About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 15 September 2009

In Memory: Iftar Jamaie

Salam.

Ok. Saya betul2 dah tak ingat bila iftar ini diadakan. Hmm... bila ya? Ahh! Takpelah! Kisah apa! Janji saya nak cerita jugak pasal iftar Group 2 ni. Ok. Where do I start?

Adalah satu petang tu, lepas habis je kelas Oral Comm (group Asilah punya presentation), separuh daripada kami pergilah dekat satu kelas. Doklah bincang2 pasal nak buat dinner untuk sesama kami. Oh! Baru ingat! Dinner tu malam Jumaat, sebab Silah punya group present hari Khamis. Hehehe... please excuse my memory ya! I have a bad memory since... I don't know... Ok2, Hazimah! Proceed! Ok. Masa meeting tu, sedih sangat. Hanya berapa kerat je yang datang. Berapa kerat je yang betul2 bersemangat nak buat gathering sama2. Sedih2...

Lepas dah bincang2 tu, kami semua sepakat dinner malam tu akan dibuat lepas maghrib dekat Restoran Penang Food. Ok, set! 'Malam ni, tahulah aku nak pakai baju apa... hehehe' Hati saya sudah berkata-kata. Memang tak sabar2 nak kumpul ramai2 (satu kelas) sebelum balik cuti raya ni. Kami pun pulanglah ke bilik dengan hati yang gumbira.

Ok. Petang tu, tiba2 ada berita tergempar pulak dah... Masa on the way nak ke bilik Madam Rafidah (madam writing saya), nampaklah sahabat2 yang dikasihi (Nisah, Farissa, Azie, Rin, dan Munirah) buat mesyuarat tergempar pulak kat tengah2 jalan raya. 'Eh2 diorang ni. Nak commit suicide masa bulan Ramadhan ke?' Hehehe... gurau je... Saya pun apa lagi. Penasaranlah nak tahu. Cepat2 saya melangkah pergi kat diorang. Saya sampai2 je, terus diorang bagitau berita terkini pasal perubahan tempat dinner kami. Terkejut beruk jugak saya dengar. 'Pehal ni main tukar2 tempat last minit! Suka sangat buat keputusan sendiri!' Bengkek jugaklah saya masa tu. Tapi demi sahabat2, disabarkan jugaklah hati ni. "Zimah pergi tak dinner malam ni kat Restoran Anggun... (apa ke nama entah. Lupa!)?" Azie pun macam nak tak nak je pergi sebab kami tak expect diorang nak tukar tempat sampai ke luar area UIA. Saya menggaru kepalalah... "Entahlah Azie. Macam jauh sangat je. Tempat dekat dah ada, buat apalah diorang nak buat jauh2. Tapi, kalau Zimah, Zimah nak pergi. Nak sangat kita semua kumpul ramai2. Bila lagi kan?" "Hmm... betul jugak. Kalau Zimah pergi, kita pergi sekali eh?" Akhirnya kami bersepakat. "Alright!"

"Ok korang. Jangan lupa malam ni kat Restoran Anggun . . . lepas maghrib. Kita kumpul kat blok B dulu, k?" amboi2 Assistant Director kita dah bagi arahan. Cayalah Rin!



Eh2, sabar dulu. Takkanlah lepas solat maghrib je terus nak pergi serbu restoran Anggun tu kot! Masa kami kumpul kat blok B, depan Kam Loi tu, kami tak terus jalan. Ingatlah nak tunggu si Wawan and the gang turun, then kita boleh pergi sekali. Tapi Silah cakap, "Korang, Wawan tak dapat join kitalah. Dia kata perut dia dah penuh sangat. Tak boleh nak masuk dah." Pulak dah... bertuah betol Wawan ni. Ingatlah ada dia, takdelah sunyi sangat kami kat sana. Kalau dia ada, hishh... macam2 cerita keluar. Ok, takpe. Harap2nya boys yang lain boleh datanglah kan. Aimi pon keluarkan hanphone dia dan call Mirol. "Mirol, korang join kitorang tak?" Pastu Mirol kata dia dengan Ali join, tapi diprang lambat sket. So, diorang suruh kami gerak dulu. Sementara tunggu yang lain2, tetiba Aimi bagi news baru, "Korang, Mirol dengan Ali tak dapat datanglah. Dia ada hal. Dia kirim salam." Alahai... pesal lah hero2 group ni tak sporting langsung. Sodeh betol! Takpelah. Nak wat macam mana. Alia macam tau2 je kami kecewa. "Takpe. It's ok. We still can have fun together withou boyus, right?" Yeah!!! 'I agree with you Alia!' saya cakap dalam hati.

'Come on guys! Restaurant Anggun, here we come!!!' Perjalanan bermula...

Masa tengah jalan kat tepi jalan tu, Hadi tanya Silah, "Silah, sapa yang tak gi?" Silah selamba je, "Laki semua tak pergi." Peliklah tu Hadi, "Aku ni bukan laki ke?" Hahahaha... tergelak saya kat depan.



Kat restoran tu, lepas dah kasi order, macam2 lah yang kami bualkan. Biasalah... masalah rakyat dan negara! Hahaha... tak tahan betol saya lihat telatah kawan2 yang dicintai ni. Lagi2 bila diorang cakap pasal orang2 ni. Huuuu... siapalah agaknya ya? Hehehe... adalah... "Heee... ko nak tahu tak hari dia ni bla... bla... bla..." "Masa kelas hari tuh, I nampak dia..." "Yeke? Betol ke?" "A'ah..." 'Sakan betollah kawan2 aku ni bercerita. Hehehe...' Saya kat hujung ni senyum dan senyap jelah dan pasang telinga. Hehehe, nak jugak kan... Diorang ni memang kaya dengan cerita2 hot! Bak kata Ct, "Dah lah kedai ni panas, korang tambah plak dengan cite2 panas ni!" Ct2... betul jugak cakap awak tu...

Seronoklah dengar diorang bersembang. Tak pernah saya rasa suasanaseronok macam ni. Kawan2 kat sekeliling kita. Bergelak ketawa, kecoh2, ada je lawak jenaka atau cerita yang nak dikongsikan. Allah jelah yang tahu betapa pengalaman makan dinner dengan kawan2 kelas ni memang menyeronokkan. I did enjoy myself that night!



Hmm... korang... sedihnya kita dah nak berpisah... Zimah harap sangat2 lepas kita dah habis final exam nanti, kita dapat kumpul macam ni lagi. Kita buatlah jamuan raya pulak ye? Please... Zimah mohon... cheh, ngada2 lah plak minah ni.

Oklah. Rasanya ni je kot... cerita iftar jamaie kami. Insya Allah, nantikan pulak cerita jamuan raya kami akan datang. Kalau adalah... insya Allah...

Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails