~Bismillah~
Assalamualaikum semua. Harapnya semua sihat-sihat saja hari ini. Apa aktiviti anda pada hari ini? Bagi pelajar-pelajar UIA, mesti masih sibuk dengan add and drop, kan? Zmah pun masih menunggu keputusan EAW niha. Tak tahu ke section mana Zmah akan dicampakkan. Tapi apa-apapun Zmah doakan agar Allah permudahkan segala urusan kita ya, terutamanya bagi mereka yang sama-sama dengan Zmah yang sepatutnya nak grad dah sem ni. Harapnya, tidak hanya kerana satu subjek je, kita tersangkut. Tak dapat nak grad. Menangis tak sudahlah nampaknya kita nanti. Kepada mereka yang masih bercuti, selamat meneruskan percutian anda. Ingat pesan Zmah, masa cuti ni bukan masa untuk berehat sakan sampai lupa nak beribadah. Nak rehat boleh, sebab cuti memang untuk rehat... tapi tapi tapi... tidurnya jangan overdose tau! Tak produktif nanti. Hehe.
Hari ni, Zmah nak kongsikan satu benda menarik dengan anda semua. Sebelum tu, Zmah nak kita sama-sama fikir tentang sesuatu. Pernah tak kita fikir yang hanya kerana sekecil-kecil perkara, kita boleh masuk ke syurga dan sekecil-kecil perkara kita boleh terjunam ke lembah neraka? Haa... hari ni, kita tak payah fokus pada benda besar-besar ya, sebabnya, benda yang besar-besar selalunya kita nampak. Kita sedar benda tu. Tapi selalunya benda yang kecil-kecil nilah yang kita sering terlepas pandang dan pernah sampai tak perasan langsung. Kadang-kala, kita tak terfikir pun yang sekecil-kecil amalan yang kita buat hanya kerana Allah swt akan lebih mendekatkan kita dengan syurga-Nya dan tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beruntung... dan... sekecil-kecil amalan yang kita buat kerana selain-Nya akan pastinya menarik kita ke neraka-Nya dan sekaligus menjadi orang-orang yang rugi... na'udhubillah.
Tak percaya cakap Zmah? Ok. Sekarang, jom kita sama-sama baca hadith ni. Ini kisah menarik ya dan sesuai dengan tajuk entri Zmah kali ni, "Simple." ^_^
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada suatu ketika, kami duduk bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba baginda bersabda:
"Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian." Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar. Pada esok harinya, dalam kesempatan yang sama, Rasulullah saw pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah orang lelaki yang sama seperti semalam. Pada hari ketiga, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama tersebut juga.
Apabila Rasulullah saw beredar, 'Abdullah 'Amar pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya: "Saya telah bergaduh dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama tiga hari. Kalau saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh itu, nescaya saya akan turut saudara pulang." "Baiklah, saya sudi," jawab lelaki itu.
Anas ra meriwayatkan bahawa 'Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki tersebut selama tiga malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun solat malam. Cuma apa yang dilihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan di tempat tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah swt dan bertakbir, sehinggalah akhirnya ia bangun menunaikan solat Fajar.
'Abdullah menambah: "Aku tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik sahaja." "Apabila berselang tiga malam, maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya," kata 'Abdullah. "Selepas itu, aku pun berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah, sebenarnya antara aku dan bapaku tidak ada apa-apa sengketa dan pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah saw menyebut perihal dirimu sebanyak tiga kali. Baginda berkata: "Sekarang tampil menjengol seorang ahli syurga." Tiap-tiap kali orang yang muncul itu ialah saudara. Lantaran itulah, saya ingin menumpangkan di rumah saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tetapi saya tidak nampak saudara melakukan apa-apa amal yang besar. Apakah yang menyebabkann saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah saw itu?"
Jawab lelaki itu: "Tidak ada apa-apa yang saya lakukan selain dari apa yang telah saudara lihat."
Kata 'Abdullah: "Ketika saya berpaling dan beredar, lelaki tersebut memanggil saya dan berkata lagi: "Tidak ada apa-apa yang saya lakukan kecuali apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati saya hasrat menipu orang Islam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran inilah yang telah saya meningkatkan martabat saya.""
(Hadith riwayat Ahmad dengan sanad perawi, mengikut Al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasa'i)-Buku: Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, ms. 30-31.
Nampak tak? Nampaklah, nampaklah... :P
Apa yang Zmah boleh simpulkan ialah, lelaki Ansar yang disebut oleh Nabi saw sebagai ahli syurga dalam hadith di atas tak buat apa-apa amalan besar pun (contohnya, bangun tahajjud seperti yang diexpectkan oleh 'Abdullah tadi) yang memungkinkan beliau untuk mendapat pas ke syurga Allah. Hanya kerana amalannya yang kecil, iaitu tidak menyimpan dalam hati hasrat menipu orang Islam yang lain serta tidak juga menyimpan sedikit pun rasa dengki terhadap sesiapalah yang telah melayakkan dirinya untuk mendapat gelaran ahli syurga. Hebat tak?
Maksudnya dekat sini, bukanlah kita perlu berhenti buat amalan besar-besar. Sekadar peringatan bahawa pertama, kita masuk syurga Allah bukan kerana banyak mana atau besar mana amalan baik yang kita buat sehari-hari. Tapi kita masuk syurga Allah dengan keredhaan-Nya, rahmat-Nya. Tanpa redha dari Allah, amalan-amalan kita will be nothing! Zero! Keduanya, jangan pernah sesekali kita memandang remeh amalan-amalan baik yang kecil-kecil seperti yang dilakukan oleh lelaki Ansar di atas. Sebab, sekecil-kecil perkara dan sebesar-besar perkara takkan pernah lari daripada pengetahuan Allah swt. Allah ambil kira semuanya. Sebab tu kita kena berhati-hati dalam beribadah. Dan ketahuilah, dengan rahmat Allah, sekecil-kecil amalan mampu untuk mengeluarkan kita atau menyelamatkan kita dari neraka Allah.
So, adakah kita masih nak meremehkan amalan-amalan baik yang kecil-kecil? Tak kisahlah, besar mana pun amalan kita, kecil manapun amalan kita apa yang penting ialah kita mesti ikhlas lillahi ta'ala dan istiqamah dengan amalan tersebut. In sha Allah, ibadah kita akan menjadi lebih berkat.
Jadi, moh le kita sama-sama cek balik amalan-amalan kita dan tanya balik pada hati kita seikhlas mana dan seistiqamah mana kita dengan amalan-amalan yang kita buat tu. Bukan ke Nabi saw pun dah bersabda dalam satu hadith baginda, mafhumnya, amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan?
Mula dengan amalan-amalan yang simple, sebab daripada amalan-amalan yang simple tulah akan wujud pula amalan-amalan yang lebih complex but fun!
Betulkan niat, refresh hati dan start muhasabah diri. In sha Allah, kita takkan rugi! ^_<
Sekian dulu dari Zmah untuk hari ni. Kalau sudi, share-sharelah dengan kawan-kawan lain ya.
Take care, luvs! Bereh sokmo!!
No comments:
Post a Comment