Salam...
Hmm... rasa macam tak ada mood je nak menulis hari ni. Semangat saya yang selama ni berkobar2 tiba-tiba jadi luntur. Langsung dah tak ada kekuatan nak sambung belajar. Kenapa dengan saya ni? Takkanlah masalah kecil macam ni pun boleh mengganggu fikiran saya? Entahlah... kadang-kadang hidup ni memang manis. Hampir semua yang Allah ciptakan di dunia ni demi kemaslihatan manusia memang sangat indah dan menyeronokkan. Tapi kadang-kadang manusia tak sedar, bahawa kemanisan itulah yan akan membawa kepedihan. Bagi saya, itulah yang saya rasa sekarang.
Saya bukanlah nak buat luahan perasaan ke apa kat sini. Bukan juga nak menagih simpati sesiapa, cuma saya pelik dan hairan, mengapa kita manusia sentiasa inginkan kesempurnaan dalam setiap perkara sedangkan kita tahu bahawa diri kita sendiri tak sempurna? Entahlah... saya sendiri tak tahu apa yang saya bebelkan kat sini. Minta maaf sangat-sangat sekiranya saya jadikan ruangan ini sebagai tempat saya meluahkan masalah saya.
Sejak balik rumah hari tu, saya tak pernah membayangkan bahawa saat itulah antara saat-saat yang paling membahagiakan saya. Banyak benda yang berlaku yang membuatkan saya tak putus-putus mengucapkan syukur kepada Allah dalam hati kerana memberikan saya kebahagiaan yang sebegitu rupa. Saya yakin, semua orang akan merasakan hal yang sama jika mereka berada di tempat saya. Tapi, tulah. Masalahnya bila kebahagiaan atau kegembiraan hanya hadir sementara dalam hidup kita. Memang betul lah kesedihan cemburukan kebahagiaan. Di saat-saat kita gembiralah dia nak datang. Masa kita tengah bahagialah dia nak ganggu kita. Sara merasakan seolah-olah kebahagiaan yang datang pada saya hanya mampu bertahan tidak lebih dari lima hari. Selepas tu dia terus hilang bila kesedihan datang menyinggah. Apa sebenarnya yang dia nak dari saya? Cuba sesiapa boleh kongsikan dengan saya benda apa yang mampu kita berikan untuk seseorang manusia yang dapat membuatkan dia berpuas hati dan percaya pada kita?
Ada sesiapa yang punya pendapat?
Oklah... bagi saya... jawapannya... TIADA...
Memang benar, tiada apa yang mampu kita berikan pada seseorang yang mampu memuaskan hati dia. Nak tahu kenapa? Sebab kita tidak punya apa-apa untuk membuatkan seseorang bahagia. Atau lebih baik saya cakap begini; kita langsung tidak ada kuasa untuk membuatkan seseorang itu bahagia atau sayang pada kita. Langsung tiada!
Nak tahu kenapa? Sebab hanya yang ATAS saja yang mampu berikan semua tu. Hanya Dia sahaja yang punya hak untuk berikan apa yang kita tidak mampu berikan pada orang lain. Hanya Allah saja yang berkuasa atas segala-galanya dan hanya Dia, yang berkuasa untuk membolak bailkkan hati-hati manusia. Dan yang lebih penting sekali, hanya Allah azzawajalla saja yang mampu menganugerahkan kebahagiaan mahupun kesdihan kepada mereka yang berhak. Bukan manusia sendiri...
Maaflah sekiranya entry ni terlalu panjang. Tapi sejujurnya saya cakap di sini, saya memang sangat-sangat sedih. Mengapa saya sedih? Saya sedih kerana banyak perkara. Saya sedih kerana mudah sekali tertipu dengan keindahan dunia. Dan perkara yang paling membuatkan saya rasa tersangat-sangat sedih pada saat ini ialah sedih kerana tidak mampu membuatkan orang yang saya cintai bahagia. Kenapa? Sebab saya tidak punya apa-apa... Saya miskin... saya papa kedana... saya tidak sekaya DIA, SANG PENCIPTA, yang punya segala-galanya. Jadi, kerana itulah saya sedih...
Maaf... air mata yang hampir nak berlinangan tidak mampu saya bendung lagi. Tapi saya cuba tabahkan diri supaya kuat menghadapi semua ujian hidup yang diberikan, dengan sabar dan penuh pasrah dan redha di atas segala ketentuan-Nya. Saya redha... saya redha... kerana saya tahu, ke mana saja saya pergi dan di mana jua saya berada, Allah sentiasa di hati saya dan Dia sentiasa dekat dengan saya, mengalir dalam setiap saluran darah dalam tubuh badan saya.
Saya janji pada diri saya walau apa pun yang terjadi saya akan kuat menghadapinya...
Amiin...

No comments:
Post a Comment