Salam.
Kelmarin keluar dengan Sabirah (sahabat baikku). Saya ajak dia teman pergi Jaya Jusco untuk beli sedikit lagi barang keperluan kampus. Beli kasut sebenarnya dengan baju.
Alhamdulillah, setiap kali saya bersama dengan Sabirah, terlalu banyak input ilmiah yang saya dapat daripadanya. Sungguh, masa saya terisi tiap kali saya berada dengannya.
Sepanjang outing kami hari itu, banyak yang kami bualkan dan kongsikan bersama.
Saya selalu cakap dengan dia,
"Sab, ana kat UIA skang kan dah takde kawan sangat nak cakap pasal hal2 agama." (buat muka sedih)
Sabirah, seperti biasa tersenyum mendengar kata-kata saya. Itulah Sabirah. Seorang yang sangat murah dengan senyuman.
Nak dipendekkan cerita, lepas kami pulang dari JJ, Sab nak jumpa dengan guru sekolah kami, Cikgu Hasnah. Katanya dia masih blur lagi pasal Da'wah Fardhiyah (DF). Jadi, inilah kesempatan saya untuk menambah ilmu. Terima kasih kat Sab sebab bawak saya jumpa cikgu sekali.
Lepas saja cikgu tamat bagi penjelasan rapi tentang erti sebenar DF tu sendiri, tiba2 Sab tanya tentang salah satu fadhilat bulan Ramadhan.
"Cikgu, apa maksud 'pintu2 syurga dibuka, pintu2 neraka ditutup dan syaitan diikat (digari)?'"
Saya pun jadi tertanya-tanya. Selalu je dengar ungkapan ni namun hakikatnya masih kurang mengerti dengan maksud sebenarnya. Adakah maksudnya pintu2 syurga itu benar2 dibuka, pintu2 neraka benar2 ditutup? Dan adakah syaitan tu betul2 kena ikat? Kalau ya, macam mana pulak dengan orang2 yang masih bersuka-ria buat maksiat kat luar tu? Kata syaitan dah tak ada? Musykil sebentar.
Cikgu menjelaskan.
"Dia subjektif sebenarnya. Tapi senang kita faham macam ni jelah. Sebenarnya apa yang dimaksudkan Allah dengan 'di bulan Ramadhan, pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya, pintu2 neraka ditutup serapat-rapatnya dan syaitan digari' tu ada maksud yang tersendiri. Seolah-olah macam simbolik je Allah guna ayat ni. Pintu2 syurga dibuka tu menunjukkan pintu2 rahmat Allah. Maksudnya ialah, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, Allah beri kita gandaan rahmat di sisiNya sekiranya kita beribadah ikhlas keranaNya. Sebab tulah jika kita melakukan ibadah, pahala kita berganda-ganda. Bulan Ramadhan ni ibaratnya seperti sebuah program (dengan kata lain pesta ibadah) untuk kita latih diri kita beribadah kepadaNya. Sebab tulah Allah menggandakan pahala bagi setiap ibadah yang kita lakukan. Berapa? Banyak mana? Wallahua'lam. Suka hati Dialah nak bagi banyak manapun. Dia tak perlu nak mintak izin manusia. Itulah namanya rahmat Allah, pintu2 syurga tadi."
Kami semakin khusyu' mendengar.
Cikgu menyambung.
"Yang pintu2 neraka tu pulak merujuk kepada pintu keampunan Allah. Pada bulan Ramadhan ni, kita menyibukkan diri dengan beribadah sebanyak atau semampu yang boleh. Dan dalam masa yang sama kita mendapat ganjaran dari Allah yang berlipat ganda itu, kita turut mendapat keampuan yang berlipat ganda dari Allah. Allah ampunkan setiap dosa yang kita lakukan jika kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat (iaitu taubat nasuha). Maksud lainnya bagi pintu2 neraka ditutup ni ialah pada bulan ni manusia yang sedang diseksa dalam kubur itu diberhentikan (atau direhatkan atau ditangguhkan) sejenak seksaan dan balasan yang mereka hadapi di alam barzakh."
Tak lepas kami memandang cikgu. Syoknya bila dah faham.
"Yang pasal syaitan kena ikat tu pulak, ya, memang kita semua akan cakap, 'peliklah, bulan Ramadhan ni orang kata syaitan dah kena ikat tapi kenapa kita still terus-terusan buat dosa.' Sebenarnya memang betul pun syaitan dah kena gari oleh Allah. Tapi sebenarnya apa yang membuat kita terus-terusan buat dosa atau maksiat itu bukan dari syaitan, tetapi daripada diri kita sendiri (hawa nafsu). Nafsu itu dikawal oleh diri kita sendiri. Kalau kita train dia ikut telunjuk syaitan, tak kisah syaitan diikat atau tidak, nafsu kita tu akan terus-menerus melakukan maksiat. Tapi kalau kita berjaya train nafsu kita ke arah kebaikan, kita akan dapat elak dari melakukan dosa. Sebab tulah penting dalam mendidik hawa nafsu ni sebenarnya. Sebab apa2 yang kita bagi kat nafsu kita tu akan bertukar jadi satu tabiat. Dan kita juga tahu tabiat tu memang susah nak buang kalau dia dah sebati dalam diri kita. Jadi, kalau kita still buat dosa, muhasabah diri balik. Ada something wrong dengan nafsu aku ni."
Wahh! Alhamdulillah. Barulah saya faham konsep "pintu2 syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan digari" pada bulan Ramadhan ini.
Terlalu banyak yang kami dapat daripada penjelasan Cikgu Hasnah. Tapi tak larat nak tulis semuanya kat sini sekarang sebab sekarang dah pukul 4:08 a.m. dan saya sepatutnya sudah berada atas katil melayari mimpi-mimpi indah (hahahaha). Jangan esok sahur tak terjaga sudah.
Tapi, insya Allah untuk entry2 akan datang, saya cuba kongsikan apa yang saya dapat daripada Cikgu Hasnah tentang Da'wah Fardhiyah tadi. Sebab hakikatnya masih ramai lagi yang confius tentang DF yang sebenarnya.
Ok sahabat semua!
Selamat bersahur dan selamat meneruskan puasa!
Jom meriahkan pesta badah kita!
p/s: Rindu kamu, Sab. Sab adalah antara sahabat dekat saya yang selalu mengingatkan saya kepadaNya dan Sab sering membuka jalan bagi saya untuk terus mendekatiNya. Semoga Allah berkati sahabat yang aku sayangi ini.
Salam sayang,
Qamar Purnama

2 comments:
DF
hehe..miss u too..toksah duk puji lebih2..segan sab XD
~may Allah bless u too..
ukwah fillah :):)
Post a Comment