Salam.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
"Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendenagr, Maha Melihat." (Surah an-Nisa', ayat 58)
Qasidah Amanah
Terasa berat memikul amanah
Yang diletakkan di atas bahu
Memegang suatu kata janji
Lailahaillallah... muhammadurrasulullah...
Bukanlah suatu olok-olokkan
Tidaklah juga suatu permainan
Amanah, suatu yang tiada tara nilainya
Dititipkan Tuhan buat semua yang bergelar Muslim
Jika diabainya, maka di atas bara api itulah tempat tinggalnya
Seringkali amanah yang disampaikan
Ditolak mentah-mentah
Kerana ego diri yang semakin membaham
Sehingga rapuhnya iman menjadi alpa kepada-Nya
Amanah, tugas semua
Tidak hanya pada Rasul mahupun Nabi
Dan beruntunglah mereka yang menyebarkannya
Dan berbahagialah hati-hati mereka yang terbuka untuk menerimanya
Amanah Allah kepada manusia
Adalah timbang tara untuk menuju ke alam sana
p/s: Diri ini sangat merindui seorang manusia di bumi Cairo. Semoga engkau diberkati-Nya.
Salam sayang,
Qamar Purnama
5 comments:
bila diri mahu kebebasan
amanah seringkali ditinggalkan
itulah dia sifat pemusnah
sifat cintakan duniawi...
nauzubillah..
salam.
awak ada beri nama ke?
tiada di ruang komen pun.
maaf.
kalau nak join boleh lagi
hehehehe..... rsnya mcm dah.
kak zara! nk join!
wei, nnt me balik raya laaaaaa
so??????
huhh??? (blurr)
Post a Comment