About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 11 February 2013

Senyum

~Bismillah~

Semalam, hari yang menyuramkan bagiku. Tak pernah aku rasa sesuram itu sebelum ini. Suramnya hati tatkala ia dihurung rasa rindu. Rasa rindu yang amat sangat terhadap insan yang dikasihinya. Biasalah. Bila rindu sudah beraja dalam diri, hati jadi tak keruan. Muka pun susah nak pamerkan senyuman. Rasa sebak yang semakin mengesak-esak dada, tidak mampu kuhalau pergi. Air mata yang bertakung juga tidak mampu kutahan-tahan lagi. Kubiarkan saja ia terus mengalir tanpa henti. Aku tak ingin dipujuk, jauh sekali dibelai. Yang aku harapkan, hanya ketenangan. Aku hanya perlu bersendirian. Melayani perasaan rindu ini. Adakah aku kurang waras? Entahlah. Biarkan saja anda yang mencari jawapannya. 

Namun, usah khuatir. Aku memang punya 'duniaku' sendiri, tapi diri ini masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Aku masih sedar akan setiap perkara yang terjadi di sekelilingku. Maaf. Ini bukan entri sedih. Cuma, ada sesuatu yang aku nak luahkan di sini. Bila diri ini diserang rasa sedih, mesti ada orang-orang yang datang menceriakan, menghiburkan hati ini. Dan orang-orang itu tak lain tak bukan, familiku. Semalam, saat aku melayani rasa sedih ini, mereka-mereka yang menyedarinya ialah adikku, Zaim dan ibuku. Zaim memang orang yang sentiasa bersama denganku. Jadi, dia memang tahu setiap satu riak wajah yang dibuat oleh kakaknya ini mengandungi 1001 makna di sebaliknya. Tika aku sedih, Zaim akan menghiburkan hatiku dengan teka-tekinya yang 1000 itu. Macam-macam jenis teka-teki yang keluar dan apa yang lebih mengagumkanku ialah, kebanyakan teka-tekinya itu semuanya adalah rekaannya sendiri dan kadang-kadang entah apa-apa jawapannya. Tapi, aku tahu, betapa berusaha kerasnya dia untuk  membuat aku tersenyum semula. Setiap kali aku sedih, dia akan berjenaka denganku dengan teka-tekinya itu. Kreatif tak dia? Baru 14 tahun, dah pandai jadi penglipur lara di hati kakaknya ini. Ibuku pula, tidak berhenti berkongsi denganku pelbagai jenis cerita, semata-mata ingin membuat aku bisa berbicara seperti selalunya. Sebab dia sedar bahawa sejak akhir-akhir ini, anaknya ini lebih banyak berdiam diri. Sebelum ini, aku sangat becok dan riuh. Sekarang, agak kurang sedikit. Jadi, emak dan Zaimlah satu-satunya insan yang mampu membuat aku ketawa semula. 


Aku sayang mereka :')

Kini, aku bisa tersenyum semula. Seperti selalunya. Seperti aku yang asal.
Terima kasih emak. Terima kasih Zaim.

"Kita sedih, kita sakit, kita susah, kita terluka, famililah orang yang pertama kita akan cari. Tapi, kita bahagia, kita sihat, kita senang, kita gembira, famili jugaklah orang yang yang pertama kita akan lupakan. Dalam kalangan manusia, famili sepatutnya jatuh nombor dua, selepas Nabi saw dalam list orang-orang yang perlu kita sayang. Jangan hanya mencari mereka di saat-saat yang membutuhkan saja. Bukan sekadar sayang tapi hargailah famili kita selagi mereka masih bernyawa. Jika tidak, saat mereka tiada, 
yang tinggal hanyalah penyesalan semata-mata."
~Zimah Zaiwani

Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails