~Bismillah~
Semalam... jam 11:22 malam...
Sambil jari-jemari tak henti-henti menekan-nekan papan kekunci Asou...
tett... tett... tett... Yankumi aku bergegar atas kotak, tempat Asouku duduk.
"Assalamualaikum! Rindu adik akak. Moga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah =D"~Kak C
"Waalaikum salam. Windu jugak! Jom online kejap."~Aku
"Ala... lappy buat hal. Tak boleh online. Wuwu..."~Kak C
"Ok, takpe. Windu Kak C jugak."~Aku
"Imah nak menangis dekat Aisyah... T.T"~Kak C
"Alah... kenapa ni, Imah? Farid buat hal lagi ea? Nak kena si Farid ni!"~Aku
Imah, Aisyah dan Farid adalah nama-nama watak dalam drama "Kronologi Cinta" yang pernah kami persembahkan dulu. Alamak, rindu pulak saat-saat kami training dan berlakon bersama. Hmm... memori-memori...
"T.T hati akak sakit bila kenangkan esok patutnya genap setahun pertunangan kami. T.T hug me please... tenangkan akak T.T"~Kak C
"Zmah faham perasaan akak... akak, Zmah benarkan akak menangis. Biarlah kita menangis sepuas-puasnya sekarang supaya one day, kita akan tertawa selamanya..."~Aku
Sampai macam ni sekali aku positif. Macamlah di dunia ni kita akan kekal bahagia buat selama-lamanya. Tak apalah... buat masa sekarang, kata-kata begini yang keluar dari mulut aku hanyalah sekadar nak memujuk hati yang sedang membengkak dan bernanah. Tak salah kan begini?
"T.T peluk Zmah kuat-kuat. Akak jadi trauma nak terima pinangan siapa-siapa dah Zmah... akak fobia. Benci lelaki. Semua jahat. Sama je. Tak ada yang tulus T.T"~Kak C
Oh Kak C, andai engkau tahu bukan engkau seorang yang mengalami perasaan sebegini. Ramai wanita mengalami ujian perasaan yang sama sepertimu dan aku tahu betapa beratnya ujian sebegini bagi wanita yang lemah seperti kita. Kalau tak, takkan hati ini turut berdarah seterusnya membengkak dan bernanah. Jika hati ini ibarat organ lain yang bisa dilihat dengan mata kasar, dan dikeluarkan dari jasad manusia, ingin saja aku tunjukkan bagaimana rupa hati ku kini padamu. Betapa ianya turut hancur berkecai. Yang tinggal hanya serpihan-serpihannya saja, yang entahkan sembuh atau tidak. Tapi jika dilihat seperti sudah tiada harapan... dan kalau pembedahan bisa dilakukan demi mengeluarkan setiap kedukaan yang dialami oleh hati, aku sanggup berhabisan wang ringgit demi merawatnya. Namun, ianya organ spiritual. Luka dan parutnya berkekalan sampai bila-bila.
"Yup, I also think about the same. I don't want to comment anything about this at the moment. Sebab emosi Zmah pun tengah unstable dan luka Zmah masih berdarah lagi. What I can say is that we need to give some time and space for ourselves. Don't allow any man enter our heart easily at the moment. Just do anything we can to get rid of those cheaters."~Aku
"Totally agreed. Sekarang hati kita hanya untuk Allah. Tak ada seorang manusia pun yang layak berada dalam hati kita. Allah sayang kita. Dunia tak seindah mana. Hanya syurga saja yang indah. Tak sabar nak balik ke tempat asal. Chaiyok, chaiyok!"~Kak C
Seandainya masa bisa diputarkan kembali, akan ku pastikan agar setiap perkara yang berlaku kini tidak akan berlaku selamanya. Seandainya masa laluku bisa dipulangkan kembali kepadaku, akan kumohon agar diriku tidak bertemu dengannya atau mengenalinya. Andai aku bisa berlari pulang ke masa lampau, aku ingin pastikan bahawa istikharahnya hanya palsu belaka. Tapi, sampai bila aku harus hidup dengan perasaan sebegini? Kata diri sudah ikhlas dengan takdir Ilahi, tapi kenapa begitu susah untuk kuhilangkan setiap luka di hati? Hmmm... mungkin... inilah hati wanita. Berbeza dengan lelaki. Bak katanya, "Inilah perempuan. Tak habis-habis nak fikirkan soal hati dan perasaan..." Tapi apakan daya aku... sudah sememangnya fitrah wanita begini. Jika tidak, kepada siapa anak-anak kecil ingin mendapatkan kasih sayang dan belaian, kalau sudah bapanya seorang yang rasional sepanjang waktu.
|
Mata bengkak, baru lepas menangis. Masa ni mengalami tekanan perasaan yang sangat hebat
disebabkan masalah yang serius dalam keluarga. Tapi tak sangka, mereka-mereka inilah yang menyedari
kemuraman wajah ini masa training teater KC dan memujuk hati ini. Aku sayang mereka. |
Kepada Kak C yang aku cintai,
Sungguh tak layak para lelaki yang pernah hadir dalam hidupmu itu menyentuh hati sucimu. Siapa mereka untuk bermain-main dengan hatimu yang tulus? Mereka bukan siapa-siapa, melainkan seorang lelaki yang hanya mahu menjadikan hatimu sebagai bahan uji kaji mereka. Bila sudah dapat, mereka berseronok dengannya. Bila sudah rasa tak serasi, mereka membuangmu dari hidup mereka sewenang-wenangnya. Kita ni ibarat sampah dalam hidup mereka yang boleh mereka buang jauh-jauh dari hidup mereka bila diri sudah tidak memerlukannya, tatkala sudah mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
Pelbagai alasan diberi demi menutup kesalahan sendiri. Mereka sudah membuktikan bahawa mereka lelaki tidak bertanggung jawab dan pengecut. Memutuskan sebuah perhubungan yang matlamatnya sebuah pernikahan tanpa bersemuka empat mata dan berlaga suara dengan kita. Jika mereka seorang lelaki yang bertanggung jawab, tidak sepatutnya mereka lakukan itu. Tapi... ingin aku katakan yang engkau sungguh beruntung. Mengapa? Kerana terputusnya hubungan kalian menunjukkan bahawa Allah masih menyayangi dirimu. Dia akan gantikan dengan sesuatu yang jauh berganda-ganda lebih baik lagi selepas ini. Dan... berterima kasihlah engkau kepada mereka yang telah meninggalkan dirimu kerana perginya mereka dari hidupmu bakal menghadirkan seorang yang berhati murni dan tulus yang akan mencintai dirimu hanya kerana-Nya. Percayalah bahawa tak semua lelaki itu jahat. Ingat kata-kata ini. "In order to meet the right person, we shall meet a few wrong people in our lives." Percayalah bahawa Allah itu tidak kejam.
Kak C, jika diizinkan Ilahi akan kusentuh hatimu dengan ayat-ayat cintaku. Mungkin kata-kataku di laman ini tidak mencukupi bagi memujuk hatimu yang sudah tak keruan itu. Namun, yakinilah jika bukan aku, Allah jualah penyentuh hati terbaik! Memandangkan kita jauh berbatu-batu, kumohon agar kau sendirilah yang menyentuh hatimu dengan ayat-ayat cinta-Nya agar dengan itu ketenangan dan kebahagiaan saja yang bisa kau rasai seperti yang aku rasakan sekarang.
Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih berbunga indah. Di setiap penghujung jalan yang gelap, pasti akan tersuluhnya sinar cahaya harapan.
Salam cinta dan kasih dari aku, adikmu.
"Do not chase people. Be you and do your own thing and work hard. The RIGHT people who belong in your life will come to you, and STAY."
Be strong, my dear...
Tulis dengan hati yang tenang tapi pedih.
Wallahua'lam.