About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 6 August 2010

Dia Cinta Aku, Aku Juga Cinta Dia



Salam.


Sejak kebelakangan ini, semakin hari saya merasakan diri saya semakin lalai dari mengingatinya. Semakin hari, saya semakin alpa dengan keseronokan dunia. Semakin hari, saya semakin leka melakukan perkara-perkara yang mungkin tidak mampu mendatangkan 1000 manfaat kepada saya. Saya semakin merasakan bahawa diri saya amat jauh dari-Nya.

Hati saya bagaikan sebuah tin kosong yang tidak mengandungi apa-apa didalamnya dan saya tahu ia perlu diisi. Hari-hari yang berlalu, dirasakan amat pantas meninggalkan saya. Semakin saya berlari menjauhi-Nya, namun Dia semakin menghampiri diri ini. Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Saya amat yakin sekali saya tahu, mengapa Dia terus datang mendekati.

Dekatnya Dia kepada saya amat saya rasakan sangat-sangat hampir dengan setiap kapilari darah dalam tubuh saya. Dia mendekati saya kerana dua sebab. Pertama, saya amat sunyi dan kedua saya sangat-sangat perlukan belaian kasih dan cinta-Nya. Sungguhpun saya melangkau sejengkal dari-Nya, namun Dia mengejar saya 1000 batu jauhnya.

Jadi, saya ingin memperkenalkan kepada anda semua, siapakah Dia yang saya maksudkan ini. Dia adalah satu-satunya Kekasih saya. Dia sangat istimewa. Tiada cinta yang mampu menggantikan cinta saya terhadap -Nya. Dialah cinta pertama dan terakhir di hati saya, Dia adalah Allah 'azza wajalla.

Mesti ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah hidup saya. Jadi, ingin pula rasanya berkongsi serba sedikit mengenai apa yang pernah terjadi pada diri saya dahulu.

Semasa saya masih di sekolah rendah dan menengah, saya seringkali gagal dalam pelajaran. Saya sering tertinggal di belakang. Berbanding dengan kakak saya. Dia selalu kehadapan lebih dahulu. Sebabnya, saya memang bukan seorang yang pandai. Dan saya boleh juga dikatakan sebagai slow learner. Saya amat susah memahami sesuatu dalam jangka masa yang begitu singkat.

Dipendekkan cerita, disebabkan saya sering gagal dalam peperiksaan, saya sering kali menyalahkan Dia (Kekasih saya). Saya sering menyalahkan takdir. Saya selalu merasakan bahawa Dia tidak menyayangi saya sebab, apa yang saya inginkan tak pernah diperkenankan-Nya. Jadi, disebabkan terlalu banyak kegagalan yang saya tempuhi, dalam hati ini sudah dipenuhi dengan perasaan ragu-ragu. Saya tidak percayakan takdir mahupun kuasa-Nya. Sampailah saya meningkat umur 17 tahun dan pada ketika ini saya menduduki peperiksaan SPM, semuanya berubah 360 darjah. Hati saya yang pada mulanya penuh dengan syak wasangka terhadap-Nya, terus dipenuhi dengan rasa syukur yang amat sangat. Dan pada saat ini jualah, cinta saya terhadap-Nya mula berputik.

Pada tahun itu, saya belajar bersungguh-sungguh, bukanlah untuk cemerlang peperiksaan semata-mata, tetapi untuk membuktikan pada diri sendiri dan orang lain yang memandang rendah pada saya ketika itu, bahawa saya juga bisa berjaya. Orang yang tidak pandai dan selalu gagal boleh juga berjaya. Dipendekkan cerita lagi, setiap peperiksaan yang saya lalui saya jawab dengan sungguh-sungguh dan tawakkal yang tinggi kepada-Nya. Bulan berganti bulan. Saat keputusan SPM diumumkan semakin menghampiri. Qiamulail dan tilawatul Quran adalah peneman sejati, menghilangkan rasa gemuruh. Namun, saya melapangkan dada dan bersedia menerima apa saja natijah daripada-Nya. Saya tahu semua yang Dia tentukan ada hikmahnya. Saya berdoa,

"Ya Tuhanku, berkatilah semua usaha-usahaku. Segala ketentuan-Mu aku terima dengan hati yang terbuka. Jika kejayaan yang Kau akan beri padaku, maka segala pujian hanya untuk-Mu. Namun, jika kegagalan lagi yang Kau anugerahkan, maka aku redha. Mungkin itu adalah seimbang dengan segala usaha yang aku kerjakan demi mencipta sebuah kejayaan. Dan jika kejayaan itu bia merosakkanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jika gagal itu lebih layak untukku, maka berikanlah ia kepadaku. Dengan ini, aku serahkan segalanya untuk Kau tentukan. Amiin."

Hari keputusan SPM diumumkan telah pun tiba. Sepanjang perjalanan, hanya zikrullah membasahi lidah. Hati semakin berdebar-debar. Namun, alunan zikr dan istighfar berhaya menenangkan hati saya.

"Subhanallah... alhamdulillah... walailahaillallah wallahuakbar..."

"Astaghfirullahal 'azim..."


Trutt..trutt... (1 mesage received)
"Adik, tahniah! Adik dapat 8A 2B (6A1, 2A2, 2B3)." Dihantar oleh, Kak Arshi.

"Subhanallah! Alhamdulillah!"
Laung saya dalam hati.

Mulut saya ketka itu tidak henti-henti dari terus memuji-Nya. Ternyata kesemua kegagalan saya terbayar. Rupa-rupanya memang benar ada sebab tersembunyi mengapa hanya kegagalan yang Dia berikan sebelumnya. Sebab Dia ingin menghadiahkan kejayaan yang besar kepada saya di kemudian hari. Subhanallah. (Air mata hampir menitis).

Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, pada masa inilah cinta saya terhadap-Nya menguntum mekar. Dan sehingga kini cinta itu semakin hari semakin mengembang. Tidak pernah kuncup. Beberapa hari yang lepas, ada lagi beberapa insiden yang terjadi pada diri saya membuktikan Maha Hebatnya cinta yang diberikan-Nya kepada saya. Insya Allah, saya akan ceritakan kepada anda semua dalam entry seterusnya.


p/s: Aku amat mencintai-Nya kerana dia benar-benar mencintaiku.



Bersambung...



Salam sayang,
Qamar Purnama.



3 comments:

farieha said...

sweetnya imah..sweetkan bercinta dengan DIA yang memang tidak akan hampakan kita..

p/s:imah slow learner??erkk x percaya akak..menulis ovel laju jerkk.keratif lagi..

Zimah Zaiwani said...

hehehe... ha'ah kak. sgt seronok bercinta dgn Allah.

akak, SKC tak boleh nk bergerak lg. otak nk beku skt. idea sgt2 kurang. hahaha... doakan imah dpt sambung bab yg strsnya. sian akak tunggu lm kan? sori akak:(

ummu ijlal said...

Imah, imah bukannya slow learner, cuma masa lower form, imah belum jumpa lagi di mana strength imah... Lemah maths or science bukan bermakna tidak pandai..tapi kepandaian imah di bidang lain...jgn rasa rendah diri lagi ye imah...you have high potential...what u need is to polish the best potential u have...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails