About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 22 November 2010

Ada orang sayang


[mode: Rindu dekat semua bestfriend saya... angin rindu sedang bertiup...]


Salam.

Ada sesetengah orang yang sering mengeluh. "Tak ada orang sayang aku." "Diorang selalu lupakan aku, aku je yang ingat kat diorang." "Aku ni apalah sangat. Tak ada apa yang istimewa pada aku yang boleh buatkan orang sayang aku."

Tapi, pernah tak terlintas di fikiran, terdetik di hati sebenarnya masih ada lagi orang yang sayangkan kita? Tapi, hanya kita yang tidak menyedarinya.

Siapakah mereka? Nak tahu ke?

Mereka ialah orang-orang yang selalu beri peringatan dan nasihat kepada kita di kala kita tersasar dari jalan jalan kebenaran. Mereka ialah orang-orang yang sering menyedarkan kita daripada kealpaan dan kelekaan nikmat dunia. Mereka ialah orang-orang yang sering membantu kita meningkatkan kualiti diri. Mereka ialah orang-orang yang sering mendekatkan kita dengan Rabb kita dan menjauhkan kita dari taghut. Mereka ialah saudara seIslam kita yang sering menghadiahkan kata-kata hikmah yang indah agar kita sentiasa bermuahasabah diri dan berusaha membantu kita mencapai keredhaan Allah.

Tidakkah kita berasa beruntung kerana masih ada insan seperti ini dalam hidup kita?

Betapa mereka semua terlalu, amat, sangat sayangkan kita sehingga mereka sanggup meluangkan masa mereka sedikit memberi peringatan kepada kita. Mereka begitu prihatin dengan kita dan begitu menjaga maruah diri kita agar selamat terpelihara.

Kenapa masih tidak bersyukur bila Allah anugerahkan insan-insan sebaik mereka dalam hidup kita?

Pernah tak kita terfikir di luar sana, ramai lagi yang bernasib malang. Tiada sesiapa untuk mengingatkan mereka tentang dosa, pahala, nikmat dan balasan Allah. Walaupun dari mata kita melihat mereka punya ramai teman, namun, hakikatnya hidup mereka kosong, sunyi ataupun infiniti. Kerana hati mereka tidak terisi dengan peringatan-peringatan bernilai yang kita terima setiap hari daripada mereka yang menyayangi kita.

Jadi, wajarkah kita benci, marah, meluat atau tidak suka pada orang-orang yang sering berlapang dada menasihatkan kita di kala kita melakukan kesilapan? Patutkah kita boikot mereka sedangkan mereka telah menyelamatkan kita dari bahana api neraka dan lebih merapatkan kita dengan Ilahi?

Tak patut bukan?
Itulah apa yang saya rasa.

Sebelum saya berhenti menulis, saya nak pinjam kata-kata pengunjung blog saya,

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya..sungguh beruntung orang yang mensucikannya(jiwa itu) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." (Asy-Syams:8-10)

"Nabi s.a.w pesan,peliharalah orang yg lemah antara kamu..."

[Terima kasih En/Puan Anony atas perkongsian bermakna ni. Semoga Allah memberkati.]




p/s: Saya sayang kakak saya. Dia selalu tegur saya bila saya buat silap. Semoga Allah memberkatinya selalu.


=))

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails