sunyi tanpa kalam bicara
seperti menunggu bulan jatuh ke riba
entahkan bila hadirnya
angin rindu datang menyapa
oh Tuhan
berdosakah aku menahan rindu di dada
kutahu rinduku ini tiada nilainya namun
saat rindu tak berbalas hati hampa
oh Tuhan
menagih cinta-Mu itu pasti
merindui Nabi-Mu itu juga pasti
tapi di sudut hati yang sempit ini
tersemat kasih padanya yang menyepi
menyepi tanpa sebarang khabar
tika aku bersendiri
ku tertanya-tanya lagi adakah diriku dilupai
hanya Engkau kunci segala persoalan
yang merajai hati
ku pergi membawa diri
jauh dari si pemerhati
mungkin dia lebih tenang tanpaku di sisi
kutahu takkan dia baca puisi ini
oleh itu kuucapkan
sampai jumpa lagi
p/s: Puisi ini dinukilkan buat mereka yang aku kasihi sepenuh hati; mereka yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati, terutamanya dia yang berada di Jordan saat ini. Kamu, bila saya nak jumpa kamu lagi? Bila kita nak pillow talk sama-sama lagi? Mak saya rindukan kamu. Kakak saya pun rindukan kamu. Cepatlah pulang. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dengan kamu. Walau saya tahu kamu tak mungkin akan baca puisi ini, tapi saya yakin Allah akan sampaikan salam rindu saya pada kamu dalam doa-doa kita. Walau apapun yang jadi, saya tetap akan menunggu kamu di sini. Tapi buat masa sekarang, saya pun mahu pergi mencari ketenangan diri. Oleh sebab itulah saya ingin ucapkan sampai jumpa lagi Tolong doakan saya ya.
:')
No comments:
Post a Comment