
Ingin aku ungkapkan semuanya di sini
Ingin sekali aku ukir kata-kata puitisku di sini
Ingin sahaja aku melakar kata-kata
Sebagai tadahan air mataku ini
Ingin sahaja aku menyanyi-nyanyi sendiri
Sebagai penghibur hati yang sepi ini
Kini semuanya telah berubah
Tiada lagi keriangan
Kini terserlah suatu kehilangan
Terasa di hati sebuah kehilangan
Tiada lagi terasa kehangatan sebuah pelukan
Tiada lagi rasa enak sebuah dakapan
Darimu
Siapakah bakal menyapu air mata
Yang tiada henti mengalir ini
Air mata kegembiraan
Air mata kesedihan
Siapa sahaja yang bakal memahami isi hati
Yang telah sekian lama terpendam
Siapa yang mampu membelai hati
Yang sunyi ini dengan belaian kasih
Keadaan semuanya telah berubah
Tiada lagi kulihat cahaya kebahagiaan
Yang akan menyusuri hidupku selepas ini
Hanya air mata akan terus menjadi teman
Mengisi bibit-bibit sepi hidupku
Ini takdir Tuhan
Dengan rela hati aku terima
Ini ketentuan Tuhan
Dengan seikhlas hati aku membuka hati ini
Menerima apa saja qada' dan qadar-Nya
Kini sepi akan terus membawa diri ini
Sepi ini akan terus menyarung diri
Sepi ini akan menyelimuti hati
Yang semakin hari kurasakan semakin kosong dengan memori.
Itu saja buat malam ini.
p/s: Sedang memutar lagu kegemaran 'kami,' RINDU, nyanyian Saiful Malaysian Idol.
Jumpa lagi.
2 comments:
salam..
ana faham perasaan nti, ana juga punya adik yang mungkin sama sifatnye dengan nti. cerita apa sje pada ana.
dia awal2 dh kata mcm mane la nanti kalu ana dh kawin.
apa-apa pn, just want to share with u: actually, sayang n kasih seorang kakak terhadap adiknya tetap sama, walaupun apa statusnya sekarang. cuma, masa yang agak terbatas dan tanggungjawab dia yang lebih berat selepas ni.
ana tahu, sedih tu tetap xbole nk elakkan, tapi insyaallah it will heal w time.
kakak happy, adik sepatutnya happy jugak tuk kakak la kn :)
imah hepi utk kak uda.... tp at the same tyme, imah sdh sbb imah dah xblh nk lawak2 ngan dia. dia dah ada org laen.... hehe... anyway, tenkiu dear kakak....
may Allah bless u
Post a Comment