Tajuk: Kejayaan Yang Hakiki
Salam.
Definisi kejayaan
Apa itu kejayaan?
Saya amat percaya sekali yang semua orang tahu apakah pengertian kejayaan.
Setiap daripada kita memahami maksud sebenar kejayaan dalam konteks yang berbeza-beza. Kita tidak perlu membuka Kamus Dewan yang begitu tebal hanya untuk mencari definisi tepat bagi kalimah kejayaan ini kerana hakikatnya kita mampu mentafsirkannya sendiri berdasarkan ilmu dan akal yang dianugerahkan Allah s.w.t.
Akhi Hilal ada menceritakan. Semasa dia dijemput untuk beri talk pada salah sebuah sekolah, dia ada bertanyakan maksud kejayaan kepada salah seorang pelajar perempuan di sekolah itu. Dan berkata pelajar itu, "bagi saya, kejayaan tu bila saya dapat kahwin dengan lelaki handsome." Geli hati kami mendengar jawapan pelajar perempuan itu.
Ada juga orang lain yang berpendapat bahawa dia sudah dikatakan berjaya apabila dia memiliki sebuah rumah yang sangat besar (villa agaknya) dan kereta yang bukan sahaja besar malah begitu canggih sekali.
Tak kurang juga ada yang mengatakan dia sudah mencapai kejayaan apabila dia berjaya mendapat 4 flat dalam genggaman.
Namun, jika diperincikan semula, jika inilah maksud kejayaan yang diberikan mereka, saya ingin tanya. Apakah pula yang namanya kejayaan yang hakiki?
Maksud kejayaan hakiki hanya dapat disimpulkan dalam hanya satu ayat sahaja. Kejayaan yang hakiki adalah apabila seseorang berjaya memasuki syurga dan diselamatkan dari azab api neraka. Itulah dia sebenarnya kejayaan hakiki yang kita cari.
Hidup ini ada tujuan
Setiap orang punya matlamat hidup yang ingin dicapainya. Dan sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia ingin mencipta kejayaan dalam hidup. Tanyalah kepada siapa sahaja. Tidak ada seorang pun dalam kalangan kita yang ingin gagal dalam hidup. Semua mahu berjaya.
Cuma yang membezakan kita semua adalah apa matlamat atau kejayaan sebenar yang kita ingin capai dalam hidup kita di dunia ini.
Sebab itulah sangat ketara perbezaan kita dengan orang bukan Islam. Kita hidup di dunia ini adalah untuk akhirat, untuk kehidupan yang kekal abadi setelah kita bangun pada hari kebangkitan. Namun, berbeza pula dengan kehidupan sebagai seorang bukan Islam, yang hidupnya hanya untuk dunia. Tiada hala tuju. Mereka hanya mencipta kejayaan di dunia tetapi kita ingin berjaya fiddunia walakhirah.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Mu'minun, ayat 115 yang bermaksud,
"Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikemblikan kepada Kami?"
Dalam ayat ini kita sendiri dah nampak yang sebenarnya Allah s.w.t. tidak akan menciptakan kita di dunia ini tanpa sebab. Tanpa tujuan. Kita dibawa ke dunia ini hanyalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Matlamat kita hanya satu. Untuk memperhambakan diri kepada Pencipta kita. Setelah dilahirkan ke dunia, kita dilantik pula sebagai khalifah dan tanggungjawab itu wajib kita galas dan laksanakan sehinggalah sampai suatu saat kita kembali semula kepada-Nya.
Bercakap mengenai tujuan hidup, ada satu cerita yang akhi Hilal bawakan kepada kami. Kisah pendek mengenai seorang warga Jepun. Saya gelarnya sebagai A saja (tak tahu namanya apa). A ini dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan dia dihormati oleh orang-orang sekelilingnya. Pada suatu hari, dia keluar berjalan-jalan sambil memegang pisau. Apabila dia sampai di tempat yang ramai orang, dia keluarkan pisaunya dan tikam orang-orang yang berada dekat dengannya. Orang ramai jadi hairan dengan tingkahnya. Apabila ditanya kepadanya sebab perbuatannya itu, dia menjawab, "aku dah bosan jadi baik."
Apa yang anda nampak dari kisah di atas?
Jelas bukan, bahawa kita (orang Islam) dengan orang bukan Islam itu bezanya bagai langit dengan bumi.
Mereka hidup untuk dunia, namun kita hidup untuk dunia sebagai bekalan di akhirat kelak. Tak macam orang Jepun tadi. Kita tidak akan pernah bosan dalam melakukan kebaikan kerana setiap kebaikan yang yang lakukan di dunia ini akan dibalas oleh Allah sebuah kejayaan, iaitu kejayaan yang hakiki di akhirat nanti. Syurga yang abadi.
Satu lagi firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anbiya' ayat 16 yang menerangkan tentang setiap yang Allah ciptakan ada tujuannya tersendiri. Maksud firman ini,
"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya dengan main-main."
Jadi, ingatlah hidup kita di dunia ini bukan untuk berseronok dan bukan juga untuk berhibur. Tetapi hidup kita punya matlamat. Kita mahu menjadi Mu'min yang berjaya di sisi--Nya. Jika kita tahu dan faham apa yang Allah sampaikan dalam kedua-dua ayat ini, tanya kepada diri kita mengapa kita masih bermain-main? Mengapa kita masih tidak serius dalam mengamalkan Islam? Mengapa?
Tepuk dada, tanyalah iman kita masing-masing.
Hidup ada dua pilihan
Dalam hidup kita di dunia ini, kita hanya akan diberi dua pilihan.
Kita buatlah apapun, Allah s.w.t. hanya memberikan kita dua pilihan untuk memberi jalan keluar kepada masalah yang kita hadapi.
Bermakna, kita ada pilihan sama ada ingin memilih jalan kebaikan ataupun jalan kejahatan. Kita berhak memilih untu berjaya ataupun untuk gagal. Tapi setiap pilihan yang kita buat, ada imbuhannya yang Allah s.w.t. sediakan. Jadi, tak perlu khuatir. Sedangkan Allah s.w.t. sendiri mengizinkan kita untuk memilih, sama ada untuk menjadi Mu'min yang soleh, mahupun Mu'min yang durhaka.
Dan cuba kita sama-sama fikir kita hanya diberi pilihan selagi kita masih hidup di dunia ini. Selepas malaikat maut cabut nyawa kita, kita dah tak ada peluang untuk merayu, "ya Allah! Hidupkanlah aku kembali! Nescaya aku akan bertaubat dan melakukan setiap suruhan-Mu dan meninggalkan larangan-Mu!" Sungguh, tiada kesempatan untuk buat pilihan selepas itu. Yang tinggal hanya penyesalan.

Kita juga kena ingat, jika kita dah terambil satu jalan, maka kita akan terus berada di jalan itu. Jadi, berhati-hatilah ketika membuat pilihan, Pastikan pilihan yang kita buat itu akan menguntungkan kita di akhirat kelak.
Bercakap tentang pilihan tadi, akhi Hilal ada mengingatkan kami tentang kepentingan belajar. Akhi cakap kalau kita malas belajar, maknanya kita berdosa besar! Kalau kita suka sangat tidur dalam kelas, masa pensyarah sedang mengajar, itu boleh dikira sebagai satu maksiat! Kalau kita malas nak siapkan assignment, kita akan berdosa! Kami pada mulanya hairan. Kenapa pulak akhi cakap macam tu.
Akhi kata, "cuba anda fikir-fikirkan. Siapa yang telah menanggung anda belajar di universiti ini? Macam saya, saya tajaan FAMA (father & mother). Saya yakin pasti ada dalam kalangan anda semua yang dibiaya pelajarannya oleh MARA, JPA malah ada juga yang dapat pinjaman dari PTPTN. Jadi, tidakkah anda rasa sekiranya anda malas belajar, itu tandanya anda telah mengkhianati mereka yang menaja anda ini??!! Tidakkah anda tahu bahawa apa yang anda lakukan di dunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak?!" Lantang suara akhi mengingatkan kami.
Setelah itu baru kami faham apa yang akhi maksudkan. Akhi juga cakap, apa juga yang kita buat, kita kena buat sungguh2. Belajar pun sama jugak. Mesti sungguh2. Kalau tak, macam mana nak dapat kejayaan yang hakiki?
Disebabkan talk yang akhi Hilal beri ni sangat panjang, saya terpaksa pendekkan. Maaf ya.
Akhi mengakhiri talk dia dengan menyuruh kami revise balik beberapa ayat Quran ini.
Dan saya harap anda semua akan baca balik ayat2 ni dan kalau boleh kita sama2 hafal ayat2 ni sebab akhi kata ayat2 Quran ni sangat penting bagi seorang mu'min seperti kita semua.
Surah as-Saff, ayat 10-12
Surah Ali Imran, ayat 185
Surah al-Baqarah, ayat 200-202
Akhirul kalam, wassalam.
p/s: Akhi pesan. Sekiranya kita nak berdakwah dengan mad'u kita, ada satu perkara yang kita perlu buat terlebih dahulu sebelum kita mengajak dia untuk mendekati Rabb. Iaitu membina jambatan hati dengannya. Wallahua'lam. Semoga berjaya mendapat kejayaan yang hakiki! Insya Allah.
:)
Salam sayang,
Qamar Purnama.
No comments:
Post a Comment