Dua minggu ku rasakan seperti dua abad,
Menanti kepulangan kekasih-kekasih hati dari tanah suci.
Pulang berbekalkan doa dari para malaikat
Secangkir senyuman indah di wajah,
Menanti kepulangan kekasih-kekasih hati dari tanah suci.
Pulang berbekalkan doa dari para malaikat
Secangkir senyuman indah di wajah,
Itulah yang ku nantikan selama ini.
Sudah lebih kurang sebulan umi dan abahnya berada di Mekah. Jauh di sudut hati betapa Nurul sangat merindukan kedua orang tuanya. Ketika semester pertama dibuka, kedua-dua orang tuanya tidak dapat ikut menghantarnya ke UIAM sendiri, sebaliknya sepupunya, Mira Syakira atau dengan nama ringkasnya Mira, saja yang membawanya ke UIAM dan menemaninya semasa hari pendaftaran. Mira merupakan sepupu Nurul dari keluarga sebelah ibunya dan kini dia sudah pun berusia 26 tahun. Dia bekerja sebagai guru Matematik Tambahan di sebuah sekolah berdekatan dengan rumahnya. Bapanya ialah abang kepada umi Nurul. Jadi, jika umi dan abah Nurul tidak dapat menyelesaikan urusan anak tunggal mereka ini atas sebab-sebab tertentu, maka Miralah yang akan mewakilkan mereka untuk menyelesaikan setiap urusan.
Mira juga sudah dianggap Nurul sebagai kakaknya sendiri, kerana sejak Nurul kembali menjadi anak tunggal dalam keluarganya, Mira sering menjaganya tika ibu dan bapanya keluar mencari nafkah keluarga. Sekiranya pula Nurul menghadapi sebarang kesulitan, pasti Mira yang akan dicarinya bagi membantunya menyelesaikan kesulitan tersebut. Jika Nurul mempunyai waktu lapang, dia rajin bertandang di rumah pak cik dan mak ciknya, iaitu orang tua Mira, dan bersilaturrahim dengan mereka. Dia berasa senang berada dekat dengan keluarga Mira.
Rasa rindu yang sudah ditanggung Nurul selama sebulan ini sudah tidak mampu lagi dibendungnya. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa saat ini dia sangat menginginkan pelukan dan ciuman dari insan-insan bergelar umi dan abah. Hari-hari yang dilaluinya di UIAM ini terasa seperti semakin hari semakin menyesakkan. Nurul masih ingat semasa dia sangat tertekan ingin menghadapi peperiksaan besar yang bakal menentukan masa depannya, iaitu peperiksaan SPM, umi dan abahnyalah yang begitu banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat untuknya. Dengan dukungan keluarganya itulah dia mendapat kekuatan untuk terus bertahan dan tidak hanya berhenti di separuh jalan. Namun, ketika ini, semua itu hanya mimpi saja. umi dan abahnya berada terlalu jauh darinya, tapi dia mengerti keadaan mereka berdua. umi dan abahnya pergi mencari keredhaan Allah. Oleh sebab itulah, dia akur dengan ketetapan Allah ini.
Nurul membuka diarinya, dan menukilkan sebuah puisi ringkas mengenai rasa rindunya terhadap umi dan abahnya yang sedang menikmati rasa beribadah di rumah Allah.
Rindu semakin jauh, cinta semakin menghampiri.
Umi....
Abah....
Abah....
Sungguh, rinduku padamu semakin jauh,
kerana aku tahu....
kau akan kembali ke dalam dakapanku.
Dan di saat itu,
kerana aku tahu....
kau akan kembali ke dalam dakapanku.
Dan di saat itu,
berbuahnya rasa Cinta antara kita,
cinta secerah sang mentari,
cinta seindah sang purnama,
cinta seayu kerdipan-kerdipan bintang.
Salam cinta dan air mata kasih dari anakmu,
di bumi kehijauan
cinta secerah sang mentari,
cinta seindah sang purnama,
cinta seayu kerdipan-kerdipan bintang.
Salam cinta dan air mata kasih dari anakmu,
di bumi kehijauan
Nukilan kasih yang tiada hentinya dari anakmu,
Nurul Atiqah.
Tanpa disedari, air matanya merembes. Cepat-cepat disekanya, takut nanti terlihat oleh dek orang ramai di kafe HS itu. Nanti apa pula yang mereka akan fikir tentangnya. Mesti diorang ingat aku ni anak manja. Sikit-sikit nak nangis. Siki-sikit nak nangis, getus hatinya. Nurul bimbang sekiranya adegan mengalirkan air mata itu akan mengurangkan selera orang-orang yang sedang menikmati juadah tengahari itu.
Kebetulan pada ketika itu, Lyzzie dan Sofea dalam perjalanan ingin pulang ke mahallah mereka. Tapi, entah mengapa tiba-tiba saja mereka tidak jadi untuk pulang duluan. Tetapi mereka singgah sebentar di kafe HS untuk membasahkan tekak. Mereka berdua duduk di meja yang berhadapan dengan sungai kerana lebih suka suasana open air.
“Pea, kita makan kat sini jelah, nak? Lunch,” tanya Lyzzie.
“Ikut suka kau jelah. Aku tak kisah pun,” jawab Sofea yang begitu khusyu’ bermain game dalam telefon bimbitnya itu, tanpa menghiraukan manusia sekelilingnya. Lyzzie hanya menggeleng kepala.
“Dah-dahlah tu main game. Dari tadi lagi aku tengok kau asyik main game car kat hand phone kau tu. Kau tak penat ke asyik picit button hand phone tu, Pea? Aku yang menengok ni pun boleh rasa lenguh. Kau tau tak?” Sindir Lyzzie.
“Alah, kau tu pasal tak reti main game dalam hand phone ni. Cuba kalau sekali kau main. Mesti kau ketagih punya!” Mata Sofea masih tidak dapat dilepaskan daripada melihat skrin telefon bimbitnya itu.
“Tak pelah. Aku nak pergi order makanan dulu. Kau nak apa?”
“Aku kenyang lagilah. Tak rasa nak makan pulak.”
“Kau ni. Nanti gastric baru tau. Betul kau tak nak makan ni? Atau kau nak tapau je?”
“Aku tak nak makan. Berat aku dah naiklah, weh. Dah 50 kg, kau tau tak! Aku kena diet sekarang. Kalau tak, makin mendadak berat badan aku naik.”
“Yelah-yelah. Diet, diet jugak, Cik Pea oii. Jangan sampai mudaratkan diri kau sendiri dahlah. Nanti tak pasal-pasal dapat penyakit Anorexia Nervosa, baru padan muka kau. Karang, aku jugak yang susah nak menjaga kau.” Lyzzie berleter panjang.
“Alah, aku taulah. Ni badan aku. Pandailah aku menjaganya,” kata Sofea tanpa memperdulikan kata-kata Lyzzie.
Lyzzie bangun semula daripada tempat duduknya dan berjalan menuju ke gerai mamak untuk memesan mee goreng mamak kesukaannya. Seperti biasa, dia akan mengambil pesanannya setelah ia siap dimasak. Sementara menunggu mee goreng mamaknya, Lyzzie ke gerai minuman untuk memesan apple juice seperti yang selalu dibelinya setiap hari.
“Nah, sis.” Kakak penjual di gerai minuman itu menghulurkan apple juice kepada Lyzzie. Lyzzie mengambil segelas apple juice itu dengan penuh cermat dan terus membayar RM 1.20 kepadanya.
Dengan memaniskan muka, Lyzzie mengucapkan terima kasih lalu berlalu dari situ.
“Mee goreng mamak siap!” Jerit mamak dari gerainya.
Lyzzie terus ke situ untuk mengambil pesanannya. Semasa berjalan menuju ke mejanya yang sedang diduduki Sofea, kebetulan Nurul yang juga berjalan ke arah yang sama terlanggar Lyzzie secara tidak sengaja. Apple juice yang ditatang Lyzzie itu tumpah dan membasahkan hampir ke seluruh bajunya.
“Ya Allah, Lyzzie! Sorry-sorry! Aku tak perasan!” Nurul menggelabah. Dengan sepantas kilat dia mengeluarkan sapu tangannya dan cuba mengelap baju Lyzzie yang basah lencun itu. Namun, tangannya ditepis oleh Lyzzie dengan kasar.
“Wei, kau ni buta ke rabun, hah?! Habis lencun baju yang aku baru beli ni!” Tempik Lyzzie sambil mengelap-ngelap bajunya dengan sapu tangannya sendiri.
Semua mata sudah bertumpu pada mereka. Tempikan suara Lyzzie yang lantang itu serta adegan pelanggaran antara dirinya dengan Nurul menjadi tumpuan bagi para mahasiswa yang sedang menikmati juadah mereka di kafe HS itu.
“Betul, aku tak perasan kau lalu. Maafkan aku,” kata Nurul, kesal dengan ketidaksengajaannya melanggar Lyzzie kerana ralit membaca buku sambil berjalan.
“Mana nak perasannya kalau dah mata tu melekat kat buku 24 jam! Hei, kalau nak baca buku, pergilah duduk tempat lain! Ni tak, baca buku sambil berjalan, last-last orang lain yang jadi mangsa! Kau ni memang menyusahkan orang tau tak!” Lyzzie menolak badan Nurul sehingga jatuh. Baru puas hati aku. Padan muka kau, Nurul! Tulah, siapa suruh membutakan mata, gertak Lyzzie dalam hati.
Terdapat beberapa mahasiswa yang tergelak-gelak melihat aksi Nurul ditolak jatuh ke atas lantai. Ada juga yang memandangnya dengan penuh rasa simpati. Namun, tiada apa yang mereka mampu lakukan selain melihatnya dari jauh saja.
Eleh, kau ingat aku takut sangat ke dengan kau, Lyzzie! Getus hati Nurul. Dia tidak mahu disangka lemah pada mata Lyzzie kerana selama dia hidup, dia sudah begitu serik dibuli oleh insan bernama Lydia Izzati itu dan dia tidak akan pernah sesekali mengalah pada musuh ketatnya itu.
Nurul cepat-cepat bangun dan bertentang mata dengan Lyzzie yang sedang berpeluk tubuh dan masih mentertawakan dirinya.
Nurul menuding jari telunjuknya yang runcing itu ke arah Lyzzie.
“Hei, perempuan! Kau jangan nak tunjuk yang kau tu terer sangatlah! Apa, kau ingat kau tu pun baik sangat ke? Sekurang-kurangnya aku dah minta maaf, tau tak? Kau tu je yang bodoh sombong tak nak maafkan aku,” gertak Nurul tanpa ada rasa takut sedikit pun menengking Lyzzie di depan khalayak ramai.
Lyzzie berasa kaget melihat keberanian Nurul yang cuba melawannya.
“Excuse me? Apa kau cakap tadi? Whoa… nampaknya Nurul Atiqah yang aku kenal selama ni berani rupanya lawan aku. Dah lah langgar orang, rosakkan baju mahal aku yang glamour ni, lepas tu ada hati pulak nak berlagak pandai depan aku. Nak ceramah-ceramah dengan aku pulak kat sini. Hello, perempuan tak sedar diri! Kalau semua penjahat kat dalam dunia ni boleh terlepas daripada hukuman atas kesalahan yang diorang buat hanya dengan ungkapan maaf, untuk apa adanya polis? Ahh, aku tak kira! Kalau kau tu bagus sangat, aku nak kau ganti balik baju aku yang glamour ni,” ugut Lyzzie.
“Apsal pulak aku nak kena ganti baju kau? Sedangkan kau pun salah jugak. Siapa suruh kau tak careful masa jalan tadi?”
“Apa kau cakap? Mulut kau ni memang lancang, kan? Okey, fine! Oleh sebab aku ni baik lagi, aku takkan mintak ganti rugi dari kau. Tapi, aku nak cabar kau lawan one-to-one dengan aku atas kesalahan tak sengaja kau ni. Kau berani sangat, kan? Kalau kau berani, hah cepatlah sahut cabaran aku,” Lyzzie menjegilkan matanya memandang Nurul yang sedang mengetap-ngetap bibir menahan rasa geram terhadap perangai kebudak-budakan Lyzzie.
“Pleaselah, Lyzzie. Kalau aku berani pun, aku takkan sahutlah cabaran kau yang entah apa-apa ni! Macam budak-budak. Banyak lagi benda berfaedah yang aku boleh buatlah.”
“Hei, itu pasal kau tak tahu lagi apa cabarannya. Ok, kalau kau tak puas hati, kita buat satu perjanjian.”
Nurul menjeling. barangkali terasa mual dengan tingkah laku Lyzzie yang tidak berubah sejak dari bangku persekolahan itu. Sementara itu, Sofea yang sejak tadi duduk di meja menunggu kedatangan Lyzzie, melihat aksi dua orang yang sangat dia kenali itu bertengkar di tengah-tengah keramaian orang. Dia berhenti bermain game dalam telefon bimbitnya dan segera mendapatkan Lyzzie yang sedang berdiri betul-betul bertentangan dengan Nurul.
“Apa perjanjiannya?” Tanya Nurul, tanda berminat dengan cadangan Lyzzie itu.
“Kalau kau berani sahut cabaran aku dan menang kesemua cabaran aku ni, aku janji yang aku tak akan ganggu hidup kau dengan Soleha lagi dan aku dengan Sofea akan turuti segala kemahuan kau,” kata Lyzzie dengan penuh keyakinan.
“What?! Apa kau cakap ni, Lyzzie?” Teriak Sofea sambil membeliakkan kedua-dua biji matanya.
Nurul hanya membuat muka selamba terhadap dua orang musuhnya yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Aku belum habis cakap lagilah. Tapi, kalau kau tolak, kitorang akan terus-menerus ganggu hidup korang dan kau pulak kena turuti kesemua kehendak kitorang. Deal?” Lyzzie tersenyum. Dalam hatinya, dia amat yakin kali ini dia pasti dapat kalahkan Nurul dan membuat Nurul bertambah sakit hati dengannya.
“Itu je ke?” Nurul membuat muka selamba.
Sofea yang mendengar isi perjanjian yang dinyatakan Lyzzie sebentar tadi menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju dengan sahabatnya itu. Dia menarik tangan Lyzzie dan mereka berdiri jauh sedikit daripada Nurul.
“Can we have seconds?” Dia berkata pada Lyzzie.
Lyzzie mengangguk.
“Kau ni dah gila ke, Lyzzie! Yang kau berani-berani sangat cabar si Nurul keparat tu, siapa suruh? Kalau diorang menang macam mana? Aku tak nak perhambakan diri dengan diorang! Tak kuasa aku!”
Lyzzie meletakkan tangan kanannya di atas bahu Sofea. Dengan penuh rasa tenang, dia membisikkan sesuatu ke telinga sahabatnya itu.
“Relaxlah, beb! Yang kau nak gelabah sangat ni apsal? Don’t be scared, hon. We’re not losers, remember. Kau ingat tak sebelum-sebelum ni pun semua rancangan kita kenakan diorang tak pernah gagal, kan? Jadi, kau tak payahlah takut. Kita ni tak pernah gagal and so for this time. We’re gonna win again. Trust me. So, are you with me or not?” Lyzzie mengangkat sebelah keningnya.
“Yelah-yelah! Kalau bukan kau kawan aku, tak ada maknanya aku nak join cabaran kau ni, tau tak?” Sofea menjuih bibir.
“Hahaha… elleh, aku tau kau akan setuju jugak akhirnya.”
Mereka berdua telah mencapai kata sepakat ingin meneruskan rancangan mereka untuk mengenakan Nurul. Setelah itu, mereka berpaling semula ke arah Nurul yang masih lagi tercegat kat situ yang masih tertanya-tanya tentang perkara yang dibisikkan oleh dua sekawan itu.
“So, Nurul. Do you dare to accept my offer?”
Nurul hanya mendiamkan diri. Tidak memberi sebarang jawapan.
“Okey, perhaps you need more time to think. I’ll give you about three days to think about my offer. Kalau dalam masa tiga hari ni kau tak beri sebarang jawapan, aku dan Sofea takkan berhenti daripada terus mengacau hidup kau dengan Soleha. Tapi kalau kau setuju, we’ll see what’s gonna happen next. Okey, girl? Jomlah, Pea. Memandangkan kelas aku pun dah habis hari ni, apa kata kau teman aku pergi shopping baju baru. Sebab baju aku ni dah dirosakkan oleh perempuan tak guna ni!” Kata Lyzzie sambil menarik lengan Sofea. lalu mengatur langkah untuk beredar dari tempat itu.
Sofea berpaling ke belakang dan menjelirkan lidahnya pada Nurul. Nurul sempat lagi membalas jeliran itu dengan sekilas jelingan tajam terhadap mereka berdua. Macamlah duit tu kau yang punya. Nak berlagak kaya depan aku konon! Bisik hati Nurul.
Pelajar-pelajar UIAM yang masih melihat drama ringkas mereka bertiga di kafe itu begitu fokus dengan apa yang baru saja disaksikan oleh mereka sebentar tadi.
“Apa pandang-pandang? Dah tak ada kerja lain ke selain nak menyibuk hal orang lain? Balik bilik, buat hal sendirilah!” Nurul menaikkan suaranya terhadap mereka yang dari tadi asyik memerhatikannya, sambil meninggikan aras lengannya seolah-olah membuat aksi “piigidah!” Mereka semua begitu terkesima dengan kelakuan Nurul yang seperti orang yang tidak tahu malu itu.
Nurul tidak mengendahkan langsung tentang pandangan atau tanggapan orang-orang sekelilingnya tehadap dirinya ketika itu. Baginya, dia tidak bersalah dalam hal itu kerana dia tidak sengaja terlanggar Lyzzie sehingga apple juice kepunyaan Lyzzie tertumpah atas bajunya yang mahal itu. Malah, dia juga telah meminta maaf atas kekhilafannya itu, tapi Lyzzie sahaja yang sombong tidak mahu menerima maafnya dan menuduh dirinya yang bukan-bukan. Dia betul-betul rasa terhina dengan kata-kata Lyzzie tadi. Lyzzie perlu diberi pelajaran, Nurul berkata sendiri.
Patutkah aku terima saja cabarannya itu? Kerana Nurul fikir mungkin ada baiknya juga dia menerima saja cabaran Lyzzie tadi. Dia berpendapat dengan menerima cabaran Lyzzie akan lebih memudahkaan usahanya untuk mengubah Lyzzie terhadap semua kesalahan-kesalahan yang pernah Lyzzie dan kawan-kawannya lakukan terhadap dia dan Soleha. Ini tidaklah bererti dia berdendam dengan mereka. Cuma, dia tidak mahu Lyzzie dan kawan-kawannya itu terus-terusan mempermainkan orang kelas bahawan sepertinya.
Nurul mengeluh. Dia tidak ingin lama-lama di kafe itu. Hajatnya, selepas ini, dia ingin ke tanah perkuburan Islam Sungai Pusu untuk menziarahi pusara seseorang. Seseorang yang sangat dia cintai. Seseorang yang sangat dia rindui. Tanpa berlengah lagi, dia pergi ke meja yang didudukinya tadi dan mengambil tasnya dan berlalu dari situ.
Tanpa Nurul sedari, dari sebuah meja yang lokasinya begitu tersorok dari orang ramai di kafe itu, ada seseorang yang sedang memerhatikannya sejak dari insiden dia bertengkar dengan Lyzzie dan Sofea. Dia tersenyum dan dia berfikiran bahawa ada sesuatu dalam diri Nurul yang begitu menarik perhatiannya.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment