About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 21 September 2009

1 Syawal

Salam.

Ramadhan pergi

Wahh!!! Ramadhan dah lama berlalu... kini Syawal pula bertandang. Ramadhan pergi dengan ungkapan selamat tinggal, Syawal hadir dengan kalimah Selamat Datang. Rasa sekejap sangat sangat Ramadhan tahun ni. Sejujurnya saya cakap Ramadhan tahun ini tidak seseronok Ramadhan yang sebelum2 ni. Kalau sebelum2 ni, Ramadhan disemarakkan dengan banyak pesta ibadah. Memang sangat meriahlah. Nak pergi terawikh pun bersemangat! Tapi, menjalani ibadah puasa kat Nilai ni, membuatkan saya tidak merasai sangat kemanisan Ramadhan itu sendiri. Dengan assignmentnya yang banyak, exam final pon tinggal berapa meter je lagi, badan jadi letih dan lesu... memang Ramadhan kali ni rasa kekurangan... serba kekurangan... tapi, alhamdulillah, walau apapun, ibadah2 yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ni sempurna dilakukan walaupun bukanlah 100% perfect, tapi asal ada usaha dan ikhtiar, Allah takkan lepas pandang itu semua, betul tak?

Insya Allah, semoga Ramadhan kali ni, bukanlah Ramadhan kali terakhir bagi kite semua. Kalau nak cakap pasal nak hidupkan balik pesta ibadah tu, janganlah kita berhenti daripada terus beribadah kepada Allah. Amboi2, mentang2lah Ramadhan dah habis, korang nak raya sakanlah ya! Hehehe... nilah yang biasa orang tersalah konsep. Beribadah time bulan puasa je. Bila sampai hari raya melantak semua benda. Hahahahaha!!!



Insya Allah... banyak lagi masa untuk kita sama2 perbaiki diri. Marilah kita penuhi bulan Syawal ni pula dengan ibadah2 kepada Allah.

Cerita Syawal

Ok. Nak cakap pasal Syawal pula. Hmmm.... whooaa!!! Hari ni, kami raya sakan jugak! Apa? Ingat korang jeke nak enjoy habis-habisan? Tapi, kitorang ada cara yang tersendiri. Insya Allah, tidak melanggar mana2 batas syariat yang telah ditetapkan. Hehehe...

Petang semalam, sibuk menganyam ketupat dengan Abg Long dan Kak Aishah. Ketupat bawang, ketupat sate dan ketupat bawang. Tapi apapun ketupat bawang is the BEST! Hahahaha... huh! Ingat senang ke nak anyam ketupat.



Berpeluh-peluh jugaklah Kak Aishah nak menyiapkan ketupat bawang dia. Hehehehe... usaha tangga kejayaan lah katakan! Tak putus asa! Lepas tu, Mak, Tok Mek, dan Kak Aishah sambung keje; isi beras dlaam ketupat pulak untuk dijadikan juadah hari raya esoknya. Amboi... sakannya...



Dalam masa yang sama, cuba teka apa yang saya buat masa tu? Saya kat atas, fuhh! Berpeluh jugaklah sampai nak banjir melipat baju2 yang berlonggok mengalahkan gunung kat atas. Lipat, susun, dan letakkan di tempat yang sepatutnya. Penat jugaklah. Tapi bila buat keje sambil dengar lagu, hmmpph! penat tu terus hilang. Kak Uda buat apa pula agaknya kan? Dia lagi semangat! Chef of the day tu! Menu dia untuk buka puasa terakhir semalam ialah Nasi Ayam Mesir. Special tak special tu! Boleh tahan jugaklah masakan dia, especially ayam dia! Memang melets! Hehehe... thanks Kak Uda, masakkan untuk kami!

Hari ni pulak, berkumandang je takbir raya, apa lagi! Hah, bangunlah cepat! Kata nak solat raya kat masjid UIA. Tapi sampai2 je masjid, solat sendiri jugak. Paham2 sendirilah ye. Hehehe...



Sesi photoshoot sudah sampai. Wah, memang bergaya habislah semua orang! Yang tak berapa nak lawa tiba2 jadi lawa. Kena dengan penangan mak andamnya; Kak Longku yang tercinta! Fuh, habis muka yang berjerawat ni dan licin sementara. Hahaha... seronok dapat bergambar dengan satu family (tapi sedih Angah, Kak Arsyi, Itqan, Ijlal dan Imtiyaz tak dapat nak join=( ). Posing sana, posing sini. Ada orang tu siap lentok sna, lentok sini lagi. Kita je yang tak tahu nak lentok ke arah mana. Kihkihkihkih...



Macam biasa, lepas bergambar ada pulaklah sesi bersalam-salaman dan pemberian duit raya kepada mereka yang berhak. Hehehe... Ni lagi seronok! Dah tua bangka pon, still dapat duit raya! Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Tak baik. Lagi2 pemberian dari orang yang tersayang... betul tak?



Itu jelah rasanya kisah hari raya tahun ni. Malas pulak nak membebel banyak kat sini. Nanti tak terbaca dek korang.

Pada saya, walaupun tak berapa nak rasa sangat Ramadhan yang lepas, tapi Alhamdulillah Syawal tahun ni memang sangat meriah! Pertama kali sayar rasa betul2 seronok 1 Syawal kat KL ni. Sebab dapat bergambar (ni paling penting), duit raya (tak lupa), dan beramah mesra dan mengeratkan lagi ukhuwwah antara ahli keluarga. Insya Allah...



Ya Allah, berkatilah 1 Syawal ini dan ampunilah dosa2 kami... Berkatilah keluarga ini dan jadikanlah 1 Syawal ini sebagai 1 Syawal yang paling bermakna dalam buku sejarah keluarga kami. Amiin...


SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!


Sekian.


2 comments:

atiqah_irbed said...

amboi..seronoknye die beraye
bile la nk jmpe kamu ni dik
meh la dtg jordan

wan hazimah said...

fathiyyah:

alah... janji ada cerita raya... huhu~

atiqah_irbed:

insya Allah, kalau ada jodoh zmah akan pergi sana utk jumpa kak tiqah! rindu akak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails