About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 22 June 2013

Janji

~Bismillah~

kenapa manusia suka berjanji? apa yang mereka dapat daripada membuat janji?
kepuasan hati? ketenangan? keseronokan? 
atau apa?

ramai yang tak sedar bahawa dengan berjanji, kita memberi harapan palsu pada manusia lain.
dan bila janji kita tak penuhi, dengan tak semena-mena,
tiada apa yang kita berikan pada manusia itu selain kesedihan dan air mata.
hanya kerana sebuah janji yang tak terpenuhi,
sebuah hati menjadi hancur remuk bagai dicincang-cincang.

jadi, kenapa mesti berjanji?

saya adalah manusia yang paling tak suka berjanji...
tapi saya selalunya terpaksa berjanji demi memuaskan hati manusia lain yang
tak mahu hidup mereka susah kerana saya.
ya. saya terpaksa.
saya tak suka berjanji kerana saya manusia. manusia yang Allah ciptakan fitrahnya 
pelupa dan tidak menepati janji.
ini sisi saya yang paling saya benci. 
berjanji tapi susah untuk menepati.

sebab tu saya utarakan soalan ni.
kenapa perlu berjanji kalau tahu takkan menepati?

kan?

hidup akan lebih tenang jika kita tak berjanji apa-apa dengan manusia lain.
beban akan jadi kurang bila tiada janji yang harus kita penuhi.

untuk meyakinkan manusia lain terhadap diri kita,
bukan dengan cara berjanji ksosong dengan mereka.

tapi...

dengan cara meyakinkan mereka bahawa kita boleh.
dapatkan kepercayaan mereka dan tingkatkan keyakinan mereka pada kebolehan kita.

begini. bukan dengan cara berjanji macam-macam,
kerana percayalah bahawa takkan semua janji dapat kita penuhi.

jadi, mulai hari ni, saya tak mahu berjanji apa-apa dengan sesiapa,
termasuk kamu.

dengan ini, saya lebih tenang dan cool. 

(Senyum)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails