About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 14 November 2010

Cinta Dua Benua



Kita dipertemukan
Di bawah satu langit yang sama
Engkau di sana, empat musim indah bertandang
Aku di sini, dua musim bersilih ganti.

Siang dan malam
Namamu terukir di setiap penjuru hatiku
Wajahmu terpampang di mana sahaja
Saat kuterkenangkan dirimu.

YM, Skype, Facebook dan Blog
Penghubung mengurangkan rasa rindu di hati
Namun, doa merupakan
Penghubung utama hati-hati kita
Jambatan hati terbina kerana ikatan ukhuwah yang tulus suci.

Atas nama-Nya, kita berkasih
Walau tidak pernah bersua, namun
Kurasakan dirimu sangat dekat denganku
Kau insan istimewa yang dititip Tuhan
Menjadi tempat untukku memadu kasih
Kau ibarat bidadari yang sering menemaniku
Di kala aku suka dan duka.

Semoga Allah memberkati ukhuwah antara kita

Dan ingatlah,
Cinta dua benua yang kita bina ini
Akan kekal hingga ke syurga.




Nota: 

Puisi ini saya nukilkan khas buat insan bernama Farieha Md Nor @ Faryha Lala yang kini berada di bumi perjuangannya, di bumi empat musim, New Zealand. Seperti yang dijanjikan, akhirnya dapat juga kunukilkan sebuah puisi ringkas untuknya seperti mana yang dihajatinya selama ini. Maaf, bukan hati ini tidak mahu, cuma terlalu banyak kekangan dan halangan yang terpaksa dilalui sejak akhir-akhir ini. Saya tidak mahu cakap yang pelajaran menghalang saya daripada melakukan banyak perkara, cuma prioriti perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya.  

Siapakah dia? Bagaimana kami dipertemukan? Bagaimana bisa wujud kasih sayang antara kami berdua sedangkan kami tidak pernah bertemu secara langsung? Itulah persoalannya.

Kak Ieha merupakan salah seorang sahabat baik kakandaku, Kak Uda, semenjak di KISAS. Namun, siapa jangka kami kenal melalui blog saja dan Skype serta Facebook adalah alat penguhung kami yang utama tatkala kami ingin melepaskan rasa rindu yang sudah agak lama dipendam. Adakalanya, Kak Ieha akan menghantar SMS yang berupa kata-kata semangat di saat-saat saya sedang begitu tertekan menghadapi ujian hidup. Di saat saya sedih akan sesuatu hal, dia sentiasa bersama saya; memujuk dan mengurangkan lelehan air mata walaupun pada hakikatnya dia tidak bersama saya, berdiri dan duduk di sebelah saya. Namun, siapa yang mampu menjangka kuasa Ilahi. Jambatan hati yang kuat terbina antara kami yang telah menyatukan kami berdua. Itulah Allah yang Maha Hebat. Dia bisa mencampakkan rasa cinta itu ke dalam hati mana-mana hamba yang Dia sukai sekiranya itu yang Dia inginkan.

Saya amat bersyukur kerana Dia telah pertemukan kami berdua di bawah rahmat-Nya.

Puisi ini, khas untuk KAKAK!

p/s: Tak sabar nak jumpa Kak Ieha Disember ni! Cepat-cepatlah balik! Aku ingin mendakapmu erat!


Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails