kepada Qada' dan Qadar. Tapi tak salah kalau kita nak percayakan mimpi tapi janganlah sampai kita terlalu bergantung pada mimpi sehingga kita hilang pergantungan terhadap Allah. Silap hari bulan, terjadi pula syirik kat situ. Na'udzubillah min zalik...

Dalam website ni, dia ada senaraikan lebih 100 tafsiran mimpi. Tapi tiada satu pun yang bertepatan dengan mimpi saya ni. Agak kecewa sebenarnya, tapi tak apalah. Apapun yang saya harapkan adalah agar setiap mimpi yang Allah datangkan dalam setiap tidur saya ni adalah mimpi2 yang akan mendatangkan kebaikan kepada saya, bukan yang sebaliknya.

Sebelum saya berhenti menulis entri tentang mimpi ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang informasi yang saya dapat tentang tafsiran mimpi daripada website ini: http://uhibbulillah.multiply.com/journal/item/107/Tafsir_Mimpi_menurut_Islam_Wallahualam...


Khalid al-Anbari dalam bukunya Kamus Tafsir Mimpi menyebutkan bahwa tanda mimpi yang benar adalah sebagai berikut.

1. Bersih dari mimpi kosong, bayangan-bayangan yang meresahkan dan menakutkan.
2. Dapat dipahami ketika terjaga.
3. Tidur dalam keadaan pikiran jernih, tidak disibukkan oleh persoalan apa pun. 4. Mimpi tersebut dapat ditakwilkan sesuai dengan apa yang ada di Lauh Mahfuzh.

Dengan itu, berakhirlah sudah cerita saya tentang mimpi=))
Saya sendiri tak tahu sama ada sahabat yang saya mimpikan ini juga mengalamin mimpi yang sama dengan saya atau tidak. Tapi saya sangat berharap agar mimpi ini bukanlah mimpi yang buruk. Dan saya sangat berharap agar persahabatan kami berdua diberkati Allah dan tidak akan putus buat selamanya. Insya Allah, amiin...




Sekian.


Tuesday, 15 September 2009

In Memory: Iftar Jamaie

Salam.

Ok. Saya betul2 dah tak ingat bila iftar ini diadakan. Hmm... bila ya? Ahh! Takpelah! Kisah apa! Janji saya nak cerita jugak pasal iftar Group 2 ni. Ok. Where do I start?

Adalah satu petang tu, lepas habis je kelas Oral Comm (group Asilah punya presentation), separuh daripada kami pergilah dekat satu kelas. Doklah bincang2 pasal nak buat dinner untuk sesama kami. Oh! Baru ingat! Dinner tu malam Jumaat, sebab Silah punya group present hari Khamis. Hehehe... please excuse my memory ya! I have a bad memory since... I don't know... Ok2, Hazimah! Proceed! Ok. Masa meeting tu, sedih sangat. Hanya berapa kerat je yang datang. Berapa kerat je yang betul2 bersemangat nak buat gathering sama2. Sedih2...

Lepas dah bincang2 tu, kami semua sepakat dinner malam tu akan dibuat lepas maghrib dekat Restoran Penang Food. Ok, set! 'Malam ni, tahulah aku nak pakai baju apa... hehehe' Hati saya sudah berkata-kata. Memang tak sabar2 nak kumpul ramai2 (satu kelas) sebelum balik cuti raya ni. Kami pun pulanglah ke bilik dengan hati yang gumbira.

Ok. Petang tu, tiba2 ada berita tergempar pulak dah... Masa on the way nak ke bilik Madam Rafidah (madam writing saya), nampaklah sahabat2 yang dikasihi (Nisah, Farissa, Azie, Rin, dan Munirah) buat mesyuarat tergempar pulak kat tengah2 jalan raya. 'Eh2 diorang ni. Nak commit suicide masa bulan Ramadhan ke?' Hehehe... gurau je... Saya pun apa lagi. Penasaranlah nak tahu. Cepat2 saya melangkah pergi kat diorang. Saya sampai2 je, terus diorang bagitau berita terkini pasal perubahan tempat dinner kami. Terkejut beruk jugak saya dengar. 'Pehal ni main tukar2 tempat last minit! Suka sangat buat keputusan sendiri!' Bengkek jugaklah saya masa tu. Tapi demi sahabat2, disabarkan jugaklah hati ni. "Zimah pergi tak dinner malam ni kat Restoran Anggun... (apa ke nama entah. Lupa!)?" Azie pun macam nak tak nak je pergi sebab kami tak expect diorang nak tukar tempat sampai ke luar area UIA. Saya menggaru kepalalah... "Entahlah Azie. Macam jauh sangat je. Tempat dekat dah ada, buat apalah diorang nak buat jauh2. Tapi, kalau Zimah, Zimah nak pergi. Nak sangat kita semua kumpul ramai2. Bila lagi kan?" "Hmm... betul jugak. Kalau Zimah pergi, kita pergi sekali eh?" Akhirnya kami bersepakat. "Alright!"

"Ok korang. Jangan lupa malam ni kat Restoran Anggun . . . lepas maghrib. Kita kumpul kat blok B dulu, k?" amboi2 Assistant Director kita dah bagi arahan. Cayalah Rin!



Eh2, sabar dulu. Takkanlah lepas solat maghrib je terus nak pergi serbu restoran Anggun tu kot! Masa kami kumpul kat blok B, depan Kam Loi tu, kami tak terus jalan. Ingatlah nak tunggu si Wawan and the gang turun, then kita boleh pergi sekali. Tapi Silah cakap, "Korang, Wawan tak dapat join kitalah. Dia kata perut dia dah penuh sangat. Tak boleh nak masuk dah." Pulak dah... bertuah betol Wawan ni. Ingatlah ada dia, takdelah sunyi sangat kami kat sana. Kalau dia ada, hishh... macam2 cerita keluar. Ok, takpe. Harap2nya boys yang lain boleh datanglah kan. Aimi pon keluarkan hanphone dia dan call Mirol. "Mirol, korang join kitorang tak?" Pastu Mirol kata dia dengan Ali join, tapi diprang lambat sket. So, diorang suruh kami gerak dulu. Sementara tunggu yang lain2, tetiba Aimi bagi news baru, "Korang, Mirol dengan Ali tak dapat datanglah. Dia ada hal. Dia kirim salam." Alahai... pesal lah hero2 group ni tak sporting langsung. Sodeh betol! Takpelah. Nak wat macam mana. Alia macam tau2 je kami kecewa. "Takpe. It's ok. We still can have fun together withou boyus, right?" Yeah!!! 'I agree with you Alia!' saya cakap dalam hati.

'Come on guys! Restaurant Anggun, here we come!!!' Perjalanan bermula...

Masa tengah jalan kat tepi jalan tu, Hadi tanya Silah, "Silah, sapa yang tak gi?" Silah selamba je, "Laki semua tak pergi." Peliklah tu Hadi, "Aku ni bukan laki ke?" Hahahaha... tergelak saya kat depan.



Kat restoran tu, lepas dah kasi order, macam2 lah yang kami bualkan. Biasalah... masalah rakyat dan negara! Hahaha... tak tahan betol saya lihat telatah kawan2 yang dicintai ni. Lagi2 bila diorang cakap pasal orang2 ni. Huuuu... siapalah agaknya ya? Hehehe... adalah... "Heee... ko nak tahu tak hari dia ni bla... bla... bla..." "Masa kelas hari tuh, I nampak dia..." "Yeke? Betol ke?" "A'ah..." 'Sakan betollah kawan2 aku ni bercerita. Hehehe...' Saya kat hujung ni senyum dan senyap jelah dan pasang telinga. Hehehe, nak jugak kan... Diorang ni memang kaya dengan cerita2 hot! Bak kata Ct, "Dah lah kedai ni panas, korang tambah plak dengan cite2 panas ni!" Ct2... betul jugak cakap awak tu...

Seronoklah dengar diorang bersembang. Tak pernah saya rasa suasanaseronok macam ni. Kawan2 kat sekeliling kita. Bergelak ketawa, kecoh2, ada je lawak jenaka atau cerita yang nak dikongsikan. Allah jelah yang tahu betapa pengalaman makan dinner dengan kawan2 kelas ni memang menyeronokkan. I did enjoy myself that night!



Hmm... korang... sedihnya kita dah nak berpisah... Zimah harap sangat2 lepas kita dah habis final exam nanti, kita dapat kumpul macam ni lagi. Kita buatlah jamuan raya pulak ye? Please... Zimah mohon... cheh, ngada2 lah plak minah ni.

Oklah. Rasanya ni je kot... cerita iftar jamaie kami. Insya Allah, nantikan pulak cerita jamuan raya kami akan datang. Kalau adalah... insya Allah...

Wassalam.

Saturday, 12 September 2009

In Memory: Inter-class Drama Competition


Salam.

Actually, there are so many things to be shared. But, I've no mood to write it down here. Perhaps, I can just put some photos here which I had taken from some of my friends' Facebook profile, like Fatihah, Nazrin, Siti and others.

Hmm... sadly to say, only one photo got my face. How sad...
Hehehe... but, I don't mind. To me, their photos are much more important than mine.
Don't you think so?

Okay, I better stop mumbling. Enjoy watching the photos!


During the rehearsal day

All our incredible casts

The hardworking crew members


The competition
day

~Before the competition started~


~During the competition~


~After the competition~



Oh Allah, only you know how much this memory is so much meaningful in my life. I wish you can turn back the time so that I will watch their efforts on making this drama successful.

For all the members of group 2, I want to congratulate you guys for everything you had contributed for this competition. Thanks to all incredible casts for bringing the characters that I had created in this play and not forgotten to my crew friends. Without you, this play could be nothing (Nazrin's quote).

Hope to see you guys again in Gombak!!


UHIBBUKUM FILLAH!!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails