About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 12 May 2013

Selamat pulang ke medan perjuangan


Kenangan mengundi dengan Kak Uda di SK Gombak Setia

(Ringtone KRU 'Wanita'. Menyanyi-nyanyi KRU dalam Se Ryong aku. Cepat-cepat aku angkat.)

Ada suara mak cik ni. "Assalamualaikum! Anyo sayo!"
Aku, "MAKAN SAYO!"

Dia ketawa kecil. Kami sama-sama ketawa. Kemudian, borak-borak sikit. Tiba-tiba...

"... dik, dik! Nanti Kak Uda call balik."
Aku, "Kenapa?"
"Kak Uda dalam lift ni. Takut mati. Tak ada line."
Aku, "Ok, ok."

(Beberapa minit kemudian, KRU nyanyi lagi. Aku capai Se Ryong aku. Masa tu tengah rancak berborak dengan Kak Yusfa.)

"MAKAN SAYO!" Eksited Kak Uda call balik.

Kak Uda gelak. Sambung balik borak. Pasal aku tengah buat. Pasal exam aku akan datang ni. Pasal graduasi aku dan pasal masa depan aku.

Tiba-tiba lagi...

"Dik, dik, Kak Uda call balik kejap lagi."
"La... kenapa pulak ni...." belum sempat menghabiskan bicara....
"Ok, bai!" Terus telefon dimatikan.

Esoknya, hari Kak Uda berlepas ke Cairo... aku menunggu beberapa minit. Kot-kotlah Kak Uda nak call balik. Beberapa jam telah berlalu dan Se Ryong aku tak menyanyi. Aku hampa. Macam nak menangis pun ada. Kak Uda tak call. Dalam hati dah siap mengutuk. 

Tiba-tiba lagi dan lagi... lebih kurang nak dekat-dekat jam 10 pagi, iaitu waktu Kak Uda berlepas... Se Ryong aku beeping...

1 message received
"Mek, nak balik dah. Boboi."

Sayu hati. Nak nangis!

Another 1 message received
"Love ya!"

Aku reply, "Take care! Love you more!"

... dan aku menangis selepas itu...

Kepada Kak Uda, mungkin anda akan nak termuntah baca post yang entah apa-apa ni... tapi ketahuilah aku memang sentiasa emo macam ni...

Selamat meneruskan perjuangan!
Love you sista!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails