About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday, 27 June 2013

Barang kemas

~Bismillah~

Dalam banyak-banyak barang kemas, saya paling suka rantai dengan subang/anting-anting. Tak tahu kenapa. Tapi kalau hati dah suka tu, nak buat macam manakan?

Saya ada pendapat sendiri sebenarnya.

Kenapa rantai dan subang sedangkan dua barang kemas ni kalau pakai pun, bukannya orang nampak sebab kita ni berhijab. Hehe. Inilah indahnya jadi muslimah. Ya tak?

Jom saya ceritakan satu persatu.


Barang kemas pertama: Cincin.
Tak dinafikan kebanyakan perempuan suka cincin. Ada yang siap buat koleksi cincin. Saya ada seorang kawan yang suka kumpul cincin (berbatu besar). Lain-lain occasion, dia akan pakai cincin yang berbeza-beza. Minimum satu cincin maksimum dua (setakat yang saya tahulah). Dan dia mesti akan pakai cincin-cincin dia tu sama ada di jari tengah atau jari telunjuk. Tapi kita tak digalakkan pakai cincin di jari telunjuk. Kalau tak silap saya ia menyerupai wanita Yahudi. Wallahua'lam tapi mak pun kata tak elok pakai cincin di jari telunjuk. Sebaik-baiknya di jari manis atau di jari tengah. Saya rasa dia suka pakai cincin sebab nak bagi nampak bergaya. Tak salah pun. Itu stail dia. Kenapa nak kacau? Itulah identiti dia. Hehe. Itu kalau ocassion. Kadang-kadang kalau outfit dia lain, dia pun akan pakai cincin yang lain pula. Unik, kan? Dengan cara tu, dia nampakkan dirinya cantik. Saya pula, tipulah kalau saya kata saya tak suka cincin. Suka sangat! Tapi bagi saya, cincin ni satu-satunya barang kemas yang paling luar biasa sebab kalau orang zaman dulu hanya sarungkan cincin di jari tanda pertunangan dan pernikahan saja. Tapi tidak pada zaman sekarang. Ramai perempuan pakai cincin sesuka hati. Hilang sikit nilai tradisi dia. Hehe. Jadi, saya sebagai orang yang cintakan budaya dan tradisi orang Melayu, putuskan untuk kekalkan tradisi ini. Hanya cincin pertunangan dan cincin pernikahan je yang akan tersarung di kedua-dua jari manis saya. Sebab tulah sampai sekarang saya tak pakai apa-apa cincin yang tak ada nilai bagi saya. Sebab bagi saya, cincin ni sangat special dan cincin ni tanda kita ni orang punya. Dan lagi satu. Saya hanya akan pakai cincin pemberian orang saja. Hehe. So, semua jari saya masih kosong. Apa tandanya tu? Lu pikirlah sendiri!


Barang kemas kedua: Gelang
Hmm... apa nak cakap pasal gelang ni ya? Dalam banyak-banyak gelang, saya paling jarang pakai atau ada rasa nak pakai gelang. Sebab bagi saya gelang ni biasa je. Macam tak ada apa yang istimewa sangat dengan gelang ni. Kesian gelang kan? Hehe. Takdelah. Ni hanya pendapat peribadi saya saja. Tak perlu ikut kalau tak setuju. Tapi kadang-kadang untuk pertunangan, ada orang lelaki tak nak bagi cincin, so inilah peranan gelang. Gelang selalunya menggantikan cincin untuk mengikat tali pertunangan. Mungkin sebabnya nak nampak lain sikit. Yalah, sebab nikah nanti nak bagi cincin lagi. Kalau bertunang pun bagi benda yang sama, tak syoklah gitu! Hehe. Ada orang buat macam ni. Tak silap saya, anak kawan mak saya bertunang. Pihak lelaki tak bagi cincin, tapi bagi gelang. Cantik! Dan Lagi satu, ada sesetengah perempuan tak suka pakai cincin sebab nanti leceh, nak makan susah. Nak kena bukak satu-satu cincin. That's why diorang lebih prefer pakai gelang. Gelang senang. Tak payah nak cabut. Even kalau nak berwudhu' sekalipun, air tetap akan mengalir, selagi gelang tu longgar dan tak melekap dekat pergelangan tangan. Inilah kelebihan gelang.


Barang kemas ketiga: Brooch
Bagi wanita berhijab, nilah barang kemas yang paling digemari sekali sebab ia sangat berguna untuk kita. Selagi mana kita berhijab, brooch akan sentiasa mainkan peranan penting untuk mengemaskan hijab kita. Even dalam kalangan muslimah yang bertudung labuh atau berpurdah sekalipun, ada juga yang akan mengenakan brooch walaupun sebutir sebagai perhiasan. Untuk menyerlahkan kecantikan diri. Tak salah. Tapi niat kena betul dan jangan berlebihan. Itu saja. Bagi wanita berhijab macam saya, saya memang memerlukan brooch setiap kali nak keluar. Di rumah, tak pakailah brooch sebab tak berhijab. Hehe. Cumanya, selalunya yang obses dengan brooch ni mak-mak kita. Kita just pakai apa yang ada je. Macam saya, saya hanya pakai brooch yang saya ada. Selagi mana ia boleh digunakan, saya takkan beli baru. Dan saya tak suka kumpul brooch. Tak tahu kenapa. Bagi saya, kalau saya berhijab, lagi kecil atau tak menonjol brooch yang saya pakai, lagi bagus. Sebab kita wanita berhijab, cukuplah bersederhana. Kenapa kita nak samakan diri kita dengan wanita tak berhijab yang mempamerkan barang-barang kemas yang mereka pakai ke hulur ke hilir. Bersederhana itukan lebih indah. Betul tak? Tak penting, bukan banyak mana atau menonjol mana brooch yang kita pakai tapi macam mana kita gayakan hijab kita bagi nampak kemas dan rapi. Itu barulah cantik namanya!


Barang kemas keempat: Tiara atau mahkota
Rasanya tak banyak nak tulis pasal tiara sebab barang kemas ni bersifat sangat rare untuk dipakai sehari-hari. Tiara biasanya barang kemas feveret permaisuri atau puteri-puteri rajalah kot. Tiara ni lambang kerabat diraja. Kalau nak try rasa jadi puteri raja, haa.... masa kahwinlah! Dah takde masa lagi dah. Kan masa kahwin kedua-dua mempelai digelar raja sehari. Hehe. Nak berangan jadi putera dan puteri raja, masa persandingan atau majlis resepsi. Masa tu jelah kita boleh pakai tiara atas kepala. Kalau lelaki, tengkoloklah. Hehe. Tapi kalau dah kahwin, nak pakai depan suami hari-hari pun takde masalah. Cuma, jangan sampai suami kata kita ni dah buang tebiat sudahlah. Hikhik.


Barang kemas kelima: Subang
Subang. Juga antara barang kemas feveret saya. Selalunya wanita tak berhijab rajin pakai subang ni. Tapi kalau kamu tanya saya, subang yang macam mana yang suka pakai, jujurnya saya akan cakap saya suka pakai subang yang macam dalam gambar tu tak pun, anting-anting. Saya tak suka pakai subang kecik-kecik. Hehe. Dulu masa kecik-kecik, mak tebuk lubang kat telingan semua anak perempuan dia. Nak bagi pakai subang. Tapi bila dah besar, lubang dah tutup. Nak pergi tebuk lagi, entah bila. Tapi tak tebuk takpe. Sekarang ni bersepah-sepah orang jual subang jenis kepit dekat telingan je. Pun boleh!


Barang kemas keenam: Gelang kaki
Gelang kaki atau anklet  pun saya suka. Biasanya wanita India selalunya pakai gelang kaki ni dan gelang kaki yang mereka biasa pakai mesti ada loceng sebab mereka gunakan untuk tarian mereka. Gelang kaki pun special bagi saya sebab ia jarang dipakai oleh kita sebabnya... kita wanita muslimah ni berstokin. Memang taklah nak pakai gelang kaki kan! Tapi, pakai dalam rumah, tak salah kan? Lagi cantik. Hanya dilihat oleh mata-mata yang layak sahaja. Maniskan kalau begitu? Perhiasan yang kita pakai menjadi tatapan mereka yang dibenarkan saja. Pernah sekali saya belikan gelang kaki untuk diri sendiri tapi pakainya tak lama. Lepas tu, entah ke mana-mana perginya gelang kaki tu. Jadi, sekarang saya dah malas nak beli gelang kaki lagi dah sebab tahu jangka hayat dia mesti tak lama. Hehe.


Barang kemas ketujuh: Rantai
Sudah sampai masanya saya ceritakan kenapa saya suka sangat dengan barang kemas yang dinamakan rantai ni! Dan tengoklah. Gambar ni adalah koleksi rantai yang saya ada. Semuanya orang bagi. Mak dan kawan-kawan bagi sebagai hadiah. Hmm... bagi saya,dalam banyak-banyak barang kemas, rantai adalah salah satu lagi barang kemas yang saya rasa sangat sangat special (bagi saya). Saya pun tak pasti kenapa tapi saya rasa kecantikan seseorang wanita tu lebih menyerlah dengan rantai yang dipakainya. Tak kisahlah rantai tu trendy atau tak, mahal atau murah, lip-lip lip-lap ke tak, asal namanya rantai, nampak manis je jika dipakai. Dan bagi saya lagi, even kalau seorang wanita tu tak ada barang-barang kemas yang lain, cukup hanya sekalung rantai atau loket, dah nampak cantik dah. Anggun lagi. Tapi, cantik di mata siapa? Again, kan kita ni berhijab. Nak tunjuk dekat siapa rantai tu? Ha.... sebab tu saya kata rantai ni special sebab ia satu-satunya barang kemas yang wanita muslimah boleh tayang dekat mata-mata yang berkenaan saja. Cantik di mata suami lebih-lebih lagi. Bagi saya, simple macam manapun rantai yang seorang wanita pakai, akan tetap terserlah kecantikan dan keanggunan dia di mata suaminya. Entahlah... mungkin ini hanya satu ilusi tapi 90% ada benarnya jugak. Hehe. Sebab tu saya suka rantai. Suka sangat! Dan saya tak kisah kalau saya beli rantai untuk diri sendiri atau orang bagi. Dua-dua saya suka! Dan kalau saya nak bagi barang kemas sebagai hadiah untuk seseorang, rantai akan menjadi pilihan saya. Tak macam cincin, kalau kita beli rantai, kita tak perlu risau saiz apa yang sesuai untuk pemakai sebab rantai ni free size. Mudah kan?

Kalau nak concludekan, semua barang-barang kemas yang saya suka pakai semuanya yang tak boleh dipamerkan di depan khalayak. Memang saya lebih suka begini sebab saya hanya nak pamerkannya di depan mata mahram saya je dan juga 'dia'. Suatu hari nanti. Saya nak nampak cantik di mata'nya' setiap masa. Takkan saya biarkan walau sedetik diri saya selekeh dan tak cantik di mata'nya.' Sebab saya nak nampak special di matanya. 'Dia' tu suami sayalah. Siapa lagi. Hehe.

Fungsi barang kemas ialah untuk menyerlahkan lagi kecantikan si wanita. Tapi kalau niat untuk menunjuk-nunjuk dan berlagak sombong seolah-olah macam wanita kaya, berdosalah jawabnya. Sebaik-baiknya, biar berpada-pada dalam berhias. Nak berhias pun ada tatacaranya. Selagi mana niat betul dan tak melanggar batas-batas syariat, in sha Allah, kita selamat. Sebaik-baiknya berhiaslah untuk mendapat redha Allah dan atas niat da'wah. In sha Allah, akan lebih diredhai-Nya.

Tambah sikti lagi. Saya suka berhias.

(senyum)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails