About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 29 June 2013

Trisy's 10 Line Spillage

~Bismillah~


Trisy's 10 Line Spillage:
1. It's much easier to spill to a stranger, spares the stigma and the judgement

2. It's much easier to be understood by somebody who has been there and done that

3. Everybody has skeletons in their closet

4. I don't say 'take a bit from my plate, chew, telan then talk' for no reason

5. Reality hurts, truth bites, living kills, today tortures and yesterdays are just as bad , what else's new? The only comfort is knowing we're proudly smart enough to live life the way we want it, though others'll never fail to try to screw it for us, we prove them wrong. Again and again

6. A friend can be a good psychologist, but sometimes I doubt it vice versa

7. Psychiatrist+docs+meds=bittersweet vendetta

8. There're times when we want to be vulnerable though how thick skinned we appear

9. Believing in God's love, live on because of His love, nothing can beat that, I know you'd agree

10. They've no idea what I understand from the word 'mirror'. Because I hate what I see looking back at me


(Hlovate's Rooftop Rant, p. 424-425)  

Thursday, 27 June 2013

Berita

~Bismillah~

saya mengharapkan dia orang pertama yang saya akan call malam ni untuk berkongsi berita gembira ni. tapi dia lebih memilih untuk sepak bola daripada mendengar berita gembira ni daripada saya. saya kecewa. saya upset. tapi takpe. saya akan lupakan.

esok perjuangan baru saya akan bermula. saya akan pergi menemui 'anak-anak' saya dan dalam masa yang sama melihat bagaimana guru-guru berpengalaman mengajar bahasa inggeris dalam kelas mereka. esok adalah permulaan bagi kehidupan baru saya. dan esok hari saya belajar menjadi guru bahasa inggeris bagi murid-murid tahun dua.

semoga saya kuat dan cekal menggalas tanggung jawab sebagai murabbi. 

doakan saya.

Barang kemas

~Bismillah~

Dalam banyak-banyak barang kemas, saya paling suka rantai dengan subang/anting-anting. Tak tahu kenapa. Tapi kalau hati dah suka tu, nak buat macam manakan?

Saya ada pendapat sendiri sebenarnya.

Kenapa rantai dan subang sedangkan dua barang kemas ni kalau pakai pun, bukannya orang nampak sebab kita ni berhijab. Hehe. Inilah indahnya jadi muslimah. Ya tak?

Jom saya ceritakan satu persatu.


Barang kemas pertama: Cincin.
Tak dinafikan kebanyakan perempuan suka cincin. Ada yang siap buat koleksi cincin. Saya ada seorang kawan yang suka kumpul cincin (berbatu besar). Lain-lain occasion, dia akan pakai cincin yang berbeza-beza. Minimum satu cincin maksimum dua (setakat yang saya tahulah). Dan dia mesti akan pakai cincin-cincin dia tu sama ada di jari tengah atau jari telunjuk. Tapi kita tak digalakkan pakai cincin di jari telunjuk. Kalau tak silap saya ia menyerupai wanita Yahudi. Wallahua'lam tapi mak pun kata tak elok pakai cincin di jari telunjuk. Sebaik-baiknya di jari manis atau di jari tengah. Saya rasa dia suka pakai cincin sebab nak bagi nampak bergaya. Tak salah pun. Itu stail dia. Kenapa nak kacau? Itulah identiti dia. Hehe. Itu kalau ocassion. Kadang-kadang kalau outfit dia lain, dia pun akan pakai cincin yang lain pula. Unik, kan? Dengan cara tu, dia nampakkan dirinya cantik. Saya pula, tipulah kalau saya kata saya tak suka cincin. Suka sangat! Tapi bagi saya, cincin ni satu-satunya barang kemas yang paling luar biasa sebab kalau orang zaman dulu hanya sarungkan cincin di jari tanda pertunangan dan pernikahan saja. Tapi tidak pada zaman sekarang. Ramai perempuan pakai cincin sesuka hati. Hilang sikit nilai tradisi dia. Hehe. Jadi, saya sebagai orang yang cintakan budaya dan tradisi orang Melayu, putuskan untuk kekalkan tradisi ini. Hanya cincin pertunangan dan cincin pernikahan je yang akan tersarung di kedua-dua jari manis saya. Sebab tulah sampai sekarang saya tak pakai apa-apa cincin yang tak ada nilai bagi saya. Sebab bagi saya, cincin ni sangat special dan cincin ni tanda kita ni orang punya. Dan lagi satu. Saya hanya akan pakai cincin pemberian orang saja. Hehe. So, semua jari saya masih kosong. Apa tandanya tu? Lu pikirlah sendiri!


Barang kemas kedua: Gelang
Hmm... apa nak cakap pasal gelang ni ya? Dalam banyak-banyak gelang, saya paling jarang pakai atau ada rasa nak pakai gelang. Sebab bagi saya gelang ni biasa je. Macam tak ada apa yang istimewa sangat dengan gelang ni. Kesian gelang kan? Hehe. Takdelah. Ni hanya pendapat peribadi saya saja. Tak perlu ikut kalau tak setuju. Tapi kadang-kadang untuk pertunangan, ada orang lelaki tak nak bagi cincin, so inilah peranan gelang. Gelang selalunya menggantikan cincin untuk mengikat tali pertunangan. Mungkin sebabnya nak nampak lain sikit. Yalah, sebab nikah nanti nak bagi cincin lagi. Kalau bertunang pun bagi benda yang sama, tak syoklah gitu! Hehe. Ada orang buat macam ni. Tak silap saya, anak kawan mak saya bertunang. Pihak lelaki tak bagi cincin, tapi bagi gelang. Cantik! Dan Lagi satu, ada sesetengah perempuan tak suka pakai cincin sebab nanti leceh, nak makan susah. Nak kena bukak satu-satu cincin. That's why diorang lebih prefer pakai gelang. Gelang senang. Tak payah nak cabut. Even kalau nak berwudhu' sekalipun, air tetap akan mengalir, selagi gelang tu longgar dan tak melekap dekat pergelangan tangan. Inilah kelebihan gelang.


Barang kemas ketiga: Brooch
Bagi wanita berhijab, nilah barang kemas yang paling digemari sekali sebab ia sangat berguna untuk kita. Selagi mana kita berhijab, brooch akan sentiasa mainkan peranan penting untuk mengemaskan hijab kita. Even dalam kalangan muslimah yang bertudung labuh atau berpurdah sekalipun, ada juga yang akan mengenakan brooch walaupun sebutir sebagai perhiasan. Untuk menyerlahkan kecantikan diri. Tak salah. Tapi niat kena betul dan jangan berlebihan. Itu saja. Bagi wanita berhijab macam saya, saya memang memerlukan brooch setiap kali nak keluar. Di rumah, tak pakailah brooch sebab tak berhijab. Hehe. Cumanya, selalunya yang obses dengan brooch ni mak-mak kita. Kita just pakai apa yang ada je. Macam saya, saya hanya pakai brooch yang saya ada. Selagi mana ia boleh digunakan, saya takkan beli baru. Dan saya tak suka kumpul brooch. Tak tahu kenapa. Bagi saya, kalau saya berhijab, lagi kecil atau tak menonjol brooch yang saya pakai, lagi bagus. Sebab kita wanita berhijab, cukuplah bersederhana. Kenapa kita nak samakan diri kita dengan wanita tak berhijab yang mempamerkan barang-barang kemas yang mereka pakai ke hulur ke hilir. Bersederhana itukan lebih indah. Betul tak? Tak penting, bukan banyak mana atau menonjol mana brooch yang kita pakai tapi macam mana kita gayakan hijab kita bagi nampak kemas dan rapi. Itu barulah cantik namanya!


Barang kemas keempat: Tiara atau mahkota
Rasanya tak banyak nak tulis pasal tiara sebab barang kemas ni bersifat sangat rare untuk dipakai sehari-hari. Tiara biasanya barang kemas feveret permaisuri atau puteri-puteri rajalah kot. Tiara ni lambang kerabat diraja. Kalau nak try rasa jadi puteri raja, haa.... masa kahwinlah! Dah takde masa lagi dah. Kan masa kahwin kedua-dua mempelai digelar raja sehari. Hehe. Nak berangan jadi putera dan puteri raja, masa persandingan atau majlis resepsi. Masa tu jelah kita boleh pakai tiara atas kepala. Kalau lelaki, tengkoloklah. Hehe. Tapi kalau dah kahwin, nak pakai depan suami hari-hari pun takde masalah. Cuma, jangan sampai suami kata kita ni dah buang tebiat sudahlah. Hikhik.


Barang kemas kelima: Subang
Subang. Juga antara barang kemas feveret saya. Selalunya wanita tak berhijab rajin pakai subang ni. Tapi kalau kamu tanya saya, subang yang macam mana yang suka pakai, jujurnya saya akan cakap saya suka pakai subang yang macam dalam gambar tu tak pun, anting-anting. Saya tak suka pakai subang kecik-kecik. Hehe. Dulu masa kecik-kecik, mak tebuk lubang kat telingan semua anak perempuan dia. Nak bagi pakai subang. Tapi bila dah besar, lubang dah tutup. Nak pergi tebuk lagi, entah bila. Tapi tak tebuk takpe. Sekarang ni bersepah-sepah orang jual subang jenis kepit dekat telingan je. Pun boleh!


Barang kemas keenam: Gelang kaki
Gelang kaki atau anklet  pun saya suka. Biasanya wanita India selalunya pakai gelang kaki ni dan gelang kaki yang mereka biasa pakai mesti ada loceng sebab mereka gunakan untuk tarian mereka. Gelang kaki pun special bagi saya sebab ia jarang dipakai oleh kita sebabnya... kita wanita muslimah ni berstokin. Memang taklah nak pakai gelang kaki kan! Tapi, pakai dalam rumah, tak salah kan? Lagi cantik. Hanya dilihat oleh mata-mata yang layak sahaja. Maniskan kalau begitu? Perhiasan yang kita pakai menjadi tatapan mereka yang dibenarkan saja. Pernah sekali saya belikan gelang kaki untuk diri sendiri tapi pakainya tak lama. Lepas tu, entah ke mana-mana perginya gelang kaki tu. Jadi, sekarang saya dah malas nak beli gelang kaki lagi dah sebab tahu jangka hayat dia mesti tak lama. Hehe.


Barang kemas ketujuh: Rantai
Sudah sampai masanya saya ceritakan kenapa saya suka sangat dengan barang kemas yang dinamakan rantai ni! Dan tengoklah. Gambar ni adalah koleksi rantai yang saya ada. Semuanya orang bagi. Mak dan kawan-kawan bagi sebagai hadiah. Hmm... bagi saya,dalam banyak-banyak barang kemas, rantai adalah salah satu lagi barang kemas yang saya rasa sangat sangat special (bagi saya). Saya pun tak pasti kenapa tapi saya rasa kecantikan seseorang wanita tu lebih menyerlah dengan rantai yang dipakainya. Tak kisahlah rantai tu trendy atau tak, mahal atau murah, lip-lip lip-lap ke tak, asal namanya rantai, nampak manis je jika dipakai. Dan bagi saya lagi, even kalau seorang wanita tu tak ada barang-barang kemas yang lain, cukup hanya sekalung rantai atau loket, dah nampak cantik dah. Anggun lagi. Tapi, cantik di mata siapa? Again, kan kita ni berhijab. Nak tunjuk dekat siapa rantai tu? Ha.... sebab tu saya kata rantai ni special sebab ia satu-satunya barang kemas yang wanita muslimah boleh tayang dekat mata-mata yang berkenaan saja. Cantik di mata suami lebih-lebih lagi. Bagi saya, simple macam manapun rantai yang seorang wanita pakai, akan tetap terserlah kecantikan dan keanggunan dia di mata suaminya. Entahlah... mungkin ini hanya satu ilusi tapi 90% ada benarnya jugak. Hehe. Sebab tu saya suka rantai. Suka sangat! Dan saya tak kisah kalau saya beli rantai untuk diri sendiri atau orang bagi. Dua-dua saya suka! Dan kalau saya nak bagi barang kemas sebagai hadiah untuk seseorang, rantai akan menjadi pilihan saya. Tak macam cincin, kalau kita beli rantai, kita tak perlu risau saiz apa yang sesuai untuk pemakai sebab rantai ni free size. Mudah kan?

Kalau nak concludekan, semua barang-barang kemas yang saya suka pakai semuanya yang tak boleh dipamerkan di depan khalayak. Memang saya lebih suka begini sebab saya hanya nak pamerkannya di depan mata mahram saya je dan juga 'dia'. Suatu hari nanti. Saya nak nampak cantik di mata'nya' setiap masa. Takkan saya biarkan walau sedetik diri saya selekeh dan tak cantik di mata'nya.' Sebab saya nak nampak special di matanya. 'Dia' tu suami sayalah. Siapa lagi. Hehe.

Fungsi barang kemas ialah untuk menyerlahkan lagi kecantikan si wanita. Tapi kalau niat untuk menunjuk-nunjuk dan berlagak sombong seolah-olah macam wanita kaya, berdosalah jawabnya. Sebaik-baiknya, biar berpada-pada dalam berhias. Nak berhias pun ada tatacaranya. Selagi mana niat betul dan tak melanggar batas-batas syariat, in sha Allah, kita selamat. Sebaik-baiknya berhiaslah untuk mendapat redha Allah dan atas niat da'wah. In sha Allah, akan lebih diredhai-Nya.

Tambah sikti lagi. Saya suka berhias.

(senyum)

Monday, 24 June 2013

Trust

~Bismillah~

"Tiap-tiap bulan ini rutinnya. Dia akan tulis surat pada Jade tiap-tiap hujung bulan. Walaupun Jade tak balas,  tapi dia tahu Jade baca. Tiada apa bukti pun yang boleh sahkan Jade baca surat-suratnya, tapi hati yakin mengatakan ya. Lagipun, itu ajelah yang boleh dibuat kalau dia nak bercerita dengan Jade. Internet pun kena kawal. Telefon bimbit dah kena tahan. Kalau nak pakai telefon rumah untuk call Jade, tu namanya tempah tiket maut la tu. Mau kena kejar dengan atuk dengan opah keliling kampung. Tu tak kira Pak Su lagi tu. Hatta surat-surat Jade yang dulu pun kena tapis dengan opah."

(Hlovate, Rooftop Rant, m.s. 131)


Trust.
Trust itu penting dalam apa jua hubungan sekalipun.
Hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan, mahupun hubungan percintaan.
Semuanya memerlukan trust.
Kalau takde trust, sesebuah hubungan itu takkan ada nilainya.
Tuhan akan datangkan ujian yang bertimpa-timpa untuk melihat sejauh mana manusia ada 
trust antara satu sama lain. Even dalam ummah pun, kalau tiada trust sesama sendiri,
musuh ketat akan senang menyelinap masuk dan memusnahkan ikatan yang telah dibina.
Hubungan itu akan menjadi rosak dan hancur musnah 
saat trust sesama sendiri sudah terkubur.
Untuk meletakkan trust kita pada orang, sememangnya bukan mudah.
Caranya, kena yakin. Yakin dengan orang tu, yakin dengan diri sendiri dan yakin dengan Tuhan.
Tanpa yakin, tidak ada trust. 
Sekali lagi nak tekankan, trust itu sangat penting.
Kalau sesebuah hubungan tak teruji, macam mana nak tahu sebesar mana 
trust kita pada orang dan trust orang pada kita.

Tanpa trust, kita takkan tahu sama ada orang itu boleh menerima kita seadanya atau tak.
Tanpa trust, kita pun tak boleh meneka berapa lama dia mampu bertahan hidup dengan kita.
Tanpa trust, kita akan mudah bersangka buruk sesama sendiri.
Tanpa trust, sesebuah hubungan akan kelihatan seperti tidak ada ertinya.
Tanpa trust, tiada jaminan sesebuah hubungan akan bertahan lama.

Trust = Kepercayaan

;)

Puzzle 41: Anger

happy is all we want
in this life
but
not all things can please us
sometimes
things don't turn out to be
something as we wish
it's hurtful
but
that's the fact that
we have to swallow
sometimes
people's attitude, bad attitude
makes us sick
feeling bored of continuing living
the world seems so dark
for us to stay longer
why must us
face those brutes?
their bad attitude
somehow makes us angry
and
when anger takes over the heart
everything goes wrong
we're not us
anymore
we change
we transform
become a monster
can no longer bear with the anger
that has the full control
of the heart
how?
how to let it go away?
SMILE
LAUGH
coz they are the most powerful medicine
trust me
as long as you SMILE and LAUGH
things will never go wrong
if you can't do it
you have to push yourself
a little harder
until you can SMILE and LAUGH


p/s: I shared this with you coz it works for me. Why? Coz I pushed myself very hard. To SMILE and LAUGH when you are in the depth of your problems is surely the toughest thing to do, but do it with a strong effort and full faith in God. You'll get there. Trust me.

SMILE and LAUGH

Kenangan

~Bismillah~


Bila kita mengimbas masa lalu, kita akui bahawa kenangan manis tu lebih banyak daripada kenangan pahit. Saat-saat indah yang kita lalui bersama keluarga tercinta dan sahabat-sahabat tersayang adakalanya pengubat hati di kala ia dirundum sepi. Kenangan-kenangan indah itulah yang sering buat kita tersenyum dan tertawa sendiri. Dan kini, saat mengimbas kembali kenangan-kenangan bersama mereka, tiba-tiba hati mengatakan, "Alangkah seronoknya jika kita bisa kembali ke masa lalu dan hidup di dalam kenangan-kenangan itu buat selamanya." 

Apa yang kita hadapi saat ini, tak mungkin sama dengan apa yang telah kita hadapi pada masa lalu. Dan kita tahu bahawa yang dah berlalu tak mungkin bisa diputar kembali. Namun, ada satu hakikat yang sering kita lupa bahawa hanya kita yang punya kuasa untuk mencipta kenangan-kenangan baru yang indah yang boleh membuat kita tertawa semula. Kuasa di tangan kita kerana kitalah pencipta kenangan-kenangan itu.

Kenapa perlu bersedih?

Kenangan boleh dicipta bila-bila masa dan ia tercipta tanpa kita sedar pun. 

Walapun kadang-kala hati yang putus asa sering mengatakan, "Hidup dalam kenangan lebih seronok berbanding hidup dalam dunia nyata." Tapi kita sekali lagi lupa bahawa kenangan yang pernah kita cipta suatu ketika dahulu adalah manifestasi daripada sebuah dunia nyata.

Merindukan kenangan-kenangan lama tak salah, tapi menghargai saat-saat indah yang kita hadapi saat ini lebih syok! Cherish of what you have now coz one day it will turn out to be the sweetest memory that you will never forget forever in your life.


p/s: Gambar kat atas tu ialah salah satu kenangan manis saya bersama mereka. Mereka tulah sahabat-sahabat rapat saya. Sekarang mungkin masing-masing sudah merata-rata tapi hati-hati kami sentiasa berpaut demi mengekalkan ukhuwah atas nama yang Maha Esa.

(senyum sampai telinga sebab teringatkan mereka)

10 steps to deal with your problem

~Bismillah~



How to deal with your problems? Here are some tips. Hope this will benefit.


1- Breath in...




2- Breath out...




3- Stay calm...




4- Smile...




5- Keep smiling...




6- Put your right hand to the left side of your chest and say, "Always well..."




7- Recite bismillah...




8- Face it... and don't forget to smile...




9- Be confident and say, "You can do it!"




10- Tawakkal... and keep on smiling...


*Sometime a single smile can solve many things. A single smile gives you a peaceful heart. A peaceful heart helps you to solve your problems rationally. So, no matter what condition you are in, try to smile although it's hard coz it has a very amzing power that can make you stronger. SMILE when you have problems.

Happiness

~Bismillah~

Laughter is truly the BEST medicine!
Right?
So, what's with the sorrow???
If it only gives you pain.
Heal it immediately with laughter.
You'll be cherished. 
Pain will cause you suffering,
but laughter will definitely give you HAPPINESS.
You'll forget all the problems you're having in the world,
and you'll forget all the grieves you're facing.

At one point of time,
when I was in deep pain,
something had cherished me back.
My students!
There were once my dearies,
and yet they are still now and forever always.


They are now scattered around the world.
Pursuing theirs studies in the next level of life.
  They are no longer kids or teenagers,
but they are now growing young adults.

They are the heirs of the Islamic empire.
They are the future of Islam.

May Allah ease their journey towards His Blessing.
As their teacher, I never forget to pray for their success.

To me, they are my happiness and they are my dreams.
One day, I shall meet them again.

My precious students, Teacher Hazimah miss you so much!
Ganbatte ne!!! Minna!!!

;)

Saturday, 22 June 2013

Wahai kaum Adam, ni panduan untuk kamu

~Bismillah~


*Dipetik daripada dinding Facebook Pakar Diari hati


PDH ditanya oleh seorang kawan..

Kawan : Aidil, wanita macam mana kita nak pilih wanita zaman skrg ni utk dijadikan isteri?

PDH : Mesti engkau pernah terbaca tentang hadis Rasulullah tentang perempuan itu dinikahi kerana empat perkara kan?

Kawan : Pernah..Tapi nak pendapat kau Aidil..

PDH : (Senyum) Carilah
'ibu' bukan hanya seorang isteri. Nak tahu kenapa? Sebab kita menikahi dia akn lebih lama dirinya sebagai ibu drpd isteri. Setahun lebih insyaALLAH dikurniakan anak, jadi masa sebagai isteri hanya masa itulah. Selebihnya kita akan bersamanya sebagai 'ibu'. Leterannya leteran ibu, masakannya masakan ibu, dan pelbagai lagi hinggalah akhir hayat. Maka layakkanlah diri kita ini sebagai seorang 'ayah' sebelum mencari si 'ibu' :)



p/s: Tepuk dada, tanya selera ;)

Update adik saya

~Bismillah~

Semalam chatting dengan adik saya. Arif Azrai atau Ajai. Kawan adik saya merangkap jiran kami.
Minta update dari dia tentang hidup dia di dunia barunya, UiTM Puncak Alam. 

*Perbualan kami

Saya: Salam. Arif :).
Arif: Salam. Kak Zimah. Heheh. Lupa nak bagi.

Dalam hati saya, lupa nak bagi apa?
Lepas tu... dia kasi ni...


Arif: Nah hadiah.

Saya senyum je. Dalam hati, wah, adik saya dah semakin chubby! Sihat wal afiat dia. Alhamdulillah.


Aicewah.... rajin Arif studi. Dengan kawan baiklah ni. Hehe.

Saya: Hehehehe... wah... jadi student uni dah dia sekarang. Best tak? Dah start belajo belom?

Dia kongsi lagi gambar dia. Haiii... suka bergambar rupanya adik saya sorang ni. Berbeza dengan adik saya yang sorang lagi, Hafiz, yang camera shy. Hehehe.


Arif: So far, okaylah. Setakat ni, tak banyak ketinggalan lagi.
Saya: Yeke? Bestnya! Nanti bolehlah share dengan akak experience bergelar pelajar uni :). 
Arif: Ala.
Saya: Kenapa?
Arif: Sama je macam akak dulu, kan?
Saya: Hehehehe.
Arif: Cuma Azrai belajar lagi laju kot.
Saya: Tapi environment kita tak sama, Jai.
Arif: Entahlah... hope okay.
Saya: Mungkin Ajai boleh cerita kat akak environment kat sana. Student dia macam mana semua.
Arif: Environment dia? Bestlah for study. Tak ada banyak distraction. 
Saya: Macam mana dengan kawan-kawan? Diorang okay ke?
Arif: Okaylah. Dengan classmates lambat sikit nak rapat. Ni ha room mates.


Arif: Baru second week dah macam ni.

Saya gelak je dalam hati. Wahh... baru second week, dah dapat ramai kawan macam ni.
Saya dulu masa mula-mula masuk CFS, Nilai tak pun macam ni. Kawan saya masa tu baru seorang dua.
Mantaplah Jai!

Perbualan kami berlanjutanlah sampai saya dan mak dah nak balik ke rumah. (masa chatting ngan Ajai ni, saya di ofis mak. Jadi, tak dapat nak borak banyak-banyak)

Jadi, itulah dia serba sedikit update daripada adik saya di Asasi Sains, UiTM Puncak Alam.
Saya doakan semoga Ajai cemerlang dalam studinya.
Dan saya sentiasa menanti update seterusnya daripada dia dan adik saya tersayang, Hafiz, di UNISEL.

Semoga kemudahan mengiringi adik-adikku.

*Tulis post macam ni hari ni sebab tiba-tiba rasa rindu nak bergelar mahasiswa universiti lagi. Haii... takpe-takpe. Target saya kali ni ialah, lepas kerja selama 2-3 tahun, akan sambung belajar di Kolej Geomatika. Ambil Diploma dalam bidang Beauty and Health. Kawan saya cakap, patutnya diploma dulu baru degree. Tapi saya ni terbalik pulak. Hehe. Sebeb sebelum ni saya naif. Tak pernah tahu ada such course dekat mana-mana institusi. Yalah. Duduk bawah tempurung kan. Hehe. Tapi, in sha Allah. Ini azam saya. Moga Allah permudahkan. Saya bakal bergelar pelajar kolej pula lepas ni. Yeay! (lambat lagi. hehe. tapi ambil aura dulu)

Jana!

Janji

~Bismillah~

kenapa manusia suka berjanji? apa yang mereka dapat daripada membuat janji?
kepuasan hati? ketenangan? keseronokan? 
atau apa?

ramai yang tak sedar bahawa dengan berjanji, kita memberi harapan palsu pada manusia lain.
dan bila janji kita tak penuhi, dengan tak semena-mena,
tiada apa yang kita berikan pada manusia itu selain kesedihan dan air mata.
hanya kerana sebuah janji yang tak terpenuhi,
sebuah hati menjadi hancur remuk bagai dicincang-cincang.

jadi, kenapa mesti berjanji?

saya adalah manusia yang paling tak suka berjanji...
tapi saya selalunya terpaksa berjanji demi memuaskan hati manusia lain yang
tak mahu hidup mereka susah kerana saya.
ya. saya terpaksa.
saya tak suka berjanji kerana saya manusia. manusia yang Allah ciptakan fitrahnya 
pelupa dan tidak menepati janji.
ini sisi saya yang paling saya benci. 
berjanji tapi susah untuk menepati.

sebab tu saya utarakan soalan ni.
kenapa perlu berjanji kalau tahu takkan menepati?

kan?

hidup akan lebih tenang jika kita tak berjanji apa-apa dengan manusia lain.
beban akan jadi kurang bila tiada janji yang harus kita penuhi.

untuk meyakinkan manusia lain terhadap diri kita,
bukan dengan cara berjanji ksosong dengan mereka.

tapi...

dengan cara meyakinkan mereka bahawa kita boleh.
dapatkan kepercayaan mereka dan tingkatkan keyakinan mereka pada kebolehan kita.

begini. bukan dengan cara berjanji macam-macam,
kerana percayalah bahawa takkan semua janji dapat kita penuhi.

jadi, mulai hari ni, saya tak mahu berjanji apa-apa dengan sesiapa,
termasuk kamu.

dengan ini, saya lebih tenang dan cool. 

(Senyum)

Menangis



saya hanya menangis bila saya rasa nak menangis je.
saya hanya menangis bila hati saya disakiti.
saya hanya menangis bila orang buat saya menunggu.

saya hanya menangis bila hati saya sudah tidak tahan menanggung beban yang pahit.


dan malam ni... ialah...
malam yang sesuai untuk saya menangis.
menangis untuk masa lalu dan menangis untuk apa yang sedang berlaku sekarang.

mohon izin laluan untuk saya terus menangis.


(menangis)



Friday, 21 June 2013

Puzzle 40: First time

we had met
a long time ago
for the first time
you were the program manager
and I was the secretary
well
we barely knew each other
at that time
you didn't even look at me
or you might be looking at me
from far, without I noticed
you made a great stalker
I never knew you could be that expert
stalking people whom you were interested
I contacted you
but you never knew it was me
I texted you
but you never asked who was I
nor which was I
so long the program was progressing
you still didn't recognize me
you didn't bother to know or to find out
but I was the one who knew you
but only as my leader
we never talked to each other in person
never!
because you were shy
to talk to girls
I knew that was so you
the first time I met you
I barely knew you
but I believe you were a good person
you made other people pleased
they were happy to work with you
for this first time meeting
I was grateful
for at least in that first time
I could recognize your face
and definitely I would remember it
until today
this is the first story
between you and me
that we had ever created

:')

Thursday, 20 June 2013

Happiest woman




There's a saying that.................

"The prettiest woman is the happiest woman."


I've been wondering................

That's why I'm not pretty at all... coz I'm not happy at all with what I am now.
But why am I not happy? I feel very sad and I think everyday is my sad day.

I'm still questioning myself.

Do you know...

I can't even stop crying, silently. Until now.
From the outside, people always see I'm smiling and laughing... sometimes out of no reasons
but people who really understand me will know that those smiles and laughs are all fake.

What's wrong with me????????



Impian yang hanya sekadar mimpi

~Bismillah~


Baru-baru ni, kawan baik saya telah pun melalui salah satu fasa bahagia dalam hidupnya. Dia sudah berkahwin! Baru umur 23 tapi sudah bergelar suri dalam hidup seorang lelaki yang dicintainya (suaminya). Tapi malangnya saya tak dapat hadir. Saya salah seorang sahabat dia yang mendapat jemputan melalui kad. Kawan-kawan lain banyak yang dapat jemputan melalui FB je. Saya rasa sangat beruntung sebab walaupun sejak last-last sem ni kami dah semakin jauh, tapi dia masih anggap saya teman rapat dia sehinggakan saya antara orang-orang yang mendapat kad kahwin daripadanya. Kenapa saya tak dapat hadir adalah kerana masalah pengangkutan. Dan kebetulan masa saya buka event wedding reception dia di FB, saya baru tahu yang kami kena confirmkan kehadiran pada 15 Mei. Yalah, sebab resepsi ni diadakan di Hotel Singgahsana. 

Menurut Syaf (sahabat saya yang kahwin tu), mereka kena pastikan jumlah tetamu yang bakal hadir sebab nak tempah makanan cukup-cukup (supaya tak membazir agaknya). Jadi, terlambat untuk saya ajak mak pergi sama. Kalau tak, memang mak boleh drive ke sana since saya pun tak tahu jalan ke sana. Jadi, bila tak boleh bawa mak, saya pun menghadapi masalah pengangkutan. Tak tahu nak pergi ke sana macam mana. Ada seorang kawan, Haekal namanya, offer saya untuk naik kereta dia je. Tapi masalahnya saya tak biasa naik kereta berdua dengan lelaki dan pergi ke tempat jauh-jauh. Jadi, dengan dukacitanya, saya terpaksa tolak. Saya harap, Haekal tak terasa dengan saya. Tapi walau apapun, saya berdoa dari jauh, memohon agar Allah permudahkan segala urusan mereka. Masa tu saya berharap agar majlis perkahwinan sahabat saya ni berjalan dengan lancar dan alhamdulillah, walaupun tanpa saya, dia sudah selamat diijab kabulkan dengan insan istimewa dalam hidupnya. Saya bahagia sebab sahabat saya sudah bertemu jodohnya. Moga Allah memberkati pernikahan mereka hingga ke Jannah-Nya.


Cerita sebelum ni pula, saya dapat berita dua orang kawan saya yang baru berkahwin, kalau kamu masih ingat, Najmee (kiri gambar) dan Baeim (kanan gambar) juga menemui hari bahagia mereka buat kali yang kedua atau dengan erti kata lain, sudah melangkah ke fasa kedua dalam hidup mereka setelah berumahtangga. Kini, mereka bukan saja suami, tapi sudah menjadi bapa kepada putera-putera mereka yang sangat comel! Baru 23 tahun tapi sudah jadi bapa. Sungguh, saya cemburu! Tapi dalam masa yang sama, saya terharu sebab isteri-isteri mereka begitu tabah melahirkan cahaya mata masing-masing dalam umur yang sangat muda. Mereka sangat beruntung sebab diberi peluang untuk menjadi ibu bapa yang muda kepada anak mereka. Saya? (gelak) Ya, saya punya impian untuk kahwin awal masa dan menjadi seorang ibu muda juga masa habis SPM dulu. Tapi.... semua tu hanya sekadar mimpi. Ia memang sebuah impian pada mulanya tapi kini ia merupakan sebuah impian yang tiada maknanya lagi. Impian yang hanya sekadar mimpi. Seiring dengan perjalanannya waktu, kini, saya tidak lagi berada dalam fasa tu. Saya dah melepasi tahap yang mana seorang remaja sangat inginkan anak pada usia yang muda bersama suami tercinta di sisi (air mata menitik). 


Bukan mereka saja, tapi sebelum tu pun, sahabat saya, Fatin, mendapat seorang puteri. Fatin kawan batch sekolah kami yang pertama kahwin dan kawan pertama juga yang mendapat cahaya mata. Saya cemburu tapi saya gembira untuk mereka. Dan saya bersyukur, sebab jika bukan saya, kawan-kawan sayan yang soleh solehah ni diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai pernikahan awal dan kehidupan sebagai seorang ayah dan ibu pada usia yang sangat muda. 

Ramai orang cakap, kahwin muda susah. Tak boleh nak fokus studi sebab bahu memikul satu lagi tanggung jawab berat. Banyak hati nak kena jaga; hati mak ayah sendiri, hati mak ayah mertua, keluarga sendiri, keluarga ipar. Dan ada yang sampai tak boleh cope dengan studi. Masalah kewangan, tak boleh nak capai cita-cita tinggi. Terlalu banyak sebab kenapa ramai mak bapak menentang kahwin awal... termasuklah mak ayah saya. Tapi yang peliknya, abang-abang dan akak saya, mereka semua dapat kahwin awal. Tapi, saya tak dapat. Kecil hati juga sebenarnya. Sedangkan kahwin awal merupakan salah satu impian terbesar dalam hidup saya (air manta menitis lagi). Memang betul, kahwin awal terlalu banyak cabarannya. Tapi, kenapa kita perlu pandang kehidupan ni dari sudut yang negatif saja? Kenapa tak pandang dari sudut positif? Kita buat kajian ramai pasangan suami isteri muda yang rumah tangga porak peranda, studi entah ke mana... tapi kita jarang buat kajian tentang kehidupan rumah tangga sepasang suami isteri muda yang bahagia. Ada beberapa pasang suami isteri muda yang bahagia... bukan nak kata mereka tak ada masalah langsung... tapi dengan matangnya mereka dapat selesaikan masalah bersama. 


Pernah sekali kakak saya cerita, kawan-kawan dia sendiri yang berkahwin masa masih belajar. Masa nak dekat exam, memang stres. Tapi masing-masing dapat sokongan antara satu sama lain. Suami motivate isteri dan isteri pun support suami dan ada juga pasangan yang menjadikan anak mereka sebagai penguat semangat mereka sehingga mereka cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Berbalik kepada cerita kawan-kawan kakak saya tu, betapa nak kata perkahwinan awal sangat membantu pelajaran mereka sehinggakan si isteri, siap dapat tawaran sambung belajar buat master dan si suami dapat tawaran sambung belajar bukan sekadar master tapi terus buat phd. Siapa kata kahwin awal susah? Sungguh saya cemburu dengan mereka! (air mata jatuh lagi) Mak sering merungut... kalau saya kahwin awal, hidup saya akan jadi susah. Rumah tak cukup besarlah, tak banyak duitlah, kereta tak lawalah semua... memang betul kata-kata mak ni... tapi saya ada pendapat sendiri. Saya cakap dengan mak, "Mak, mak tak rasa ke bila pasangan suami isteri yang kahwin awal ni, bila awal-awal lagi mereka dah rasa kepahitan dan kesusahan dalam hidup mereka, itu semua akan jadi memori indah yang mereka akan akan ingat sampai bila-bila dan akan cerita  pada anak-anak mereka nanti? Kalau semuanya bermula dengan senang, nanti tak ada apa yang kita nak share atau ceritakan pada anak-anak kita nanti..." (pendapat saya je) dan mak diam.

Dan selepas ini, saya akan mendapat jemputan dari ramai lagi kawan yang akan bernikah. Mungkin sekitar bulan Ogos dan September. Kadang-kadang jemputan kahwin yang saya terima semakin buat saya tawar hati untuk hadirkan diri. Bukan sebab saya cemburu lagi tapi sebab saya sedih. Sedih kerana saya tak tahu bila pula majlis saya yang akan dihadiri kawan-kawan saya nanti. Bukan nak kata saya tak nak kahwin atau tak akan kahwin, tapi yang pastinya kahwin awal sudah tidak lagi menjadi impian saya sekarang dan ia bukan prioriti sebab saya sudah tidak punya impian sebegitu lagi. Semuanya sudah berlalu bak angin yang tidak akan berpatah balik, since umur saya pun sudah bertambah dan saya kini bukan seorang remaja lagi tapi seorang dewasa. Semakin saya berharap, semakin ia jauh dari saya untuk menjadi kenyataan. Dan even kalau ada orang melamar saya sekalipun, saya berani katakan yang hati saya telah menjadi tawar. Kalau dah lambat, baik kahwin lambat saja. Dan melihat keadaan saya sekarang, saya jangkakan yang saya mungkin akan bernikah paling awal umur 28 tahun dan paling lambat umur 30 tahun. Saya dah penat nak bermimpi lagi dah. Kalau dah lambat tu, biarlah lambat terus. Saya redha...

p/s: Maaf, hari ni saya emo sikit tapi sebenarnya dah lama nak luahkan cuma tak reti nak menyusun dengan kata-kata. Dan sebenarnya banyak lagi... tapi cukuplah setakat ni saja.

Monday, 17 June 2013

Sephora make up palette (limited edition)

~Bismillah~



Alhamdulillah... yesterday, I just received this make up palette from my kind-hearted neighbour. And again I want to stress that she gave me for free. No fees at all! I'll start my business in make over as soon as possible. But first, of course I need to sharpen my skills in making over people's face.

But before anything, let's take a look what's inside this beautiful box...



This limited edition palette includes: 

- 64 Waterproof Eye Shadows 
- 12 Longwear Cream Eyeliners 
- 6 Eye Top Coats 
- 6 Lip Top Coats 
- 48 Lipglosses 
- 3 Blush 
- 6 Multi-Purpose Cream for Eyes, Cheeks, and Lips 
- 3 Multi-Purpose Luminizer 
- 3 Makeup Brushes 
- Mirror 



Pray for me luvs. May Allah bless.

Wednesday, 12 June 2013

Jerawat oh jerawat! Nyah kau jerawat!

~Bismillah~


Ada masalah jerawat? Rileks... tenang dan jangan panik! Masalah jerawat ni masalah biasa dalam kalangan wanita. Bukan saja wanita, malah lelaki pun ada sesetengahnya yang memang tak dapat lari daripada masalah jerawat ni. Kalau nak dibincangkan soal apakah sebenarnya punca-punca jerawat ni, aisshh, susah nak cakap sebenarnya. Umumnya, jerawat tumbuh disebabkan faktor seperti kebersihan, hormon dan persekitaran. Tapi kalau nak lebih spesifik, berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman saya sendirilah kan, ni antara sebab-sebab utama kenapa jerawat selalunya tumbuh:

- Hormon dalam badan kurang stabil (selalunya berlaku dalam kalangan remaja)
- Genetik (penyakit resdung, kulit muka bermasalah, dll)
- Kulit berminyak berlebihan
- Kulit terlalu sensitif (dengan cahaya matahari selalunya)
- Tak menjaga kebersihan diri (tak rajin cuci muka pagi dan malam)
- Terlebih makan makanan yang berminyak
- Suka makan kacang (kacang tanah selalunya yang buat jerawat tumbuh)
- Bertukar-tukar span yang sama dengan kawan semasa memakai bedak kompak atau bedak asas (foundation)
- Bila bersolek, tak terus buang dengan make up remover (dok pakai make up tu sampai cukup 24 jam)
- Tak (rajin) cuci berus make up sebelum apply make up baru
- Alat make up yang kurang sesuai dengan kulit wajah (selalunya make up yang murah-murah dan tak tahu asal usul bahan yang digunakan sangat membahayakan sebab ia mengandungi bahan yang boleh menyebabkan infection pada kulit wajah)
- Sensitif dengan alat make up (bagi orang-orang yang jarang make up)
- dan banyak lagi

Ni baru sikit. Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan jerawat tumbuh pada kulit wajah tanpa diminta! Tapi, boleh tanya Encik Google jelah ya. Dia tahu semuanya (:P)

Ok. Bukan tak ada penyelesaian untuk masalah jerawat ni. Banyak je. Tapi apa yang saya nak rekemen di sini ialah solusi kepada masalah jerawat kamu dengan teknik tradisional. Alah... cara mak-mak nenek moyang kita dulu. Ada dua sebab, kenapa saya nak rekemenkan cara tradisional ni. Pertama, kerana ia menggunakan bahan-bahan semula jadi. Kedua, kerana ia adalah cost-free! Al-maklum sajalah banyak set penjagaan kulit yang branded-branded dekat luar sana mahal-mahal dan susah nak tentukan jenama apa yang bersesuaian dengan kulit wajah kita. Teknik tradisional ni, sesuai untuk semua jenis kulit dan sangatlah jimat! Dan yang paling penting sekali, ia lebih selamat dan suci! (pinjam moto produk Safi) hehe.


Berdasarkan interview saya dengan orang dan penglaman saya sendiri, ni cara-cara mudah macam mana nak pastikan kulit wajah kita sentiasa sihat, mulus dan bebas jerawat:

- Gunakan putih telur dan sapukan ke seluruh wajah. jadikan ia sebagai mask (ni tips Datuk Siti Nurhaliza tau. jangan main-main. hehe)
- Rajin basuh wajah dengan air suam sebanyak dua kali sehari (pagi dan malam)
- Biarkan wajah terkena wap air panas selama beberapa minit (amalkan selalu)
- Letak tomato atau timun ke atas kulit wajah. jadikan ia sebagai mask
- Makan buah tomato sebagai ulam
- Makan buah-buahan

Tapi, yang berikut ni pula cara-cara penjagaan kulit wajah daripada ditumbuhi jerawat secara step by step yang saya baca daripada majalah (kegemaran saya) Pengantin edisi Jun 2013. Diingatkan perlu amalkannya setiap hari, pagi dan malam sebelum tidur. Kena konsisten, ya! Tak konsisten, tak menjadi! Cara-caranya adalah:

1) Cuci wajah dengan air suamsebelum disapukan madu. Bila madu dah dioleskan ke wajah, tunggu selama 15 minit sebelum dibilaskan dengan air suam. Bilas wajah dengan air suam untuk menutup liang pori-pori yang terbuka

2) Cuci wajah sebanyak dua kali sehari (pagi dan malam). Cuci dengan air suam dulu dan jangan gunakan sabun biasa untuk elakkan kulit daripada menjadi kering dan kusam (sabun mandi tak dibenarkan!). Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah (untuk kulit kering, cari pencuci muka yang ada ekstrak pelembap dan bagi kulit yang berminyak, cari pencuci muka yang bebas minyak atau ada ekstrak gamat). Kemudian, bilas sekali lagi dengan air suam juga


3) Gunakanlah penyegar (sama jenama dengan pencuci muka) pada wajah supaya sel mati dan memastikan kulit sentiasa segar dan bersih sepanjang hari. Penyegar boleh menghilangkan sisa-sisa kotoran pada wajah

4) Sapukan pula pelembap (sama jenama dengan dua produk di atas) ke seluruh wajah. Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit wajah, sama macam pencuci muka juga

5) Jangan gatal-gatal tangan dok gentel-gentel atau picit jerawat-jerawat yang ada di sekitar kulit wajah. Sebab, nanti jerawat akan tumbuh lebih banyak dan akan tinggalkan kesan parut. Maklumlah, tangan kita ni sentiasa terdedah dengan kuman!


Haa... bagi pesakit resdung macam saya ni, bolehlah guna bedak sejuk gamat Shaari ni. Saya dah guna tiga botol. Alhamdulillah, jerawat pada kulit wajah saya dah berkurangan. Bedak sejuk ni memang mujarab sebab dia memang ubat resdung. Fyi, bedak sejuk ni susah nak dapat dekat KL ni. Sesiapa ada saudara mara atau kawan-kawan yang duduk dekat Kedah atau Langkawi, bolehlah kirim dekat mereka ya sebab pengeluar utama bedak sejuk ni dari sana.


Ok. Harap tips-tips ini membantu.
Selamat mencuba!

Make up kit palette

~Bismillah


The first make up kit palette I will purchase after I received my first salary.
It's a make up kit palette 'Special Edition' from Wardah Cosmetic. Just for RM 200 with additions of a brush set and a wondershine.


Last night I had a conversation with one of the retailers of FCC. I asked when is the last day of the promotion of the above make up palettes and she said that it won't be long. The promotion will be ongoing as long as they have stocks. Although I really really want the FCC 'Pink Sapphire' make up palette but I don't think I can get one for myself since I told her that I'm still waiting for my job application result and don't have any money to buy anything for the moment. 
So sad really.


But one good news I received yesterday was that my kind-hearted neighbour will be giving me a box of make up kit palette by Sephora for FREE!!! I mean, she told me to think it as a gift from her since she knew that I have started my make up business. She really supports me for my business. That's why she's willing to give me a box of Sephora make up palette as a present so that I will use it to make over the women's face for their special days. So nice of her. I always pray may Allah bless her and her whole family.

Sometimes

~Bismillah~

Sometimes, things are hardly to explain through words. Sometimes our heart can be hardly understood either. Even we ourselves cannot even tell what's been happening inside it nor anyone can. But one thing for sure-I'm truly happy now. Happy with my life. Happy with what I have left. Family and good friends are everything to me now and I can feel the peace and calmness through them, including someone. I thank Allah for sending that someone into my life. That someone may not probably mean everything to me yet, but I really appreciate his existence. He had changed my life from the sorrowness to happiness, even not quite but his appearance does help me a lot in forgetting about the past. Every time I look to the sky, I'll remember him. He once said, "Zmah, what a beautiful sky! It's blue in colour and I love blue." Yup, he loves blue. Blue is his favourite colour. I'll always remember that. For just one day, my life had been brightened up by him. By his noobness and his noobness has always made me laugh and less cry about the past grieves. He once apologized for not being a good friend to me, but he never realizes that he truly is and already acts like one. May Allah bless him. My good friend forever.

"Thank you"
Nite.

Sunday, 9 June 2013

tak tahu

~Bismillah~

serius, saya tak tahu. sebenarnya, tak faham. tak faham dengan dunia ni. saya tahu manusia ni ada macam-macam karakter dan kadang saya boleh terima karakter yang berbeza-beza ni tapi kadang-kadang rasa tak tahan. tak tahu jugak kenapa tiba-tiba boleh ada perasaan macam ni, mungkin ke sebab saya masih belum cukup mengenali mereka atau saya sebenarnya masih belum mengenali diri sendiri? tak tahu. serius, saya tak tahu. kalau sebelum ni, saya tahu apa yang saya nak. tapi sekarang, saya tak tahu apa yang saya nak. semuanya nampak kabur dan blur. mungkin sejarah silam yang menghantui membuat saya takut untuk terus berharap. siapa suruh berharap. ya, tak ada siapa suruh berharap pun tapi hati ni nak terus berharap selagi boleh berharap. cuma, bukan pada manusia lagi tapi pada Tuhan. entahlah. serius, tak tahu. kadang-kadang terfikir sesuatu. saya suka buat sesuatu yang boleh menceriakan orang lain, menggembirakan orang lain, senang cerita membuat orang lain tersenyum. tapi setiap kali saya buat, mesti tak menjadi. asalkanya saya bagi bunga, tapi ternyata bukan bunga rupanya yang saya bagi tapi BOM! KEBABOM! semuanya hancur tak menjadi. serius, saya tak tahu. betul ke apa yang saya buat ni salah atau orang sememangnya tak suka saya masuk campur hal mereka walaupun sebenarnya kita ni care? serius, saya tak tahu. saya tak tahu apa saja perbuatan atau tindakan atau tingkah laku saya yang boleh membahagiakan orang, membuat mereka tertawa. hmm. itulah lumrah kehidupan. yang ni saya tahu. saya tahu bahawa tak semua orang boleh masuk dengan cara kita. walau niat kita macam mana baik pun tapi kalau orang tak boleh terima cara kita, tak menjadi jugak. ini yang saya belajar. jadi, saya rasa baik saya lupakan je niat saya nak buat orang tersenyumlah, gembiralah, apalah. kalau akhirnya mereka tak bahagia jugak, semuanya habuk je. serius, saya tak tahu. tapi masalahnya, saya bukan macam tu dan saya tak nak jadi macam tu. kenapa kerana orang lain, kita harus berubah menjadi ornag lain juga? bukannya salah kita menjadi diri sendiri. cuma, kita salah bila happykan orang lain tapi caranya tak kena. mungkin ini yang saya kena perbaiki.


#plannya hari ni nak spend time dengan sahabat saya. tapi kerana perbuatan saya yang 'tak kena pada caranya' tu, everything had been spoiled. sekarang, saya menyendiri sambil menanti makanan turun dari langit. (apakah)

Wednesday, 5 June 2013

Anthem

~Bismillah~

... saya dalam gelap...
... dan salah siapa kalau saya tak nampak?
... kenapa orang keliling hanya pandai bising...
... tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah judge  masa lampau orang lain. Mana mungkin 
kita tahu jika masa lampaunya itu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak 
pernah tercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan 
kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan 
bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita 
singsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak
pernah cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. 
Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau 
meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok, dan akan datang
adalah yang baik-baik je sampai ke penghujung nyawa.
Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam
tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna.

Minta dengan doa.

Maka,
anthem anda apa pula?

-Hlovate- 


=====================================


Saya, tak habis-habis orang mengata. Macam-macam. Daripada karakter saya sampailah kepada cara hidup saya.

"Muka awak sombong. Saya takut!"
"Susah sangat ke awak nak senyum?"
"Kenapa awak ni masam je, ek?"
"Ei, tudung yang awak pakai tu pendeklah. Tak proper."
"Kenapa tudung Hazimah makin lama makin pendek, ek?"
"Baju yang anti pakai tu ketat. Nampak shape badan."
"Hazimah keluar makan dengan seorang laki ni..."
"Hazimah tu sosial gak ek orangnya?"
"Bla... bla... bla..."

Dah macam-macam kutukan atau caci maki saya dengar dari mulut orang tentang diri saya dan tak mustahil lepas ni akan lebih banyak lagi ayat-ayat kesat bakal saya terima daripada mereka. Namun, apa yang saya boleh katakan di sini ialah semua kata-kata sama ada yang tertulis di atas ataupun yang masih tidak terkongsikan di sini, semuanya datang daripada mulut orang-orang yang tak rapat dengan saya atau boleh saya katakan masih belum mengenali saiapa Wan Hazimah yang sebenarnya. Sahabat-sahabat baik atau orang-orang terdekat selalu mengkritik saya tapi kritikan membina dan tak pernah merendah-rendahkan saya kerana apa? Kerana mereka benar-benar mengenali saya.

Adakah salah untuk menegur? Bukankah Rasulullah suruh kita mencegah kemungkaran sebab prevention is better than cure? Yup, it's true! However, adakah kita benar-benar mengenali mad'u kita sebelum kita berda'wah kepadanya? Tak ke kita rasa bila kita kenal hati budi mad'u kita, lagi mudah proses untuk kita mengclorox dia dengan tarbiyyah? Bukankah? 

Ya, masing-masing ada pendapat sendiri. But this is my stand and I'm holding on to it as long as it doesn't go beyond syariah. 

Kalau kamu baca novel-novel Hlovate, banyak kisah-kisah daripada penceritaan dia sama macam saya. Kadang-kadang saya rasa Hlovate adalah saya ataupun Hlovate is my other half. Dia sangat memahami jiwa orang-orang macam saya. I can see my reflection through her writing. Dan ini membuatkan saya tak perlu lagi tulis berbuah-buah novel mengisahkan pengalaman hidup saya dengan orang lain. Cukup daripada cerita Hlovate walaupun tak semua tapi sebahagiannya memang sama yang macam saya alami.

Kalau boleh, saya nak berjumpa dengan Hlovate sendiri dan menangis bersamanya. Saya nak cakap pada dia bahawa, "... saya rasa awak sangat memahami diri saya walaupun kita tak pernah mengenali..."

... dan novel-novel Hlovate, Anthem, especially (sebab baru khatam), sangat memberi kesan dalam hidup saya dan novel-novelnya mengingatkan semula siapa diri saya yang sebenarnya.

Novel Anthem mengingatkan semula saya kepada anthem saya juga... yang saya telah pegang, masih pegang dan akan pegang sampai bila-bila... iaitu... Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah... syahadatul haq yang nyata.

Senyum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails