~Bismillah~
hati
bolehkah ia dipaksa-paksa
untuk menerima
kehadiran insan lain
yang tak begitu diharapkan
sepenuhnya
hati
bolehkah ia dipaksa-paksa
untuk berkata ya
pada sebuah pengakuan
bolehkah ia dipaksa-paksa
untuk berkata tidak
pada sebuah kenyataan
takdir
bolehkah ia dinafikan
bolehkah ia didustakan
sungguh ia sebuah kebenaran
yang dititipkan Tuhan
demi kebaikan seseorang insan
hati
masih bolehkah ia dipaksa-paksakan lagi
tak mahu menjadi racun
yang cuba membunuh tuannya perlahan-lahan
tak juga mahu menjadi pedang
yang cuba memenggal musuh dengan lagaknya
tapi hanya mahu ia menjadi
sekeping hati suci
yang bisa redha dengan apa saja pemberian Tuhan
dengan penuh keikhlasan
namun, satu yang dipohon
hati ini
tolonglah-jangan ia dipaksa-paksakan lagi
tinggalkan ia sendiri
sebab ia tersangatlah letih-tak berdaya lagi
suatu hari ia kembali pulih
ia akan datang menemui
dengan sendirinya
No comments:
Post a Comment