~Bismillah~
Subhanallah... sunyinya duduk rumah ni. Tak ada kawan nak sembang, nak borak, nak gosip. GOSIP????? Ya Allah, bertaubatlah Zmah... (elakkan gosip ya kawan-kawan!)
Selalunya Zmah akan ke UIA. Walaupun tak ada kawan jugak kalau pergi UIA, tapi sekurang-kurangnya dan jugaklah nak ke library menuntut ilmu apa-apa ke. Kalau ke UIA, library dan masjid menjadi sasaran utamaku. Hehe.
Haii... tiba-tiba pulak teringat pada anak-anak. Anak-anak? Belum kahwin lagi dah ada anak ke, Cik Zmah? Hehe. Anak-anak saya memang ramai. Anak-anak murid! Rindu sangat-sangat kat depa semua. Masa Zmah mengajar di Al-Amin dulu, Zmah ajar tiga level; form 2, form 3 dan form 4, tapi dengak budak-budak form 3 lagi kamceng. Mungkin sebab adik (Hafiz) sebaya dengan mereka dan mereka pun geng-geng dia jugak. So, tak ada hal sangatlah. Senang je nak rapat. Baik banin (lelaki) atau banat (perempuan), mereka semua sangat peramah dan senang dibuat kawan. Alhamdulillah, perkenalan yang rapat nilah yang dah menyatukan hati Zmah dengan anak-anak Zmah ni dan bila dah rapat, mulalah macam-macam yang dikongsikan. Kadang-kadang anak-anak macam mereka ni lebih senang bercerita dengan cikgu yang muda-muda sebab jarak umur tak terlalu jauh dan cikgu muda pun kadang-kadang berjiwa remaja, jadi senang nak memahami setiap permasalahan yang remaja zaman sekarang ni hadapi. Boleh jadi jugak sebab lain, cikgu-cikgu yang dah berumur ni kadang-kadang mereka tak ada masa nak layan masalah remaja-remaja ni sebab bagi mereka ada masalah lain yang lebih besar lagi yang mereka boleh fikirkan. Begitulah cara mereka mendidik dan dengan cara macam nilah (tanpa disedari) anak-anak murid pun boleh jadi matang. Tapi of course tak semua boleh adapt dengan cara macam ni. Sebab remaja ni perlukan belaian untuk mendidik mereka. Memang kena bertabah sikitlah dengan anak-anak murid yang nak bermanja-manja tu. Hehe.
Haa... dan lagi satu sebab kenapa Zmah rapat dengan budak-budak tingkatan 3 ni jugak, terutamanya kelas 3 Suyuthi, sebab Zmah jadi guru kelas mereka. (hmmpph, patutlah!) Ce tengok gambar kat atas ni. Nilah gambar kelas kami. Cun tak? Rindunya nak jadi guru kelas mereka lagi. Mereka ni dulu semua comel-comel belaka tapi bila dah habis SPM, ya ampon! Dah beso panjang. Yang lelakinya bukan main macho lagi dan yang perempuannya bukan main cun melecun lagi. Dah beso dah anak-anak teruna dan anak-anak dara Zmah ni dan tanpa disedari dah tua rupanya Zmah ni. Hehe. Alhamdulillah, mereka semua matang-matang, kalah cikgu mereka ni ha yang makin tua tapi tak matang-matang. Hehe.
*flashback*
Dulu masa mengajar, mereka ni selalu je mengantuk-mengantuk dalam kelas. Jadi, bila dah ngantuk-ngantuk macam tu, masing-masing tak ada moodlah nak belajar. So, umpan Zmah ialah, Zmah buatkan marshmallow coklat untuk mereka. Adalah dalam dua tiga kali Zmah buat. Semua makan comot-comot dalam kelas. Lepas tu, mulalah keluar statement-statement macam ni,
"Cikgu, nak lagi! Nak lagi!"
"Cikgu, bila cikgu nak buat marshmallow coklat untuk kita orang lagi?"
"Cikgu, nanti jangan lupa bawak marshmallow coklat untuk kita orang lagi tau"
dan macam-macam lagilah celoteh mereka. Haha... memang anak-anak betul. Zmah dah rasa macam mereka ni memang betul-betul anak-anak Zmah yang mintak macam-macam dekat ibu mereka. Betullah orang katakan. Pengalaman yang paling manis bagi seorang wanita selepas bernikah adalah pengalaman menjadi seorang ibu. Errkk, tapi Zmah, kau tu belum nikah lagi. A'ah kan, ya tak ya jugak :P Tak adalah. Nak katanya, sebelum kahwin lagi Allah dah bagi peluang dekat Zmah untuk pegang role sebagai ibu yang melayan kerenah anak-anak yang macam-macam ni sekarang, apatah lagi selepas kahwin bila dah ada anak sendiri. Memang sweet sangat. Zmah ni pulak suka melayan budak-budak remaja macam depa ni. Hehe.
Dalam banyak-banyak anak murid dalam 3 Suyuthi, adalah beberapa orang yang kamceng dengan Zmah bukan main lagi. Bukanlah nak kata mereka-mereka ini anak emas Zmah tapi mereka memang rapat dengan Zmah sebab mereka selalu berkongsi idea, meluahkan masalah dan suka sangat ajak Zmah lepak, layan mereka berceloteh. Hehe. Nak tahu siapa? Haa... antaranya, kalau banin, macam Usamah, Talhah, Iskandar, Fakhruddin, Muhaimin, Nizam.. budak-budak kelas lain ada jugak yang kamceng dengan Zmah, antaranya Heikal, Muhammad, Hanif, Baginda Muaz, dan Daniel. Haa... jangan ingat Zmah tak ada anak-anak perempuan yang rapat ya. Anak-anak perempuan yang kamceng dengan Zmah ni sikit je tapi bagi Zmah mereka ni sangatlah special sebab banat-banat yang lain, tak tau nak rapat-rapat dengan Zmah. Mungkin segan kot atau takut. Yalah, Cikgu Hazimah ni, garang tau orangnya. Hehe. Antaranya, Najwa, Sakinah, Zafirah, Unais, Faaiqah dan Ulin Nuha. Mereka semua ni memang sangat sweet! Serius, Zmah rindu gile dengan mereka semua! Anak-anak, mak rindu sangat dengan anak-anak mak semua. Bilalah anak-anak semua nak datang jenguk mak? Hehe.
Apa lagi nak cerita pasal kenangan bersama mereka ni ya. Ha! Masa Hari Guru, tau tak kami dapat tempat pertama dalam pertandingan menggubah buah-buahan. Hebat tak? Hebat tak? Hehe. Sebenarnya Zmah tak buat apa-apa sangat pun. Anak-anak Zmah yang bekerja keras, baik banin atau banat. Mereka semua bersungguh-sungguh menggubah buah-buahan. Seronok bila tengok mereka enjoy pertandingan tu. Jadi, kemenangan ini adalah atas usaha mereka, walaupun adalah jugaklah yang curi-curi makan buah masa tengah gubah tu, tapi tak sangka menang pulak. Hehe. Terima kasih semua. Anak-anak mak memang hebat. Lagi satu nak cerita, masa Hari Guru ni, banat adalah dua tiga orang yang kasih hadiah, which is pada Zmah tak pelik sebab budak-budak perempuan memang terkenal dengan sifat pemurah mereka when it comes to giving present to their teachers. Tapi yang peliknya bila budak lelaki yang bagi. Terharu seyh! Dalam kelas 3 Suyuthi, Muhaimin seorang je yang bagi Zmah hadiah siap ada kad yang dia buat sendiri lagi. Dalam kad tu dia tulis ucapan lepas tu dekat bawah kad dia tulis, "Daripada saya, best friend cikgu." Comel sangat! Kalau budak kelas lain, Muhammad. Walaupun Zmah tak pernah ajar dia, tapi dia kasi jugak hadiah. Dia kasi brooch. Cantik sangat tapi Zmah tak pakai lagi. Sayang dan takut rosak. Hehe. Muhammad ni, selalu sneak out kelas cikgu lain, lepas tu masuk kelas yang Zmah ngajar. Dia cakap,
"Boringlah kelas tu cikgu. Mengantuk cikgu tu ajar. Kelas cikgu best sikit."
Ish budak ni. Boleh pulak dia cakap macam tu. Zmah pun apa lagi, soundlah dia.
"Mad, Mad tak boleh tau buat macam ni lagi. Tak best pun, Mad kena jugak hormat cikgu yang tengah mengajar tu. Tak baik main keluar-keluar kelas macam ni tanpa izin dia. Lepas ni jangan buat lagi tau."
Muhammad ni kadang-kadang degil sikit. Tak nak dengar nasihat orang. Setiap kali kita nasihat dia, ada je nak menjawab tapi bila cakap baik-baik, lembut jugak hati dia. Lepas tu, dia dah tak buat dah. Alhamdulillah (senyum sampai ke telinga). Jadi, dekat atas ni semua gambar-gambar kenangan yang kami snap bersama bersempena dengan Hari Guru.
Saat yang paling menyedihkan Zmah ialah bila terpaksa berpisah dengan mereka (macam nak pergi berperang je). Masa untuk Zmah mengajar pun dah tamat tempoh sebab cikgu yang Zmah ganti tu pun dah habis pantang. In addition, sem baru pun dah bukak, nak tak nak, memang kena say babailah dekat mereka semua. Sedih sangat! Mana tak sedihnya, nak tinggalkan anak-anak sedangkan anak-anak Zmah ni semua masih perlukan Zmah lagi masa tu. Zmah pasrah jelah. Zmah ingat lagi, last day Zmah, mereka ada buat surprise untuk Zmah. Unais denagn dua orang sahabat baiknya, panggil Zmah di bilik guru. Mereka ajak Zmah pergi kelas mereka. Konon-kononlah ada budak-budak buat hal masa tu. Sampai je dekat tangga tepi kelas, Unais tutup mata Zmah dengan dua-dua tangannya. Eh, apahal pulak budak ni tutup mata aku? Zmah pelik. Masuk je kelas, "SURPRISEEEE!!!!!!" Ya Allah, Zmah manangis masa tu. Seumur hidup Zmah, tulah first time orang buat surprise untuk Zmah dan apa yang lebih mengharukan ialah mereka yang buat surprise untuk Zmah ni ialah anak-anak Zmah sendiri. Hati ibu mana yang tak gembira di saat anak-anaknya ingat padanya. Sungguh terharu! Tapi, bagi membalas balik surprise mereka ni, Zmah buatlah jamuan perpisahan yang proper sikit. Ada ucapan ringkas semua. Tapi sayang. Tak semua dapat hadir, terutamanya banat. Tapi takpelah. Allah tak izinkan. Mana yang hadir tu, Zmah bersyukur sangat sebab Allah permudahkan jalan mereka untuk jumpa dengan Zmah dan lepak dengan Zmah for the last time masa tu. Alhamdulillah... mak tetap bahagia...
Pernah sekali tu, budak-budak ni ajak Zmah main bowling. Zmah pun, layan jelah. Alah, anak-anak. Beselah. Masa main dan masa makan A&W, macam-macam benda mereka ni bercerita. Bila Zmah perhatikan tingkah laku mereka ni, nampak sangat mereka semua ni perlukan someone untuk mendengar mereka. Ni pengakuan dari mereka sendiri. Sebab dekat rumah, mereka cakap parents masing-masing busy dan kadang-kadang asal balik kerja je, nak marah-marah. So, mereka jadi sunyi, jadi sedih, seorang-seorang. Lagi satu sebab kenapa mereka selesa berceloteh dengan Zmah sebab mereka kata kebanyakan cikgu-cikgu kat sekolah selalu pandang serong pada mereka. Kata mereka macam-macam. Kadang-kadang sampai menuduh, walaupun yang sebenarnya mereka tak buat pun apa yang dituduh. Kesian mereka ni. Jadi, kalau mereka tak puas hati apa-apa, mereka memang akan datang jumpa Zmah dan mengadu. Kadang-kadang mereka sms je. Mereka lagi selesa macam tu. Zmah nak buat apa sangat pun tak boleh. Just jadi pendengar yang baik dan terus bagi support dari belakang.
Tapi sekarang bila dah habis SPM, semua dah jadi lost contact. Anak-anak Zmah yang masih hubungi Zmah sampai sekarang macam Najwa, Faaiqah, Heikal, Iskandar, Muhaimin dan Usamah je. Yang lain, tak tahu apa cite. Tapi apapun, Zmah doakan agar anak-anak Zmah ni sentiasa di bawah pemeliharaan Allah dan Zmah yakin mereka akan jadi Muslim yang hebat suatu hari nanti.
"Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku pada anak-anakkun semua... "
:')
No comments:
Post a Comment