About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday 1 August 2010

Kahwin 1: Setelah lafaz itu diungkapkan...


Tanggal 30 Julai 2010, jam 9.00 malam, rombongan lelaki telah sampai ke rumah pengantin perempuan dengan selamatnya (Alhamdulillah).

Si pengantin lelaki, kacak menawan, duduk bersila di atas bantal empuk yang telah di sediakan di ruang akad nikah (betul-betul di hadapan pelamin). Muka nampak cuak, menggelabah. Riak wajahnya jelas terpampang rasa gelisah di hati, seolah-olah dirinya sedang bermonolog,

"Nervousnya nak jadi suami orang ni!"

Debaran kian kencang tatkala Tok Kadi mengungkap kata-kata,

"Isteri adalah suatu amanah bagi seorang suami dan isteri tidak boleh dikasari dari segi mental dan fizikal."

Mendengar nasihat-nasihat Tok Kadi itu, debaran kian terasa seperti jantung ingin keluar terus dari rongga mulut. Terasa berat ingin sekali ingin memikul tanggungjawab sebagai suami yang merupakan pelindung kepada si isteri rupawan.

Sedang upacara akad berlansung, si pengantin perempuan cantik jelita sedang menanti dengan penuh kesabaran di qamar yang mewangi. Senaskhah al-Quran kesayangan dibuka dengan santunnya. Dibacanya setiap ayatullah tersergam indah di helaian-helaian itu serta ditadabburnya setiap isi yang terkandung. Baginya, cukup dengan lantunan kalimah-kalimah Allah yang suci menenangkan hatinya yang juga berdebar-debar, menanti saat indah menjadi sayap kiri seorang suami.

Si adinda duduk di sisi kakandanya bagi menghilangkan rasa gemuruh di hati serta menghangatkan kedua-dua tangannya yang dirasakan begitu dingin sekali.

"You're going to be someone's wife tonight," adindanya bersuara.

"Adik, jangan buat kak uda menangis."

Namun, siapa sangka di hati si adinda sudah membengkak. Penuh dengan air mata yang semakin membanjiri. Sedih kerana malam itu bakal terjadi suatu perubahan dalam hubungan erat mereka. Ditakutinya keadaan tidak akan sama lagi seperti selalunya. Tangisannya hanya bisa didengari oleh Sang Pencipta, Kekasih abadi. Tangisan suka dan juga duka. Bahagia si adinda kakandanya berjaya bertemu dengan sang putera idaman kalbu, pilunya hati si adinda kerana terpaksa melepaskannya pergi ke dalam dakapan seorang suami sejati (Insya Allah).



Dengan penuh keyakinan, hanya dengan sekali lafaz sahaja, kedua-dua hamba Allah yang dikasihi ini berjaya diijab kabulkan dengan penuh rahmatnya. Alhamdulillah....


Semoga Allah merahmati kalian


Ketika itu, para malaikat dan para makhluk sekalian alam memohon kepada Rabb agar memberkati pernikahan pasangan ini. Semoga kebahagiaan mengiringi kakanda dan juga kakanda ipar sehingga nyawa terlerai dari jasad.











Nukilan adindamu,
Qamar Purnama.


p/s: Selamat pengantin baru! I Love U!!!

4 comments:

Ain Mardhiah said...

salam ziarah dik..

Sayu akak baca luahan kali nih. Akak pun pernah merasa benda yang sama waktu sepupu kesayangan akak menikah tiga tahun lepas. Rasa macam abang baru itu merampas pulak kan? ;p
Tapi jangan risau, kakak tetap akan menjadi kakak tak kisah dalam status apa sekalipun. Walaupun ada insan baru yang hadir, tempat kita di hati dia takkan terjejas insyallah. Kalau ikutkan pengalaman akak, lepas orang yang kita sayang kawin, lagi banyak benda yang kita boleh kongsi dan dia boleh ajarkan. Lagi jadi rapat dan best. Jadi jangan sedih2 ya.. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Insyallah kullu kheir.

salam kenal
kak ainul, jordan

zimah said...

trm ksh kak ainul.....
lately ramai kakak2 yg pujuk imah...
imah x keseorangan rupanya, kan?
Allah itu Maha Pengasih betul.....
trm ksh akak....
imah syg akak......:)

may Allah bless u

farieha said...

sape cakap imah keseorangan..imah ad akak..ade k.tiqah n ramai lagi..imah la plak yg kena jadi geng kami.. single da club..
akak sayang imah tawwwww

Ain Mardhiah said...

yup, you're not alone my dear. ^_^

sayang awak jugak~

p/s:
kak tiqah kata akak matured giler bila komen kat awk. dia suruh akak kawen cepat macam kak fathy. waaaa! T_T *tolong carikkan calon untuk kak tiqah boleh? hehe. habislah kalau dia baca.. ;p*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails