About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 17 February 2013

Bicara Hati

Assalamualaikum w.b.t buat dirimu si pencuri hati yang selalu kurindui,

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menunggu-Mu, Maha Pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. 

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa, maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepada-Nya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepada-Nya, memberikan segala jiwa kepada-Nya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buat-Nya akan kekal abadi.

[Sumber: Novel Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha, Taufiqurrahman al-Azizy]  



Bicara hatinya

"Berpijaklah di bumi yang nyata. Insan baik seperti dia pasti sudah punya seseorang yang istimewa di hatinya." 

Begitulah kata-kata ibu yang sering kedengaran di rongga telingaku, setiap kali aku memikirkan insan itu. Ya, benar kata ibu. Dia insan baik menjadi rebutan ribuan srikandi. Tapi ibu, apakah aku tidak layak menjadi salah seorang daripada mereka yang merebut cintanya?

Tapi, ibu benar dari setiap sudut. Sampai bila aku ingin berada di alam fantasiku tidak pulang-pulang? Sampai bila aku ingin terus mengejar bayang-bayangnya yang tidak mungkin akan dapat kutangkap? Sampai bila aku ingin mengisi hati ini dengan namanya, si dia yang masih belum cukup mengenali diri ini? Sampai bila aku ingin berharap kepada sebuah angan-angan yang belum tentu kan menjadi kenyataan? Sampai bila aku ingin terus memanggil-manggil namanya dalam tidur dan jagaku? Sampai bila aku ingin terus menantikan sebuah jawapan yang tidak akan kudengar dari mulutnya sendiri? 

Aku juga tidak tahu, ibu. Aku runsing. Jujur, dalam hatiku masih ada sebuah pengharapan yang terlalu tinggi, yang telah kutanamkan sejak pertama kali aku mengenali dirinya. Tapi pengharapan ini kuletakkan hanya pada Ilahi kerana Dialah yang Maha Menentukan segalanya. 

Ibu, tidak terlintas sedikit pun di hati ini untuk menyakiti hati orang yang mengharapkan aku menjadi suri dalam hidupnya. Kerana aku juga tahu bahawa dia insan yang baik dan mulia. Dia punya keistimewaannya sendiri. Tapi, jika aku terlalu memikirkan perasaan orang lain terhadapku, bagaimana pula dengan hatiku, ibu? Dan tidakkah suatu hari nanti aku pula yang akan menyakiti insan itu? Sungguh, aku  tidak ingin hal seperti itu terjadi kerana kufikir itu tidak adil baginya. Dia berhak mendapatkan yang lebih baik dariku. Dalam hal ini, daripada hati orang tersakiti kerana diriku yang dhaif ini, aku lebih rela hatiku menjadi taruhannya.

Namun, mengapa hatiku gundah-gulana seperti ini? Adakah benar katamu ibu, bahawa ini hanya bisikan syaitan yang tidak pernah duduk diam ingin melihat aku kecundang semula dalam lautan perasaan yang pernah nyaris kulemas di dalamnya dulu?

Ibu, apa yang harus kulakukan? Terus menanti atau melepaskan ia pergi? Jika aku perlu melepaskannya, aku sangsi, apakah aku sudah bersedia untuk melakukan itu.

Ya Allah, aku butuhkan kekuatan.

Nota 1:  Naskhah cinta di atas ku sengaja petik daripada novel "Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha" kerana bait-bait kata dalam naskhah ini begitu indah dan benar-benar memantulkan apa yang terpendam di dasar hatiku. Dengan itu, secara tidak langsung, naskhah ini kukirimkan buat 'dia' yang sering menggegarkan jantungku mengalirkan darah ke seluruh jasadku dan memenuhi kolam mataku tiap kali namanya sampai ke otakku.


Nota 2: Dah lama sebenarnya nak post entri ni tapi kali ni, baru ada kekuatan untuk berbuat demikian.

Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails