About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 19 November 2010

Kerana 19 November




SEBUAH SAJAK


Kerana 19 November
Seorang insan bergelar ibu
Bertarung nyawa demi melahirkan
Seorang insan kerdil
Lahirnya insan ini siapa sangka
Bisakah mungkin merubah dunia
Gelapnya dunia si ibu kinikan cerah kembali
Suramnya dunia si ibu kini berbunga bahagia
Menyambut insan baru dalam hidupnya

Kerana 19 November
Tangisan nyaring si kecil
Mula kedengaran di setiap penjuru
Si kakak yang masih menagih manja
Dari kedua orang tua
Menyedari bahawa dia perlu memadu kasih
Bersama insan bergelar adik
Namun takdir Tuhan dituruti
Dengan hati berbunga
Menyambut kehadiran insan suci
Sesuci hamparan kain putih
Yang menambahkan seri hidupnya

Kerana 19 November
Perjalanannya sebagai khalifah
Kini bermula
Memikul bebanan tanggungjawab
Mentadbir dunia
Bukan tugasan biasa
Namun ia tidak terasa
Ketika si kecil baru ingin mengenal dunia
Akan tetapi dia mengetahui
Hari-hari mendatang
Akan merubah hidupnya buat selamanya

Kerana 19 November
Liku-liku kehidupan mula direntasi
Kesabaran, ketabahan dan kecekalan
Bekalan utama mengharungi dugaan hidup
Kekuatan dari Ilahi
Menyahkan segala toksik kejahatan
Yang bisa melemahkan
Yang bisa menjatuhkan

Kerana 19 November
Tiga nikmat utama
Tiga hadiah istimewa
Diterima Tuhan sehingga hari ini
Nyawa, masa dan Islam
Hadiah Ilahi yang diterima setiap kali
Sampainya ulang tahun kelahiran
Tiada lain yang mampu
Menandingi 'harga' hadiah-hadiah ini
Tuhan Maha Adil lagi Maha Penyayang
Manusia jarang memberi hadiah
Malah leka dari memberi ucapan
Tetapi Dia, sahabat baik yang pertama
Menggembirakan hati di hari istimewa

Kerana 19 November
Udaranya masih dihirup
Nyawanya masih bersemadi
Dalam jasad kecil ini
Kasih sayang manusia anugerah dari-Nya
Juga masih dinikmati sepenuhnya
Suka duka kehidupan
Diharungi dengan segala kekuatan
Walau kadang putus asa sering menjengah
Namun keteguhan hati mampu melawan

Kerana 19 November
Kini aku bergelar insan
Bukan insan biasa di mata-mata manusia
Tapi insan bergelar Muslim
Yang membawa panji-panji Islam
Mengimarahkan dunia dengan kalimah
La ilaha illallah!

Kerana 19 November
Ku ingin lalui hidup ini 
Bukan dengan daun-daun kering kedukaan
Tapi dengan bunga-bunga indah kebahagiaan
Bersama insan-insan
Yang masih menyayangi dan mencintai 
Diri yang masih kerdil ini
Selagi jantung mengepam darah ke pembuluhnya
Selagi paru-paru mengepam oksigen
Selagi hidung mengirup udara
Selagi semua deria terusmengikut sunnah-Nya
Aku akan tetap utuh berdiri
Menjujung nama Ilahi
Kerana roh yang ditiup ke dalam jasad
Tidakkan kuberhenti dari perjuangan 
Yang telah ditakdirkan ini

Kerana 19 November
Tarikh keramat yang akan diingati
Insan kerdil bernama Wan Hazimah
Segala memori akan tercoret kembali
Kerana 19 November ini
Adalah kelahiran indahku

Terima kasih, ya Allah.


p/s: Aku masih menunggu ucapan istimewa darinya, Bulan Hatiku.  Namun, sehingga kini hasilnya menghampakan sekali. Adakah kekecewaan yang akan terus mengiringi air mata yang tiada henti bercucuran di hati ini? Adakah luka yang akan terus mengisi hidup yang tiada bunga serinya lagi ini? Adakah akukan terus menunggu dalam penantian tanpa noktah ini? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails