About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 9 January 2013

8 Jan '13

~Bismillah~

Suatu hari dalam dewan exam, iaitu Main Hall, CAC... bertarikh 8 Januari 2013. Tepat jam 3 pm, exam pun bermula.

Dewan sunyi...
yang kedengaran hanyalah bunyi geseran pensel dan goncangan liquid.
Setiap kepala tertunduk menatap setiap huruf yang tertaip di dada kertas soalan exam.
Semua mula mengira-ngira... seolah-olah hati berucap sendiri, "Agak-agak, berapa lama aku nak spend kat soklan ni ea?"
Saat detik itu bermula akhirnya satu patah kata berjaya diluahkan di atas kertas putih berjalur kelabu itu.

Arghhh... keadaan berada pada tahap tensi yang nyata.

Nyutt... nyutt... nyutt... dah jelas bunyi denyutan kepala yang tak henti-henti sejak Zuhur.

Sesekali mata teralih ke jasad-jasad lain. Alamak! Aku lihat mereka semua. Bersungguh-sungguh sekali.
Masing-masing sibuk memerah otak, mengeluarkan segala macam idea di kepala.
Sekali-sekala mata terpaling ke arah jarum jam yang terpampang di setiap sudut hadapan dewan.

Tiba-tiba, teringatlah dekat pepatah Arab tentang masa. "Potonglah ia sebelum ia memotong kamu." Aduh! Terkena sebijik! Memang aku tak cukup masa nak jawab exam SOCA ni. Ya Allah... istighfar jelah banyak-banyak dalam hati. Agaknya kerana dosa yang semakin menebal dalam hati, setebal novel Harry Potter aku di rumah tu. Tak! Mungkin tebal lagi!  yang menyukarkan aku untuk menjawab soalan-soalan itu.

Nyutt... nyutt... nyutt...
Aduih, kepala! Berhantilah bermain denganku! Ini bukan saatnya! Aku nak konsentret ni!

Kepala tak henti-henti berdenyut.

RAKSASA MIGRAIN SUDAH DATANG MENYERANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memang aku hilang tumpuan saat 'dia' datang bertandang. Katanya, nak menyinggah saja, ternyata aku dah ditipu. Dia menetap pulak sampai ke malam. Elok sangatlah... petang tu tak mampu nak jawab soalan SOCA dengan baik, malamnya pula tak sempat nak mentelaah ilmu-ilmu Dr. Nora bagi subjek Ling Lit dengan sebaik-baiknya. Ampun! Aku agak tewas dalam pertempuran kali ini! (menangis)

Cerita ini berlaku semalam. Jadi, tolong jangan salah faham :P

Cerita kelakar terus bersambung malam tadi.

Balik rumah, terus membaham "Si Kecil."
Buka peti inbox, amik kau! Banyak gile mesej yang tak dibaca! Antaranya, mesej daripada Dr. Nora.

Dalam mesej tu, Dr. Nora cakap beliau free dari jam 12 tgh hingga 3 pm. Jadi, sesiapa nak jumpa beliau, solehlah dilakukan saat itu. Tapi, malang tidak berbau. Aku tengah berlawan dengan migrain aku dalam dewan CAC masa menjawab kertas SOCA. Tak dapat berjumpa Dr. Nora. (sedih sangat!) Aku reply mesej Dr, "I'm so sorry for not being able to see you today, Dr coz I got two papers in a row. Can I see you tomorrow evening?" Dr. Nora pelik, "Why tomorrow?" Aku jawab, "In case I got anything to ask." Beliau balas lagi, "Yes, but why tomorrow evening? Our exam will be tomorrow morning, at 9 am." ASTAGHFIRULLAH! Macam mana boleh tertukar dengan exam DA ni? Ya Allah! Baru terfikir nak rehatkan kepala ni dari migrain. Hmm... memanglah. Yang sebenarnya, Dia dah tak nak kasi aku masa untuk mentelaah sebab aku sangat-sangat kekurangan rehat sejak akhir-akhir ni. Dia mahu aku tidur je dan jangan fikir apa-apa lagi dah tentang exam. Alahai..... baiknya Dia tu! (suka)

Jadinya, malam tadi, aku tidur je sebab kepala ni dah macam kepala besi dah. Tak boleh nak angkat. Berat. Denyutan dia makin lama makin kuat. Menjadi-jadi pula tu kuatnya sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding pun ada juga.

Tapi itu cerita malam tadi. Yang aku nak cerita, ialah tentang satu kejadian dalam dewan exam. Lepas saja exam SOCA selesai dan pengawas peperiksaan sibuk mengutip kertas dari setiap meja...

"Weh, nombor sekian sekian apa jawapan dia?"
"C."
"Nombor sekian sekian?"
"Aku buat D."
"Nombor sekian ni? Nombor sekian ni pulak?"
"A dengan B."

DUA ORANG LELAKI MENIRU DAN MEMBERI TIRU! Dan yang lebih menaikkan darah aku, perempuan asing dekat sebelah depa tu pun tumpang sekepala dan semata sekali. Dok tengok-tengok jawapan lelaki sebelah dia yang meniru tu! YA ALLAH! Kalau diikutkan, aku nak je cakap, "WEH! KORANG NI TAK TAKOT DOSA KE HAA???" Tapi apakan daya... aku tak mampu. Aku bimbang kalau aku sergah depa tang tu, pengawas peperiksaan ingat aku pun ikut bersubahat. Nak cakap dekat pengawas peperiksaan lelaki-lelaki tak jujur ni bersalah, aku tak ada bukti yang kukuh. Mencegah guna qalb jelah yang aku mampu buat. Tapi dalam hati ni, memang tak henti-henti mengutuk depa. Mana taknya... dahlah depa tu setiap kali kelas SOCA, antara yang terlambat. Kalau lambat depa tu setakat lambat beberapa minit, bulehlah jugak nak maafkan. TAPI TAK! Lambat depa tu lambat setengah jam dan pernah beberapa kali satu jam! (seingat akulah) Sampai lecturer tak tahu nak kata apa dah. Dahlah lambat, menipu pula masa exam! Ya Allah... janganlah pahala aku kurang sebab kutuk-kutuk depa macam ni tapi hati ini paling bencikan PENIPU atau nama baik depa, ORANG KURANG JUJUR! Hmm... astaghfirullah... istighfar... istighfar....

Itu sajalah nak diceritakan tentang insiden petang semalam. Selama ni, tak pernah-pernah tulis post dengan menggunakan bahasa yang sangat BOMBASTIK ni. Ini kali pertama dan terakhir ya. Sebab tengah menahan marah dan sakit kepala yang masih menyerang. Aduihlahh... pak cik migrain ni tak nak beredar pulak. Nak terus menetap dekat kepala ni sampai habis exam agaknya. Ish, janganlah! Cek ada dua lagi exam nak kena struggle ni. Pak cik migrain, sila pergi jauh-jauh naa...

Daa.

Oppp!!!! Sebelum tutup blog comel ni, jom renung-renungkan hadis Nabi saw tentang sikap ketidakjujuran dan menipu :D
Mafhum sabda Nabi s.a.w.: "Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu bakal memimpin seseorang kearah kebaikan. Kebaikan itu pula akan menyampaikan seseorang itu ke SYURGA. Seseorang itu sentiasa tetap dengan kebenaran dan perilaku yang benar serta berusaha mencarinya sehingga ditulis di sisi Allah Taala sebagai orang yang suka berlaku benar (membenarkan imannya)."(Muttafaq 'alaih)

Ada lagi...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”. (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Saya dengar nabi SAW bersabda:”Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Bukhari)

p/s: Semoga Allah tiga orang mahasiswa yang cheating dalam exam SOCA semalam sedar kesilapan mereka dan sedar bahawa dengan menipu mereka tak akan dapat apa-apa imbalan yang menguntungkan pun. Mereka akan rugi sendiri. Aku doakan semoga Allah melembutkan hati mereka untuk bertaubat. Aamiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails