About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 14 November 2010

Macam-macam


[mode: Hazimah tengah demam sekarang. Semoga cepat sembuh]


Salam.

Alhamdulillah, sudah selesai menduduki peperiksaan final untuk semester 1 sesi 2010/2011. Kini sedang berada di rumah dan mengupdate blog dalam keadaan 'suhu badan sedang meningkat' (faham-faham jelah. hehe). Penat, segalanya penat. Otak penat, badan penat, mata penat, tapi nak buat macam mana lagi kalau 'menulis' ni dah jadi suatu ketagihan. Tangan memang tak henti-henti dari terus menekan setiap punat dalam Asou kesayanganku ni. Mesti orang tanya, "Exam hari tu macam mana?"Saya pula akan menjawab, "Entahlah. Saya dah buat yang terbaik dan saya tawakkal semuanya pada Allah." Yang penting adalah usaha. Result, tolak tepi dulu ya.

Aktiviti sepanjang musim cuti? Hmm... entahlah. Tapi kalau nak diikutkan saya dah buat plan untuk isi kelapangan masa cuti ni, sementara nak tunggu masuknya semseter baru. Banyak sangat yang saya nak buat. Antaranya? Ok. Masa cuti nilah saya nak guna sepenuhnya untuk kerja-kerja menulis dan membaca saya. Target saya adalah nak sambung penulisan 'novel online' saya, "Semanis Kurma Cinta" sehingga 20 bab. Lain-lain, saya terfikir nak buat sebuah 'buku skrap.' Tentang apa? Buku skrap itu akan saya masukkan sebuah cerita tentang persahabatan. Mesti awak tanya lagi. Persahabatan antara siapa dengan siapa? Mestilah kisah dalam buku tu kisah saya. Kisah saya dan seorang sahabat saya. Kenapa saya buat buku skrap tu? Nak tahu? Sebabnya kisah persahabatan kami rasanya sudah kian hampir sampai ke penghujungnya atau boleh je kalau saya nak cakap kisah persahabatn kami sudah pun tiba ke panamatannya. Dan saya ingin semadikan kisah kami ini ke dalam sebuah buku yang sarat dengan puisi-puisi indah.

Itu kalau menulis. Aktiviti saya yang seterusnya, membaca! Target saya untuk cuti ni saya nak habiskan tiga buah novel yang saya baru beli. "Kala Cinta & Wahyu Bersatu," "Lafazkan Kalimah Cintamu," dan sebuah novel bahasa Inggeris, "After You." Makluman ya, saya baca novel-novel ini bukan sekadar suka-suka nak tahu apa cerita-cerita menarik yang terbaru, tapi ni juga merupakan salah satu daripada pembelajaran penulisan novel saya. Sebab, Pak Cik Habiburrahman el Shirazy pernah pesan, "Perinsip saya ialah seorang penulis mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Jika seorang penulis lebih banyak menulis daripada membaca, maka itulah saat-saat bankrap seorang penulis." Jadi, saya pun naklah berpegang pada prinsip seorang penulis terkemuka Indonesia ini. Banyak lagi membaca daripada menulis!

Tapikan, ada seuatu yang memusykilkan saya. Beberapa hari yang lepas, saya ditegur oleh Madam Mumtazah, (pensyarah Grammar saya semasa di CFS, Nilai) di Facebook. Dia bertanya khabar saya. Kemudian dia menghantar satu mesej ke dalam inbox FB saya dan saya membalasnya. Tapi madam masih belum balas mesej saya lagi.




Saya terfikir, seronok jugak kalau kerja. Tapi masalahnya nak keje dalam masa sebulan? Sempat ke? Macam mana pulak dengan plan masa cuti saya ni? Nampaknya saya kena tunggu mesej dari madam dulu dan pertimbangkan tawaran madam.


Nota kaki:
Ada orang rindu kat kita. Siapa lagi kalau bukan anak-anak murid saya tu!

[Berbalas mesej dengan Usamah, 3 as-Suyuthi]

<Saya>
Yang lain-lain macam mana? Sehat ke diorang?

<Usamah>
Alhamdulillah, semua sehat je :) Cikgu nak tau tak! Ramai rindu kat cikgu. Termasuk saya jugak! :)

<Saya>
Yeke? Buktinya?

<Usamah>
Bukti? Almost every week diorang tanya pasal cikgu. Cikgu sehat ke tak, cikgu apa cite sekarang, bila cikgu free. Yang tu jela yang saya dengar dari diorang.

[Saya semyum sampai hujung telinga. Hati berbisik, "cikgu pun rindu giler kat korang!]


p/s: Saya tengah demam. Dengar-dengar cerita orang di sana pun tengah demam jugak. Betulkah? Sama-samalah kita demam rindu ya! Aitakute, neechan!


Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails