About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 23 November 2010

Sayang adik


 
[mode: tengah sedih ni...btw, dah takde gambar lain. Tiba2 pak cik kat tengah tu sesat. haha]


Salam.


Saya ada adik. Dua orang saja dan kedua-duanya lelaki. Seorang namanya Hafiz dan seorang lagi Zaim. Hafiz merupakan rakan sepermainan saya masa saya kecil. Zaim pulak rakan gaduh saya masa besar niha.

Dalam dunia ni, saya cuma ada mereka sebagai adik-adik saya. Saya sangat sayangkan mereka. Yelah, semua kakak dan abang saya dah berumah tangga. Jadi, dengan siapa saya nak bermanja lagi kalau bukan dengan mereka yang masih bujang ni.

Cerita tentang Hafiz. Hafiz ni, dia memang adik yang baik. Dia memanglah nakal sikit, tapi alah biasalah nakal budak-budak. Sebenarnya memang dari kecil dia nakal dan dia memang tak reti duduk diam. Asyik nak keluar je. Tapi kami sekeluarga tak pernah larang dia main kat luar sebab mungkin kat luar tu sumber dia cari ketenangan dan kebahagiaan. Sebab bila ada di rumah, dia nampak sunyi dan sendirian. Maklum sajalah, dia memang penyegan kalau dengan family. Tapi ada baiknya juga dia main dengan kawa-kawan kat luar. Biar independent sikit.

Ok, sambung yang tadi. Nakal-nakal Hafiz pun, ada something dalam diri dia yang buat hati saya benar-benar tersentuh. Dia macam gula-gula agar-agar (alah, yang colorful dan manis-manis tu). Nampak je keras kat luar tapi di dalamnya dia sangat lembut. Dia suka budak. Dia suka main dengan budak-budak. Budak pun suka main dengan dia. Dia pun penyayang orangnya. Dia tak pernah bunuh binatang. Tapi kalau nak kata dia tak bunuh nyamuk yang tengah sedap hisap darah dia tu melampaulah kan. Binatang yang paling dia suka kucing. Dulu mak penah cakap, masa pagi-pagi buta dia bangun terus turun bawah bukak Astro channel Animal Planet. Comel kan?

Kadang-kadang dia baran, tapi ada jugak masanya dia lembut. Tapi kalau kesabaran dia dah sampai klimaks, baran dia, apa lagi, pecah berderailah. Boleh pecah semua tingkap dalam rumah ni. Tapi satu jelah yang saya salute sangat dengan adik saya sorang ni. Apa je yang kami masak untuk dia kat dapur, dia mesti makan. Tak pernah dia merungut, makanan tak sedaplah, cincailah, apalah. Dia makan je. Dan yang lebih mengharukan lagi bila dia cakap dekat mak, "Mak masaklah untuk Hafiz. Hafiz suka masakan mak. Tak nak makan kat luar. Bukannya sedap pun." Baikkan Hafiz? Sejuk hati mak dipuji anak macam ni. Senang cerita, dia memang sangat menghargai orang masak untuk dia, walaupun dia susah nak cakap terima kasih, tapi bila tengok dia berselera makan, tu pun dah menunjukkan yang dia sedang berterima kasih secara tak langsung.

Adik saya lagi sorang? Haii, macam mana pulak nak cerita yang sekor ni? (mulut memang tak ada insuran Hazimah ni!) Bukan apa. Adik saya yang Zaim ni pulak, kan saya cakap tadi dia ni rakan gaduh saya sekarang. Ada je idea nak sakitkan hati saya. Dipendekkan ceritanya dia memang tak boleh tengok saya senang. Bila saya dah berang gila dengan telatah dia tu, dia cakap sambil gelak macam orang baru menang RM 1000 000 dalam Who Wants to Be A Millionaire je. "Zaim suka buat Kak Chik. Suka kacau Kak Chik." Geram gila saya masa tu!

Dia ni pulak kontralah pulak dengan abang dia. Bak kata mak, dia ni sangatlah pulak homely, mengalahkan anak dara. Kakak-kakak dan abang-abang dia punyalah kuat berjalan, dia boleh nak terperuk je dalam rumah. Mak pernah cakap, memang susah nak bawak si Zaim ni jalan-jalan. Nanti baru 10 minit sampai kat tempat tu, dah merengek. "Mak, penatlah mak! Nak balik!" Memang bengkeklah masa tu.

Tapi kuat-kuat merengek pun, Zaim ni memang Pak Su yang baik. Anak-anak buah dia suka gila main dengan dia. Ada satu game tu diorang main, nama dia game jatuh-jatuh. Alah, senang je game ni. Zaim pikul sorang-sorang (ikut turnlah) kat belakang dia, lepas tu dia jatukan sorang-sorang atas katil saya. Anak-anak buah dia suka gila. Berebut-rebut nak dikendong.

Lagi satu. Zaim ni dia manja sikit dengan Kak Chik dia. Sampaikan Kak Uda dia jealous. Apalah, Kak Uda pun satu. Dengan adik sendiri pun nak jealous. Entah apa-apa entah (gelak kuat-kuat). Pernah sekali tu, kami tinggal berdua kat rumah. Mak keje, ayah pulak keluar tapi balik lambat. Kebetulan pulak hujan lebat masa tu. Zaim tengah terliur-liur tidur atas katil empuk saya. Saya pulak bersengkang mata mengadap Asou niha. Tiba-tiba dia mengigau. Tersedar dari tidur tu, dia bangun, terus dia datang dekat saya. Dia peluk pinggang saya. Saya terkesima lah kejap. Apahal budak ni, dok pegang-pegang pinggang aku. Lepas tu dia cakap, "Kak Chik, jangan tinggalkan Zaim." Maik erat pulak pelukan dia masa tu. Saya pun cakaplah, "Taklah. Akak tak tinggalkan Zaim lah. Dah-dah, gi tidur tu." Dia pun sambunglah tidur balik. Sweetlah pulak adik saya sorang ni, bermanja-manjaan dengan saya.

Kalau saya jarang balik rumah, lebih suka stay UIA, mak kata Zaim selalu tanya, "Mak, bila Kak Chik nak balik?" Tapi bila saya balik, haa siaplah untuk dibuli si Zaim. Hari tu, masa saya balik, mulalah idea baru datang kat dia nak buli saya. Bila saya cakap, "Akak tak nak balik dah!" Tiba-tiba kena tegur pulak dengan mak, "Adik ni, tak baik cakap macam tu. Adik tahu tak, bila adik tak ada kat rumah, Zaim senyap je. Masa jumpa adik  nilah baru dia banyak cakap. Baru dia happy." Lepas tu, Zaim tersengih-sengih macam lala busuk. Saya apa lagi, terkesima lah kejap. Sayang jugak kat kakak awak sorang ni ya.

Kesimpulannya adalah, mereka ini adik-adik saya. Dalam dunia ni, tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat mereka di hati saya sebagai adik-adik yang sangat saya cintai.

Saya berdoa semoga redha dan kasih sayang Allah kepada mereka lebih besar daripada kasih sayang saya kepada mereka.

Sekian.

3 comments:

fathiyyah said...

comel gila.
kem salam hafiz!!!!!!

zaim kan sayang u lebih kan. so kasi la can kat i utk sayang hafiz :D

zimah said...

yikes!

banat^^ 3 as-suyuthi 2010 said...

lawak r cekgu!!
haha .. nice post! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails