About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 19 July 2011

Warkah Cinta Wali kepada Mustika (Kitab Cinta)





Assalamualaikum w.b.t buat dirimu si pencuri hati yang selalu kurindui,

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menunggu-Mu, Maha Pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. 

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri merekaDemi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa, maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepada-Nya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepada-Nya, memberikan segala jiwa kepada-Nya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buat-Nya akan kekal abadi.

[Sumber: Novel Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha, Taufiqurrahman al-Azizy]  


* Wali menulis warkah ini buat Mustika tapi langsung tak dinyatakan tentang perasaannya yang sebenar kepada Mustika. Ini membuatkan Mustika bertambah keliru. Apakah Wali juga mencintai dirinya atau tidak. Kalau akulah jadi Mustika, malas aku nak fikir banyak-banyak pasal lelaki macam Wali. Suka buat kita tertanya-tanya dan buat kesimpulan sendiri tentang dirinya. Bukannya nak jelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Yang derita menunggunya kita juga. Hisshh.





Sudah lama cerita ini berakhir. Alhamdulillah. Walaupun aku meminati drama bersiri Erma Fatima ni, tapi penamatnya agak kurang memuaskan hati. Tahu tak apa pengakhir cerita ini?

Mustika akhirnya menerima keputusan abahnya untuk dinikahkan dengan Irfan secara terpaksa. Dia sering berkata kepada kawan-kawan baiknya, Lili dan Dinas yang dia merancang untuk melarikan diri daripada terpaksa berkahwin dengan insan yang tidak dicintainya. Dalam diam, ternyata perasaan cinta Mustika terhadap Wali begitu tinggi sehinggakan dia tidak pernah berputus asa mengharap dan menjelaskan keadaan yang sebenarnya kepada Wali. Namun, hati Wali siapa yang tahu, kan? Alasan dia tidak menerima Mustika kerana dia tidak mahu mengecewakan Irfan yang juga mencintai Mustika. Tapi kalau diikutkan hati, Irfan juga tidak mahu meneruskan pernikahannya dengan Mustika kerana tahu bahawa Wali dan Mustika saling mencintai. Hai, rumit sungguh situasi cinta tiga segi macam ni. Rasa macam menyusahkan diri pula.

Tapi, benar. Cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Kalau dah kita cintakan seseorang, orang lain tetap tidak mampu mengubah perasaan kita terhadap orang itu.

Ok, berbalik kepada cerita penamatan "Kitab Cinta" tadi. Masa di masjid, sebelum upacara pernikahan diteruskan, Tok Kadi tanyalah Mustika sama ada dia setuju atau tidak untuk dinikahkan dengan Irfan. Apa boleh buat. Itu saja pilihan yang Mustika ada. Mustika pun jawablah, "Saya setuju." Tok Kadi pun amiklah tangan Irfan dan mulakan lafaz ijab dan kabul. Pada lafaz yang pertama, Irfan hanya mendiamkan diri. Tidak mengikut Tok Kadi. Entah apa yang fikirkan Irfan ketika itu. Pada lafaz yang kedua, tiba-tiba Irfan bersuara yang dia tidak mahu pernikahan itu diteruskan. Dia cakap kalau pernikahan itu diteruskan, dia akan menghancurkan dua hati yang saling mencintai. Aku tak ingat pula apa katanya tentang cinta. Tapi terharu jugaklah bila dengar Irfan cakap macam tu depan khalayak.

Bagi aku, itu mungkin happy ending bagi Wali dan Mustika, tapi ia merupakan sad ending bagi Irfan. Sebagai peminat watak Irfan, aku berbangga dengan Irfan. Sebab dia sangat memahami perasaan sahabatnya, Wali terhadap gadis yang dicintainya, Mustika sehingga rela membatalkan pernikahan itu di saat-saat akhir. 

Nota: Saja, cerita rasa di sini. He he he. Boleh, kan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails