Mati bakal menjemput bila-bila masa saja. Bersediakah kita? |
Salam.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."
(Surah Ali Imran 3: 102)
Sesungguhnya salah satu nikmat Tuhan yang tidak ternilai di dunia ini ialah mati sebagai seorang muslim
dan mati dalam keadaan husnul khatimah.
Dan dia kembali ke pangkuan Kekasihnya sebagai seorang muslim.
Subhanallah, beruntungnya dia.
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:
"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala (dunia) itu,dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala (akhirat) itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Surah Ali Imran 3: 145)
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Cuma masa dan tempat kita bakal kembali kepada-Nya
hanya Dia saja yang Maha Mengetahui. Ajal ialah salah satu rahsia Tuhan. Jadi, tugas kita
ialah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi detik penting ini.
Sahabatku sudah terpanggil dan kini dia selamat menemui Kekasihnya. Jauh di sudut hati,
ada sedikit rasa gerun dan gementar. Mungkin selepas ini giliran aku pula yang dipanggil menemui-Nya.
Namun, ada juga tercalit rasa cemburu. Cemburu kepadanya kerana
Namun, ada juga tercalit rasa cemburu. Cemburu kepadanya kerana
telah menemui Kekasihdalam usia yang sangat muda.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Kubur itu sama ada sebuah taman syurga ataupun sebuah lubuk api neraka."
(Hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri r.a.)
Ya, benar kata Nabi SAW. Yang menentukan sama ada kubur kita akan menjadi sebuah taman syurga
ataupun sebuah lubuk api neraka adalah kita sendiri. Allah telah memberi kita dua pilihan.
Tak banyak. Hanya tinggal kita untuk memilihnya saja.
Oleh sebab itulah, selagi roh masih ditiupkan semula ke dalam jasad ini, kita digalakkan untuk
sentiasa berdoa kepada Allah, memohon agar kita diberikan sebaik-baik tempat kembali
dan mohon perlindungan daripada azab kubur.
Dia sudah pergi dulu sebelum kami sempat mengatakan apa-apa. Dia pergi sebelum kami ucapkan "Kami mencintaimu, sahabatku, kerana Allah."
Hanya rahmat Allah sajalah yang mengiringi rohnya di sana.
Hanya rahmat Allah sajalah yang mengiringi rohnya di sana.
Abdul Hadi Nordin kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, jam 7.20 pagi akibat terjatuh |
Nota: Pagi ini kami dikejutkan dengan satu berita sedih. Berita tentang pemergian salah seorang sahabat g-13 kami ke rahmatullah. Rasa jantung ini bagai nak luluh mendengar berita ini. Menurut salah seorang sahabat, dia pergi pada jam 7.20 pagi tadi akibat terjatuh (إنَّا ِللهِ وَ إنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ). Punca kematian ialah jatuh. Benar-benar mengejutkan. Tapi cukup membuktikan bahawa ajal itu menjemput tak kira waktu atau apa keadaan sekalipun. Sedih, namun dalam masa yang sama perasaan takut juga mencengkam diri. Khuatir andai kata selepas ini giliran aku pula dipanggil oleh-Nya. Adakah aku sudah cukup bersedia menghadapinya? Kali kedua aku merasakan kehilangan sahabat dekat. Tapi aku bersyukur kepada Ilahi kerana aku sangat yakin mereka yang dipanggil oleh Allah dalam usia yang sangat muda ini ialah orang-orang terpilih. Mereka ialah orang-orang yang istimewa. Mereka ialah orang-orang yang sangat dicintai oleh Allah. Kerana Allah cintalah, Allah memanggil mereka awal, sebab Dia tidak mahu mereka tinggal di dunia yang sudah semakin rosak ini. Cemburunya aku. Tapi setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku mendoakan semoga sahabatku ini ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Al-Fatihah...
Wallahua'lam.
2 comments:
alfatihah kepade arwah hadi ye zimah.. betol2.. mati dalam usia muda adalah satu nikmat juga...
ya lin... smpi skang zmah msh terkesan lg dgn pemergian arwah. tp Allah lbh sygkan arwah. tak mahu arwah trus merasai kepahitan hdp ni... smg Allah berkati arwah dan snts melindungi dan menjg seluruh keluarganya...:'(
Post a Comment