Salam.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,
"Dan Allah itu bersama mereka yang bersabar."
(al-Baqarah:249)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
"Mahukah kalian mendengar saya terangkan perkara
yang menambahkan kemuliaan dan meninggikan martabat?"
Sahabat-sahabat baginda menjawab, "Mahu ya Rasulullah."
Baginda bersabda, "Yang menaikkan martabat ialah anda bersifat sabar terhadap
orang yang memperlakukan anda sebagai orang bodoh,
anda memaafkan orang yang menzalimi anda,
memberi kepada orang yang tidak sudi memberi apa-aoa kepada anda,
menyambung silaturrahim dengan
orang yang tidak sudi mempunyai hubungan dengan anda."
(Riwayat at-Tabrani)
Oleh itu, mari kita sama-sama belajar:
1) bersabar terhadap mereka yang tidak berapa pandai menghargai diri kita seadanya
2) bersedia memaafkan kesalahan orang lain bila-bila masa mereka buat silap pada kita,
sama ada kecil mahupun besar kesilapan itu
3) panjang tanganlah dalam memberi kepada mereka yang keras hati
tidak mahu menerima hadiah daripada kita
4) berukhuwwah dengan mereka yang tidak mahu langsung bersahabat dengan orang seperti kita.
Tunggu apa lagi? Mari kita mulakan sekarang!
Ganbatte, minna!
Wallahua'lam.
1 comment:
bersabar. sebab kakak dh lama tk hanta msg :D
Post a Comment