About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday 28 May 2013

Bulatan Cinta Kita-Outing

~Bismillah~

"Zmah, Zmah dah bersedia ke belum?" 
"Bersedia apa Kak Khaty?" 
"Bersedia nak bawak usrahlah." 
"Hmm... sebenarnya Zmah memang dah lama teringin nak bawak usrah sendiri... cuma Zmah tak sure Zmah dah bersedia ke tak nak bawak." 
"Alah... Zmah boleh punya. Akak tanya sebab kalau Zmah dah bersedia, akak nak serahkan anak-anak usrah akak dekat Zmah." 
"Hmmm... bolehlah kak. Zmah cuba mana yang mampu."

Jadi, Kak Khaty pun menyerahkanlah anak-anak usrahnya secara rasmi kepada saya, dengan dibantu oleh Kak Yusfa untuk dibimbing. Aichewah!

Mereka ialah...

Yam,
Ros,
Ida,
Mirah,
Shiela,
Syirah,
Raja
dan
Didi.

Mereka semua... sangat comel, sangat best dan sangat OSEM!
Semuanya jenis dengar kata dan respek kakak-kakak. Well, inilah hasil didikan Kak Khaty selama ni.
Selesai satu tugas! (terima kasih Kak Khaty!) Tugas seterusnya, bagaimana nak menyentuh hati mereka supaya mencintai usrah kami, yang diberi nama Bulatan Cinta Kita. 
Comel, kan? (macam orang-orangnya juga. hee) Almaklum sajalah... mereka ni semuanya tak kurang hebat jugak orang-orangnya. Masing-masing ada komitmen dalam kelab dan persatuan masing-masing. Kadang-kadang bila kesibukan datang menjengah, memang susah nak nampak muka time usrah. Kalau yang ni, saya faham sebab............... saya dulu pun macam tu. Sekurang-kurangnya mereka ni lebih baik dari saya sebab mereka ada sebab yang kukuh kenapa tak datang usrah. Tak macam saya yang dulu. Ponteng usrah dengan 1000 alasan! Tak percaya, tanya sajalah ex-ex naqibah saya. Mereka tahu semunya. 

Tapi... itu cerita lama ya. Buku baru dah lama dibuka. Dah nak tamat dah pun ceritanya.
Hehe.

Tapi semester ni.... semua sibuk. Saya tak adalah sibuk tapi sibuk jugalah sebab nak fokus.
Maklum sajalah... semester akhir. Batuk.

Tapi saya mengerti. Saat-saat macam ni, semua belum mampu nak bagi komitmen sepenuhnya pada Bulatan Cinta Kita. Jadi, saya ikut saja rentak mereka. Ada masa lapang, mereka tetap akan datang berbulatan cinta. Walau macam mana sibuk pun mereka, mereka tetap akan cari masa untuk datang. Kalau mereka tak datang, maksudnya, mereka memang betul-betul tak diizinkan untuk datang.

Saya faham.


================================================


Baru-baru ini, Bulatan Cinta Kita telah mengadakan Program Jalan-jalan KLCC tapi yang dapat hadir hanya tiga orang saja; Ros, Ida dan Shiela. Pun boleh! Daripada takde langsung, ya tak?
Mungkin, masanya pun tak sesuai. Masa revision week. Ada yang balik. Ada yang nak studi. Ada yang takde mood nak keluar. Ada yang ada program. 

Tapi.... alhamdulillah..... yang dapat hadir ni pun sudah cukup membahagiakan hati ini dan yang tak dapat hadir tu, tetap tersemai dalam hati dan rindu pada mereka masih dipendam hinggalah kini.
(Kak Zmah sedang berbasa-basilah ni)


Macam-macam ragam..... macam-macam perangai.... dalam LRT je dah tunjuk kerenah masing-masing....
Haiii.... boleh tahan jugak bebudak ini.... tengolah siapa Nek Gurunya pulak.
Hehe.
 
Berusrah sebentar dalam masjid al-Syakirin. Main game "truth or lie?" dan................
bertukar-bertukar hadiah!
Tapi sebelum tu.... curhat-curhat dulu. Ngeeee..... :D
Dan dalam sesi curhat-curhat tu, semua kena cakap pasal apa yang mereka tahu tentang diri si pemberi hadiah..... dan orang yang menerima hadiah daripada saya ialah... Shiela!

.......... dan kata-kata Shiela tentang diri saya......:

"Mula-mula dulu, sebelum kenal Kak Zmah, saya ingat Kak Zmah ni sombong. Sebab muka Kak Zmah masam je lepas tu macam garang. Memang takut nak tegur. Tapi bila dah kenal, dan berusrah sekali, baru tahu yang Kak Zmah ni baik dan peramah sebenarnya orangnya."

Errkkkk!

Dan saya cakap, "Shiela, tu bukan pertama kali akak dengar orang cakap yang akak ni sombong dan garang." Kami ketawa.

And here comes the peak session of our outing! Photo shooting di Taman KLCC!


OUTING BULATAN CINTA KITA MEMANG OSEMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!
(exaggeratenya....)


Saya sayang anak-anak saya dan saya sayangkan Bulatan Cinta Kita.
Mungkin masa ni kita tak dapat kumpul beramai-ramai kerana masing-masing mempunyai kekangan dan halangan masing-masing. Tapi saya percaya bahawa suatu hari nanti, kita dapat berkumpul juga.

Bulatan Cinta Kita's next destination will be...

KFC Medan Idaman... celebrating Kak Khaty's birthday. In sha Allah.
May Allah ease everything.

p/s: Yam, Raja, Mirah, Syirah, Didi... kita jumpa masa tu, ok?

May Allah bless our ukhuwah.
:')

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails