About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 29 November 2010

Nakal




Salam.

Lagi beberapa hari nak masuk UIA balik. Memulakan semester yang baru. Tak sabar rasanya sebab saya sudah letakkan azam yang baru dalam diri. Dah tak nak malas-malas belajar lagi, nak belajar betul-betul. Tak nak ponteng kelas lagi, nak tumpukan sepenuhnya pada pelajaran dan tak lupa juga untuk terus aktif berpersatuan. Oh, lagi satu. Nak aktif bersukan jugak. Dah lama rasanya tak jamu jasad ni dengan senaman-senaman yang menyihatkan.

Tiba-tiba pulak terimbas kenangan masa sekolah dulu.
Tajuk entry kali ni ialah "Nakal." Siapa yang nakal agaknya? Mestilah saya.

Mesti semua orang ingat saya ni pelajar yang baik masa sekolah dulu.
Maklumlah, Hazimah ni memang terkenal dengan sifat pendiamnya. Tapi, diam-diam ubi berisi jugak tau.
Biasalah. Semua orang ada kenakalan masing-masing masa zaman sekolah dulu.
Saya juga tak terkecuali.

Tapi nakal saya ni taklah sampai melanggar peraturan sekolah atau melawan cakap guru-guru dan para pengawas yang berwibawa. Apa-apa pun saya masih lagi hormatkan diorang. Cuma, macam saya cakap tadi, selagi namanya murid sekolah, mesti ada jugak nakalnya sikit. Tapi, kenakalan saya ni terserlah masa saya tingkatan satu dan dua saja. Mula dari tingkatan tiga sampai lima, baru jadi baik balik.
Lebih serius belajarlah senang cerita.

Kat mana nakalnya saya masa sekolah dulu?
Mari saya ceritakan secara ringkas.

Tapi sebelum tu, saya nak ajak kalian kenal dulu siapa Wan Hazimah masa zaman persekolahannya.
Seorang gadis yang sangat pendiam, tidak pandai beramah mesra dengan orang (tak friendly langsung),
takut bercakap dengan murid lelaki, tak ramai kawan dan lebih suka buat hal sendiri.
Adalah sikit testimony daripada kawan-kawan rapat tentang Hazimah ni. Antaranya ada yang cakap Hazimah ni rajin belajar dan amanah. Guru-guru pula ada yang beri komen. Diorang kata Hazimah ni seorang murid yang dengar cakap guru dan hormat guru masa tengah belajar.

Tapi, meh saya ceritaka sekali lalu tentang kenakalan saya pulak.

Dulu, saya suka ejek orang.
Saya ingat lagi. Saya dengan kawan-kawan rapat saya, A, selalu ejek seorang kawan kami ni.
Nak tahu ejek apa? Kami suka sangat ejek cara dia berjalan, dengan cara meniru gaya dia berjalan sebab masa tu bagi kami gaya dia berjalan sangatlah kelakar.
Lepas tu, kami gelak sama-sama. Untung saja ada kawan kami yang prihatin, tegur kelakuan kami yang kurang sopan ni. Kesian kawan saya tu.
Lepas dah kena tegur, terus saya dengan A berhenti ejek dia dan kami berkawan dengan dia macam kami kawan dengan murid-murid lain jugak.

Kenakalan kedua, memanglah untuk setengah subjek, saya beri tumpuan dalam kelas.
Kira macam hormatlah sangat guru yang tengah mengajar kat depan, tapi saya buat macam tu
hanya untuk subjek yang saya suka je. Contohnya, Bahasa Inggeris dan Geografi.
Tapi kalau untuk subjek-subjek lain, memang hipokrit betul Hazimah ni.
Kelakar bila terkenangkan balik.

Saya dengan kawan-kawan rapat saya dalam kelas, A, C, H dan T siap buat bulatan lagi
(alah, macam group usrah tu), lepas tu dok lah bercerita cerita-cerita hantu.
Yang paling saya ingat, masa subjek KHB dan Sejarah.
Masa subjek Sejarah, saya bersemangat bercerita kisah hantu dengan kawan-kawan.
Tanpa saya sedar guru saya pun senyap-senyap menyelit sebelah saya mendengar cerita saya.
Saya pandang sebelah, tengok-tengok dia ada kat situ. Kawan-kawan saya semua diam je.
Malu betul saya masa tu!

Masa subjek KHB pulak, masa dalam bengkel, saya, A, C, H dan AF tak bawak kerja kayu kami.
Orang lain semua sibuk menyiapkan kerja kayu diorang, kami ni dok sibuk dengar cerita hantu AF pulak.
Sekali, apa lagi, kenalah pulak tegur dengan guru kami. Guru KHB kami garang, tapi saya pandai bagi alasan yang kerja saya dah siap cuma tertinggal kat rumah, dia pun buat-buat faham jelah.
Lagi satu. Subjek ICT. Pun saya tak hormat guru yang ajar kat depan.
Guru saya punyalah penat menekan suara ajar kami, saya dengan A boleh pulak main game dekat komputer,
memandangkan kami duduk di tempat paling belakang. Jadi, segala kegiatan kami kat belakang tu,
cikgu tak tahu. Nakal kan?

Rasanya tu je kot kenakalan saya masa sekolah dulu yang saya ingat.
Tapi sekarang sedikit sebanyak kenakalan tu dah tak ada. Tapi bila satangnya stress,
tiba-tiba kenakalan tu aktif balik dalam diri.

Sekian.

2 comments:

fathiyyah said...

haha. tkleh lawan i la.
u dulumana de cubaan untuk lari dari rumah dan cubaan mengugut penolong ketua pelajar sebab dengki :D

zimah said...

hahahahaha.....
tp i suka gile ejek2 org dl.....
sian org2 yg jd mangsa ejekan i.....
tp u mmg bdk nakal terhebatlah....
mmg pun i xdpt nk lwn.. hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails