~Bismillah~
"Zimah, boleh tak anti temankan ana pergi salon dan beli barang-barang nikah sikit?"
"Boleh, insya-Allah."
Itulah Farrah Nadia. Sahabat Zmah. Kawan-kawan Al-Amin memanggilnya Farrah. Kawan-kawan UIA pula memanggilnya Nadia. Dulunya, semasa di bangku sekolah menengah, kami memang tak rapat. Bertegur sapa pun jarang-jarang. Sebabnya, masing-masing punya best friend sendirilah katakan. Tak pandang dah orang lain (ketawa). Tapi taklah bermaksud kami tak berkawan langsung. Tapi, sejak kami meneruskan perjuangan di peringkat universiti ni, barulah kami saling mengenali antara satu sama lain dan cuba untuk memahami di samping menerima setiap kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.
Sedikit imbasan memori tentang kisah Zmah dan Farrah sebelum saya bercerita tentang peristiwa pada hari pernikahannya.
Bayangkan, daripada rasa tak suka, boleh jadi sayang. Tulah orang kata, bila kita sayangkan sesuatu, jangan terlalu sayang. Ditakuti ianya akan berubah menjadi sesuatu yang kita benci. Dan jangan pula terlalu bencikan sesuatu, kerana kita pasti akan bisa menyayanginya. Dalam kes Zmah dengan Farrah, ya, dulu Zmah pernah tidak suka padanya. Sebab apa? Sebab Zmah geram. Zmah geram padanya yang tidak mahu berkawan rapat dengan Zmah. (lawak tak?)
"Farrah, ana nak tanya sikit boleh?" Kami berdua sedang menunggu ketibaan parent masing-masing datang menjemput di sekolah. Masa tu, kami duduk di pondok depan.
"Tanyalah," jawab Nadia bersahaja.
"Anti kan, memang jenis yang ada seorang je kawan baik ke atau tak kisah ramai kawan baik?" Masa tu, Zmah baru beberapa hari kenal Farrah, tapi hati Zmah memang dah tertarik padanya. Terus buatkan Zmah nak jadi salah seorang daripada best friendnya. Tapi, sedih hati Zmah bila Farrah berikan jawapan sebegini.
"Ha'ah. Ana kalau berkawan, memang ada satu saja kawan baik..." dan Zmah tahu siapa orang yang dia maksudkan tu.
Zmah frust menonggeng bila dengar dia cakap macam tu. Sedih tak terkata. Betapa Zmah rasa yang Zmah ni tak ada tempatlah di hatinya. Sangatlah tak layak untuk jadi sahabat dia.
Tapi, tu semua dulu punya cerita. Sekarang, dah tak sama macam dulu.
UIAMlah yang membuatkan kami rapat. Sebelum nikah, kami selalu bertemu sejak dari di CFS, Nilai lagi. Makan bersama, solat berjemaah bersama, lepak di bilik saya bersama, pergi library bersama. Banyak perkara yang kami lakukan bersama. Susah senang kami sama-sama. Mungkin orang jarang nampak, tapi itulah hakikatnya.
Sehinggalah Zmah masuk main campus, keadaan sedikit berubah. Zmah dan Farrah jarang bertemu. Masing-masing sibuk dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti ko-ku. Tak ada masa sangat nak hang out, lepak, minum, keluarg outing apatah lagi. Tapi kami tak pernah miss untuk saling menghubungi dan bertanya khabar dan perkembangan diri. Alhamdulillah, ukhuwah kami malah bertambah erat walau jarang bersua muka.
Tapi, bila ada saja masa untuk kami bertemu, kami akan manfaatkan masa itu sebaik-baiknya bersama-sama. Farrah sangat suka curhat dekat Zmah. Tentang dirinya, masalahnya dan macam-macamlah. Boleh nak katakan Zmah sendiri banyak belajar daripada pengalaman hidupnya tu. Berbanding Farrah, Zmah ni lebih banyak mendengar. Sampaikan satu masa Farrah merungut.
"Alah Imah ni. Asyik ana je cerita pasal ana. Ana pun nak jugak tahu cerita anti. Perkembangan diri anti..."
Zmah hanya mampu tersenyum. Sebab bila Zmah duduk dengan sahabat Zmah, jika masa tu dia betul-betul memerlukan Zmah untuk mendengar segala luahan hatinya, Zmah akan jadi pendengar yang setia. Jarang Zmah buka mulut ketika lidahnya sedang berbicara melainkan jika dia benar-benar memerlukan nasihat atau pendapat Zmah berkenaan masalahnya.
Hal ni berterusan hinggalah sampai satu masa Farrah memberitahu Zmah bahawa dia dan Umar akan bernikah. Allah saja yang tahu betapa bahagianya Zmah. Tak sangka, doa Zmah didengari Allah. Zmah sering berdoa kepada Allah; jika Umar memang benar-benar diciptakan Allah untuk Farrah, Zmah mohon agar Allah permudahkan jalan untuk mereka bersama. Jika tidak, maka jauhkanlah hati Farrah daripada mengharungi kesedihan dalam hidupnya lagi. Sebab Zmah dah tak sanggup nak tengok dia bersedih atas apa yang berlaku padanya selama ni walau Zmah tahu hakikat setiap ujian yang Farrah tempuhi adalah bukti kecintaan Allah pada dirinya.
Zmah membantunya semampu mungkin membuat persiapan pertunangan mereka. Farrah minta Zmah menjadi juruandamnya. Walaupun Zmah ni taklah pandai sangat bab-bab make-upkan orang ni. Dia pun minta Zmah iring dia untuk turun ke bawah. Atas dasar cintakan sahabat, Zmah terima dengan rela hati. Zmah suka sebab Farrah betul-betul perlukan Zmah dan Zmah terasa diri Zmah ni sangat sangat dihargai.
Sebagai sahabat, seboleh-bolehnya saya ingin memberikan khidmat yang terbaik buat sahabat Zmah. Even hingga kini, Zmah masih terasa yang Zmah berikan banyak sumbangan pada hari bahagianya. Tapi, hanya sumbangan tenaga sajalah yang mampu Zmah berikan. Tapi, Farrah tetap bersyukur dan menerima Zmah seadanya. Katanya,
"Ana nak anti je jadi pengapit ana nanti, Zimah. Ana harap sangat-sangat anti dapat datang majlis pernikahan ana dengan Umar nanti. Insya-Allah, anti pasti boleh datang. Amin."
Sampai macam tu sekali Farrah berharap agar Zmah dapat hadir ke majlis pernikahannya. Mulanya, Farrah tak dapat hadir sebab keluarga Zmah rancang untuk pergi bercuti di Dungun dan Zmah minta Farrah cari pengganti Zmah. Alhamdulillah dah ada penggantinya tapi dia masih menginginkan Zmah di sisinya. Zmah pun jadi buntu.
"Alah Farrah, bila dah ada suami di sisi, anti dah takkan ingat ana dah."
"Tak. Ana berdoa sangat-sangat supaya lepas kahwin ana tak macam tu. Ana harap sangat anti ada nanti Imah..."
Terasa pulak diri ni istimewa pada Farrah sedangkan Zimah Zaiwani ni orangnya biasa-biasa je dan sentiasa berlagak cool. Dia ni tak ada apa-apa yang patut dibanggakan pun. Tapi mungkin sebab ukhuwah kami terikat atas dasar cinta kepada Allah agaknya yang membuatkan kami rasa sedih bila salah seorang tiada.
Sampailah pada hari pernikahan Farrah, Zmah menemaninya buat inai, dan beli barangan sikit saja lagi untuk hantaran. Tapi Zmah terpaksa pulang dahulu dan datang kemudian.
Bila Zmah sampai je, Zmah terus ke bilik pengantin.
"Cantiknya Farrah...!!!"
Masa tu Farrah dah siap bersolek dan berdandan. Subhanallah, macam bidadari kayangan dah Zmah tengok dia. Cantik sangat. Manis.
Bila semua orang sudah turun dan menanti ketibaan pengantin lelaki, Zmah duduk di samping Farrah dan menggenggam erat kedua-dua tangannya.
Farrah diam. Menunggu Zmah meneruskan kata-kata berikutnya.
"Jadi, ana nak ambil kesempatan ni untuk minta maaf kat anti atas semua kesalahan ana pada anti. Kalau ada hutang, halalkanlah ya. Maaf sangat-sangat kalau selama ni ana tak mampu jadi sahabat yang baik pada anti..."
"Ana pun sama, Zimah. Minta maaf kalau ana dah banyak susahkan anti. Kalau anti nak tahu, antilah sahabat ana yang paling baik..."
Masa tu, tak sempat nak berborak panjang dengan Farrah sebab pengantin lelaki dan sampai di surau. Zmah mengiringi Farrah ke surau untuk bertemu dengan bakal suaminya.
Zmah tak pasti apa yang Zmah rasa masa tu. Perasaan Zmah bercampur-baur. Gembira ada, sedih ada, kecewa pun ada, macam-macamlah. Tapi tak dapat nak zahirkan dari wajah. Zmah tetap senyum.
Selesai upacara pernikahan, kami semua bergambar beramai-ramai dengan Umar dan Farrah. Setelah selesai, mereka berdua terus bergerak ke rumah Farrah untuk bersalam-salaman dengan para tetamu yang hadir.
Zmah tunggu sekejap untuk bergambar lagi dengan Farrah. Tapi melihatkan mereka terlalu sibuk melayan tetamu, Zmah akhirnya buatlah keputusan untuk beredar saja memandangkan hari pun dah larut malam. Lepas makan, dalam pukul 11.30 malam, Zmah bersiap untuk pulang.
Zmah hantar mesej kepada Farrah.
"Salam. Farrah, maaf sangat-sangat tadi tak sempat nak salam dengan anti. Ana terpaksa balik dulu sebab dah lewat sangat dah. Di kesempatan ni, ana nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada anti dan Umar. Semoga kalian dapat bina keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah."
Tapi Farrah tak reply. Zmah hampa lagi, tapi cuba bersangka baik. Mungkin dia masih sibuk. Lagipun masa tu dah agak lewat juga. Mesti dia tengah spend time dengan family dia. Mungkin masa tu juga sesi taaruf antara family Farrah dan Umar. Jadi Zmah tunggu lagi beberapa hari. Zmah yakin, Farrah akan balas mesej Zmah.
Dah hampir seminggu berlalu, tak ada sebarang kiriman SMS dari Farrah. Kecewanya Zmah. Ok, bersangka baik lagi. Dia tengah honeymoon dengan suami. Tak apa. Zmah kasi can. He he.
Beberapa hari lepas, Zmah mesej Farrah. Bertanya khabarnya.
"Alhamdulillah, ok. Cuma ana demam. Anti sihat, Zimah?"
Zmah cakap Zmah sihat. Kami rancang untuk pergi ke program ISK anjuran g-13 di Setiawangsa bersama, memandangkan suaminya ada kursus di Port Dickson.
Sampai saja Zmah di depan rumahnya, dia berjalan ke arah kereta Zmah dan masuk ke dalam perut kereta. Tiba-tiba...
"Nah. Ni hadiah untuk anti."
"Hee... apa ni Farrah. Ana ikhlaslah tolong anti."
"Tak apa. Anti specal sangat buat ana, Zimah. Nanti bukak hadiah tu elok-elok ya kat rumah nanti," kata Nadia sambil tersenyum.
Zmah terharu sangat. Tapi sedih juga sebab rasa macam dah susahkan dia. Sedangkan Zmah cuba jadi sahabat yang baik dengan membantu dia apa yang Zmah mampu untuk majlis pernikahannya hari tu.
Nak tahu apa hadiahnya? Itu adalah rahsia. Hehehe.
Baru-baru ni, ada jugak kami terserempak. Farrah mengajukan soalan seposen dekat Zmah.
"Zmah, anti bila pulak?"
Zmah diam jel. Specchless. Tak tahu nak kata apa. Soalan yang tiada jawapan. Hik hik.
Farrah sambung lagi.
"Zmah, kalau anti bertunang ke, kahwin ke, jangan senyap-senyap tau. Bagitau ana tau."
Zmah senyum lagi.
"Kalau ana, tak tunang kot Farrah. Kahwin terus. Kalau ana kahwin, mestilah ana bagitau kawan-kawan ana. Jangan risaulah."
Kami berdua pun senyum sama-sama.
Itulah serba sedikit flasbach kisah Zmah dengan Farrah. Sekarang ni, Zmah tak nak fikir sangat dah pasal hidup Zmah. Apa yang penting bagi Zmah sekarang ialah orang-orang yang Zmah sayang. Dalam kes ni, Farrah salah seorang daripada mereka. Jadi, Zmah doakan agar Farrah dan suami kekal bahagia dan diredhai Allah untuk selamanya.
*Tiba-tiba je malam ni teringat kat Farrah, buatlah cerita pendek ni. Maaflah ya. Bahasa dalam entri Zmah kali ini agak skema dan sastera. Jangan termuntah pulak. Hehe. Al maklum sajalah, dah lama tak tulis mengikut tatabahasa Melayu yang betul.
:P
No comments:
Post a Comment