Sejengkal aku menjejakimu, sehasta kau membuka langkah
Sesiku kucuba mendakapmu, sedepa kau mengelak
Apakah salahku hingga diriku diperlakukan begini?
Adakah kesabaran dan kesetiaanku yang kau uji?
Lyzzie memasukkan kesemua buku yang ingin dibawanya ke perpustakaan, ke dalam beg. Seperti yang dijanjikan, hari ini dia ada perbincangan berkumpulan dengan empat orang rakan sekelasnya, Sofea, Aniza dan Kamilia. Sepatutnya Jeslina juga turut serta dalam perbincangan itu, tapi memandangkan sudah lama dia tidak hadir ke kuliyah, mereka terpaksa teruskan perbincangan tersebut tanpanya. Memandangkan kelas yang seterusnya merupakan giliran mereka pula membuat pembentangan. Namun, hatinya masih diundang rasa gelisah. Sudah tiga minggu berturut-turut kelibat Jeslina masih juga belum kelihatan.
“Kak Nim pun tak tahulah Lyzzie. Tapi, ada sekali tu pukul 11 malam, Jes ada masuk bilik. Masa tu Kak Nim mamai-mamai. Baru bangun tidur. Tapi Kak Nim dengar-dengar macam dia tengah packing baju. Bila Kak Nim tanya Jes nak ke mana, Jes cakap tak de ke mana-manapun. Saja nak kemas barang. Bersepah sangat bilik dia, katanya. So, Kak Nim pun tak adalah nak fikir bukan-bukan,” begitulah menurut Tasnim, seorang lagi rakan sebilik Lyzzie, Sofea dan Jeslina.
“Huhh… Jes, manalah kau menghilang ni?” Lyzzie mengeluh lagi.
Dengan tidak semena-mena air mata yang sudah bertakung di anak mata, tumpah akhirnya. Mungkin Lyzzie terlalu merindui sahabatnya itu. Baginya, Jeslina sudah dia anggap seperti adik kandung, kerana mereka membesar bersama, memandangkan kedua-dua orang tua mereka memang berteman rapat.
“Woi, menung apa lagi tu? Niza dah tunggu kita kat bawah. Mil dah ada dekat library,” Sofea memerhatikan Lyzzie yang sibuk merenung bingkai-bingai gambar Jeslina di ruangan biliknya. Dia hanya menggelengkan kepala
.
Dengan serta-merta Lyzzie menyeka air mata yang menitis tadi.
“Sorry, Pea. Tiba-tiba aku macam tak berapa sihat pulak. Kau jelah pergi dengan Niza, eh? Aku tak rasa macam nak keluar pulak hari ni,” Lyzzie cuba memberi alasan.
“Eh, kau ni apahal pulak? Hari tu kau jugak yang beria nak buat discussion ni? Last-last kau pulak nak mengelat,” Sofea mencebik.
“Entahlah, tiba-tiba mood aku swing hari ni lah. Cakap kat diorang aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tengah migraine jugak ni,” Lyzzie memberi alasan sambil memicit-micit kepala.
“Hah! Balik-balik alasan seposen kau tu. Sikit-sikit migraine, sikit-sikit migraine. Apa-apa jelah kau ni! Malas aku nak layan! Tak apalah. Aku pergi dengan Niza je. Balik nanti aku terus singgah kafe beli dinner. Kau nak kirim ke kau nak beli sendiri?”
“Kalau kau baik, kau beli kan jelah untuk aku. Kau ni, macam tak biasa pulak, kan?” Gurau Lyzzie, cuba menyembunyikan rasa sedih di hati.
Sofea sekadar menghadiahkan sebaris senyuman pahit.
“Yelah-yelah. Untuk kau Lyzzie, I will do everything! Puas hati?” Sofea memberikan jelingan tajam.
Lyzzie tersengih seperti kerang busuk.
“Thanks, Pea. Pergilah turun. Karang berpanas pulaklah minah Cina kat bawah tu,” Lyzzie menyindir kawan mereka, Aniza, yang rupanya pada pandangan Lyzzie seperti wajah amoi Cina, kerana kulitnya yang putih melepak dan matanya yang agak sepet.
“Yelah-yelah. Aku pergi dulu, eh? Bye!” Selangkah demi selangkah Sofea menapak keluar dari bilik meninggalkan Lyzzie yang menyambung khayalannya dalam bilik itu.
Fikirkan Jes lah tu. Apalah yang dia nak risau sangat pasal si Jes tu. Entah-entah dia tengah seronok holiday dengan family dia kat luar negeri, gerutu hati Sofea.
Lyzzie masih duduk kaku di atas katil Jeslina sambil merenung gambar mereka bertiga yang ditangkap semasa bercuti di Port Dickson selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jes, aku rindukan kau tau tak, luah Lyzzie sendirian. Titisan-titisan mutiara putih itu semakin menderas membasahi pipi dan ia terus menitik di atas bingkai gambar itu.
**********
Telefon bimbit Puan Nohara bergetar di atas meja, melaungkan lagu “Fantasia Bulan Madu,” nyanyian Amy Search. Tertera di atas skrin nama Junaidi, anak sulungya yang kini sedang menuntut di Jordan. Segera diangkatnya panggilan itu.
“Assalamualaikum, mama. Mama kat rumah ke tu?” Kedengaran suara Junaidi di penjuru telefon bimbit.
“Wa’alaikum salam, Di. Ha’ah. Mama kat rumah ni. Terpaksa ambil cuti hari ini. Jes kurang sihat. Dua tiga hari ni dia kerap pengsan . Dah tiga minggu lebih dah dia tak pergi kelas.” Sayu suara Puan Nohara. Dia cuba untuk tidak kedengaran terlalu sedih di telinga Junaidi. Dia tidak mahu anak lelaki satu-satunya itu tertekan dalam pelajaran akibat penyakit yang ditanggung adiknya.
“Yeke, ma? Jes tengah buat apa tu ma? Dia ok tak tu?” Risau sungguh dia bila memikirkan keadaan Jeslina setelah beberapa hari ibunya memaklumkan hal penyakit yang pernah dihidapi oleh arwah papanya.
“Dia tengah tidur. Tadi doktor terpaksa suntik ubat penenang sebab dia meracau-racau sampai lukakan diri sendiri. Tapi Di jangan risau. Insya-Allah, adik kamu Jes tu tak ada apa-apa. Doktor cakap penyakit dia tak serius lagi. Baru peringkat awal. Cuma mama kena rajin bawak dia pergi buat treatment.” Puan Nohara cuba menenangkan.
“Ma, Di nak cakap dengan Jes boleh? Di rindu sangat kat dia ma.”
“Di, Jes tengah tidur lagi tu. Kesian dia. Letih agaknya dan dia still lagi in depression sejak dapat tahu penyakit dia. Nanti kalau dia dah ok sikit, mama text Di, ok?”
“Hmm… oklah kalau macam tu. Tak apalah ma. Di nak siap-siap ni. Nak pergi kelas kejap lagi. Kirim salam Di pada Jes ya, ma. Cakap kat Jes Di rindu sangat nak borak dengan dia.”
“Insya-Allah, Di. Nanti mama sampaikan.” Terharu Puan Nohara mendengar ucapan anak lelakinya itu di hujung telefon. Junaidi begitu menyayangi adiknya, Jeslina. Maklumlah, jarak umur mereka pun tidaklah jauh sangat. Junaidi hanya tua dua tahun saja daripada Jeslina. Oleh sebab itulah hubungan mereka dua beradik begitu akrab.
“Ok, ma. Mama jaga diri baik-baik, ya. Sayang mama. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikum salam. You too, my dear. Take care of yourself.”
Telefon bimbit dimatikan.
Puan Nohara dengan tergesa-gesa melangkah ke kamar Jeslina untuk melihat keadaan anaknya itu. Sampai saja di hadapan bilik Jeslina, pintu dikuak perlahan.
Tidur lagi Jes. Biarlah dia rehat. Ya Allah, Kau lindungilah anakku daripada penyakit ini. Tabahkanlah hatinya. Kuatkanlah semangatnya. Rintih Puan Nohara dalam hati.
Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berdering lagi. Di skrin, tertera nama Lyzzie.
Klik! Puan Nohara menekan punat Answer lalu menjawab panggilan tersebut.
“Hello, assalamualaikum, auntie. Auntie apa khabar?”
“Wa’alaikum salam. Oh, Lyzzie rupanya. Lama tak dengar khabar Lyzzie. Auntie sihat, alhamdulillah. Lyzzie pulak macam mana? Study semua ok?”
“Study semua ok. Auntie.”
“Sofea sihat ke? Lama dah auntie tak keluar shopping dengan you all, kan? Auntie pun sibuk dengan workshop bulan ni. So, agak sibuk sikit.”
“Sofea baik-baik je, auntie. Alah, tak ada hal lah auntie. Tak ada rezeki lagi kot. Nanti bila-bila free kita pergi jalan sama-sama lagi, ya? Hmm, auntie, Jes ada kat rumah tak? Lyzzie cuba call dia tapi asyik masuk voicemail je.”
Puan Nohara kaget. Dia mati kutu. Tidak tahu sama ada perlu memberitahu Lyzzie tentang keadaan Jeslina yang sebenarnya atau tidak.
“Err, Jes tak ada kat rumah sekarang Lyzzie. Dia balik kampung sekejap. Tu yang dia tak pergi kelas beberapa minggu ni.” Puan Nohara ketawa kecil di balik telefon, menyembunyikan kebenaran.
“Balik kampung? Tengah-tengah bulan macam ni? Ada apa kat kampung, auntie? Bukan apa. Dah banyak kelas dia skip. Tapi dia tak ada pulak bagitau Lyzzie apa-apa.”
“Oh, err… sebenarnya auntie yang suruh dia balik kampung sekejap. Ada urgent matter yang nak kena selesaikan kejap kat kampung tu. Auntie mintak dia jaga atuk dengan opah dia kat kampung. Maklumlah, diorang tu asyik sakit je. Tak ada orang nak negok-nengokkan. Diorang pun rindu benar dekat Jes. Lama tak jumpa. Kalau nak tunggu cuti semester lambat lagilah jawabnya.” Maafkan auntie, Lyzzie. Auntie terpaksa rahsiakan hal ni, atas permintaan Jes. Puan Nohara diserang rasa bersalah.
“Oh, yeke? Kalau macam tu, tak apalah auntie. Yang penting Jes tak apa-apa. Lyzzie punyalah fikir bukan-bukan tadi. Takut apa-apa jadi kat Jes, kami yang kat sini tak tahu pulak. Nanti, kalau Jes dah balik dari kampung, bagitau Lyzzie ya auntie. Auntie jaga diri.”
“Kirim salam kat mummy dengan daddy ya. Insya-Allah, ada masa terluang auntie pergi ziarah rumah.”
“Insya-Allah, auntie. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikum salam.”
Klik! Telefon bimbit dimatikan.
Jam sudah menunjukkan tepat pukul 5 petang. Astaghfirullah, aku tak solat Asar lagi! Puan Nohara menepuk dahi. Baik aku solat dulu, lepas tu boleh sediakan makanan untuk Jes, dia bermonolog.
“Mama… Mama…” Kedengaran suara Jeslina mendayu-dayu memanggil mamanya.
Puan Nohara segera melangkah ke kamar anaknya dan mendapatkannya yang masih terlantar lemah di atas katil.
“Ya, sayang?”
Rambut Jeslina diusap perlahan.
**********
Jes balik kampung? Tengah-tengah bulan macam ni? Macam tak logik je. Jangan-jangan Auntie Nohara cuba sembunyikan sesuatu daripada aku. Ahh, tak apalah. Mungkin betul Jes balik kampung dan mungkin jugak dia tak sempat nak bagitau aku dengan Pea agaknya. Tak apalah. Aku tunggu ajelah Jes balik. Nanti masa tu aku tanyalah dia macam-macam. Lyzzie cuba menenangkan hatinya sendiri.
Dia turun sekejap ke kiosk untuk membeli sesuatu untuk dimakan. Tiba-tiba pula perutnya terasa lapar. Jika hendak ditunggu Sofea balik membawa makan malam, sampai malamlah nampaknya dia terpaksa mengikat perut. Jadi, lebih baik dia turun sebentar mencari sesuatu untuk mengalas perut. Setelah mengambil roti Gardenia dan susu coklat Dutch Lady, dia menuju ke kaunter bayaran.
“Kak, berapa semua?” Lyzzie menyeluk-nyeluk poket seluarnya, mencari-cari sehelai not RM 10 yang dia bawa tadi. Dia malas ingin membawa beg dompetnya. Ditinggalkannya saja dalam loker.
“RM 4.30,” jawab kakak penjaga kaunter kiosk berdekatan mahallahnya.
Lyzzie menghulurkan helaian not RM 10 itu kepadanya. Sementara menunggu mendapatkan baki, matanya tertancap pada satu berita sensasi di dada akhbar di Utusan Malaysia. PELAJAR IPTA MATI AKIBAT LEUKIMIA. Dia cepat-cepat membaca berita ringkas dalam akhbar tersebut. Satu persatu perkataan dalam kolum kecil itu diteliti. Tiba-tiba ada satu getaran dalam hati Lyzzie. Eh, kenapa tiba-tiba aku jadi tak sedap hati ni?
“Nah dik, bakinya.”
Lyzzie tersentap dari khayalannya.
“Sorry, kak. Tak perasan. Terima kasih.” Cepat-cepat dia berlalu dari situ. Berita sensasi yang dibacanya tadi tidak diendahkannya. Namun, dia pelik. Mengapa tiba-tiba dadanya berdebar-debar? Macam ada sesuatu yang tak kena ni, tapi apa?
Dia bingung lalu menampar pipinya.
Pap! Lyzzie, kau jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak? Dia menggerutu sendiri.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment