About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 21 January 2013

Shooting!

~Bismillah~

Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya Zmah shooting di tempat yang jauh sikit dari rumah. Alah... bukan shooting apa pun. Shooting besa-besa jaa. Shooting Zmah ni di Taman Tasik Metropolitan atau lebih femes dengan nama Taman Layang-layang. Nak pergi sana sorang-sorang, takut. So, Zmah ajaklah sahabat Zmah,  En atau nama glamornya, NC!




Kami duduk di taman ni dalam lebih kurang dua jam lebih jugaklah. Dari pukul 10.30am sampailah 1pm lebih. Lama tak? Bukan shooting semata-mata, melepak, curhat, jalan-jalan amik angin dan sebagainya. Pertama kali buat macam ni dengan sahabat.

"En, jom kita round satu tasik ni!" Excited.

"Zmah, tasik ni besar tau! Pernah sekali En pusing naik motor, lama jugaklah nak sampai."

Kecewa. 

Tapi tak apa. Jalan-jalan makan angin pun dah okay. Hari ni, cuaca tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Mendung sikit tapi tak ada tanda-tanda nak hujan. Tenang je rasa, bila diiringi oleh sang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hehe.

Mesti ada yang tertanya-tanya, Zmah ni shooting untuk apa sebenarnya? Haa, kalau nak tahu, sebenarnya tadi Zmah shooting untuk projek HIJAB CONTEST Zmah yang nak kena submit by 25th of January ni. Zmah dah tak cukup masa sebenarnya. Plannya nak buat minggu lepas lagi tapi kekangan masa dan tenaga, terpaksa delay sampai minggu ni. Alhamdulillah... ada En yang sudi menemani dan bertabah menjadi camerawoman saya! Pengalaman pertama dan sangat berharga untuk En! Bolehlah lepas ni jadi official  camerawoman untuk syarikat produksi Zmah nanti ya En! Aamiin :)

Projek HIJAB CONTEST Zmah mungkin makan masa untuk disiapkan dan Zmah akan berkerah tenaga sepanjang minggu ni untuk siapkan jugak walau apa jua cabaran yang datang. Ni namanya terlebih excited! Mula-mula rasa tak yakin. Sekejap nak buat, sekejap tak nak buat, sebab masa dah makin suntuk. Human resource pun Zmah sorang je. Tapi alhamdulillah, adanya orang yang sangat pemurah bagi pinjam dia punya tripod dan En yang sudi meluangkan masa jadi camerawoman, sikit-sikit ringankan beban kerja Zmah untuk siapkan projek ni. Apa-apapun, Zmah akan berusaha buat yang terbaik dan outcomenya Zmah serah dekat Allah je. Yang penting sekarang niat kena betul dan motif tercapai. 

In sha Allah.

Itu saja untuk hari ini. In sha Allah episod baru akan ditayangkan dalam Moshi Moshi Zimah Zaiwani nanti. Jangan lupa saksikan di YouTube ya!


En, ni kenangan kita di Taman Tasik Metropolitan! Please keep it and treasure it ya!


p/s: En, terima kasih untuk hari ini. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya, "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati." Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih jugak sebab susah-susah amikkan Quran Zmah yang tertinggal dekat tasik. Moga Allah meredhaimu.

May Allah bless. Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails