Tazkirah jumaat hari ini ialah mengenai solat:)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah)
bersama-sama orang-orang yang rukuk."
(2:43)
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu
ke arah masjid Al-Haram (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang
(yang menyalahi kamu),
(yang menyalahi kamu),
kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada-Ku (semata-mata), dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)."
(2:150)
"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah serta mendirikan solat ,
sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)."
(7:170)
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat dua rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna."
(H.R.Tarmizi)
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu."
(H.R. Attabrani)
"Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan."
(H.R. Attabrani)
(Ni baru sebahagian. Ada banyak lagi ayat Quran dan hadis yang membincangkan tentang kepentingan solat. Tapi cari sendirilah ya. Buka Quran tadabbur ayat-ayatnya. Insya-Allah jumpa.)
Lihatlah. Betapa pentingnya solat! Ibadah pertama yang disyariatkan dalam Islam (menyembah Allah)
dan ibadah pertama juga yang akan dihisab di alam barzakh nanti.
Masih nak memandang remeh isu solat?
Fikir-fikirkanlah ya. Akal diberi untuk berfikir.
Hati dihadiahkan untuk merasai.
Tepuk dada, tanyalah iman sendiri.
Nota: Tanya pada diri soalan-soalan berikut:
"Sudah sempurnakah solat aku?"
"Adakah solatku selama ini diterima oleh Allah?"
"Apakah aku benar-benar ikhlas mendirikan solat, hanya kerana-Nya?"
"Apakah solatku bisa melayakkan aku untuk mencium bau syurga?"
"Adakah solatku sudah cukup untuk menghindarkanku daripada kemungkaran?"
"Adakah solatku berkualiti seperti solat para anbiya' dan syahidin?"
"Adakah sudah layakku diri bergelar ibadur rahman?"
Syaaban semakin hari semakin meninggalkan. Ramadhan pula kian menghampiri untuk datang menjemput kita semua. Sudah bersedia kah fizikal dan spiritual untuk menghadapi detik-detik penting tak lama lagi ni? Selain solat, mari semak semula ibadah-ibadah kita yang lain. Bagaimana pula khabarnya? Sudah sempurna, belum? Ingat ya, dalam beribadah yang penting ialah kualiti bukan kuantiti. Sudah lupakah kita yang Allah hanya melihat usaha bukannya hasil. Ikhlas, kunci utama untuk mendapatkan keredhaan Allah bagi setiap ibadah yang dilakukan. Mari ikuti aku. Kita sama-sama muhasabah diri ;)
* Pernah rasa solat fardhu berjemaah di luar, tak? Maksudnya bukan di dalam masjid, surau, rumah atau di mana-mana bangunan sekalipun, tapi di tempat yang berbumbungkan langit, berlantaikan tanah, berlampukan matahari, bertiangkan gunung dan berudarakan angin lembut? Seronok tau! Cubalah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment