About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday, 20 June 2013

Impian yang hanya sekadar mimpi

~Bismillah~


Baru-baru ni, kawan baik saya telah pun melalui salah satu fasa bahagia dalam hidupnya. Dia sudah berkahwin! Baru umur 23 tapi sudah bergelar suri dalam hidup seorang lelaki yang dicintainya (suaminya). Tapi malangnya saya tak dapat hadir. Saya salah seorang sahabat dia yang mendapat jemputan melalui kad. Kawan-kawan lain banyak yang dapat jemputan melalui FB je. Saya rasa sangat beruntung sebab walaupun sejak last-last sem ni kami dah semakin jauh, tapi dia masih anggap saya teman rapat dia sehinggakan saya antara orang-orang yang mendapat kad kahwin daripadanya. Kenapa saya tak dapat hadir adalah kerana masalah pengangkutan. Dan kebetulan masa saya buka event wedding reception dia di FB, saya baru tahu yang kami kena confirmkan kehadiran pada 15 Mei. Yalah, sebab resepsi ni diadakan di Hotel Singgahsana. 

Menurut Syaf (sahabat saya yang kahwin tu), mereka kena pastikan jumlah tetamu yang bakal hadir sebab nak tempah makanan cukup-cukup (supaya tak membazir agaknya). Jadi, terlambat untuk saya ajak mak pergi sama. Kalau tak, memang mak boleh drive ke sana since saya pun tak tahu jalan ke sana. Jadi, bila tak boleh bawa mak, saya pun menghadapi masalah pengangkutan. Tak tahu nak pergi ke sana macam mana. Ada seorang kawan, Haekal namanya, offer saya untuk naik kereta dia je. Tapi masalahnya saya tak biasa naik kereta berdua dengan lelaki dan pergi ke tempat jauh-jauh. Jadi, dengan dukacitanya, saya terpaksa tolak. Saya harap, Haekal tak terasa dengan saya. Tapi walau apapun, saya berdoa dari jauh, memohon agar Allah permudahkan segala urusan mereka. Masa tu saya berharap agar majlis perkahwinan sahabat saya ni berjalan dengan lancar dan alhamdulillah, walaupun tanpa saya, dia sudah selamat diijab kabulkan dengan insan istimewa dalam hidupnya. Saya bahagia sebab sahabat saya sudah bertemu jodohnya. Moga Allah memberkati pernikahan mereka hingga ke Jannah-Nya.


Cerita sebelum ni pula, saya dapat berita dua orang kawan saya yang baru berkahwin, kalau kamu masih ingat, Najmee (kiri gambar) dan Baeim (kanan gambar) juga menemui hari bahagia mereka buat kali yang kedua atau dengan erti kata lain, sudah melangkah ke fasa kedua dalam hidup mereka setelah berumahtangga. Kini, mereka bukan saja suami, tapi sudah menjadi bapa kepada putera-putera mereka yang sangat comel! Baru 23 tahun tapi sudah jadi bapa. Sungguh, saya cemburu! Tapi dalam masa yang sama, saya terharu sebab isteri-isteri mereka begitu tabah melahirkan cahaya mata masing-masing dalam umur yang sangat muda. Mereka sangat beruntung sebab diberi peluang untuk menjadi ibu bapa yang muda kepada anak mereka. Saya? (gelak) Ya, saya punya impian untuk kahwin awal masa dan menjadi seorang ibu muda juga masa habis SPM dulu. Tapi.... semua tu hanya sekadar mimpi. Ia memang sebuah impian pada mulanya tapi kini ia merupakan sebuah impian yang tiada maknanya lagi. Impian yang hanya sekadar mimpi. Seiring dengan perjalanannya waktu, kini, saya tidak lagi berada dalam fasa tu. Saya dah melepasi tahap yang mana seorang remaja sangat inginkan anak pada usia yang muda bersama suami tercinta di sisi (air mata menitik). 


Bukan mereka saja, tapi sebelum tu pun, sahabat saya, Fatin, mendapat seorang puteri. Fatin kawan batch sekolah kami yang pertama kahwin dan kawan pertama juga yang mendapat cahaya mata. Saya cemburu tapi saya gembira untuk mereka. Dan saya bersyukur, sebab jika bukan saya, kawan-kawan sayan yang soleh solehah ni diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai pernikahan awal dan kehidupan sebagai seorang ayah dan ibu pada usia yang sangat muda. 

Ramai orang cakap, kahwin muda susah. Tak boleh nak fokus studi sebab bahu memikul satu lagi tanggung jawab berat. Banyak hati nak kena jaga; hati mak ayah sendiri, hati mak ayah mertua, keluarga sendiri, keluarga ipar. Dan ada yang sampai tak boleh cope dengan studi. Masalah kewangan, tak boleh nak capai cita-cita tinggi. Terlalu banyak sebab kenapa ramai mak bapak menentang kahwin awal... termasuklah mak ayah saya. Tapi yang peliknya, abang-abang dan akak saya, mereka semua dapat kahwin awal. Tapi, saya tak dapat. Kecil hati juga sebenarnya. Sedangkan kahwin awal merupakan salah satu impian terbesar dalam hidup saya (air manta menitis lagi). Memang betul, kahwin awal terlalu banyak cabarannya. Tapi, kenapa kita perlu pandang kehidupan ni dari sudut yang negatif saja? Kenapa tak pandang dari sudut positif? Kita buat kajian ramai pasangan suami isteri muda yang rumah tangga porak peranda, studi entah ke mana... tapi kita jarang buat kajian tentang kehidupan rumah tangga sepasang suami isteri muda yang bahagia. Ada beberapa pasang suami isteri muda yang bahagia... bukan nak kata mereka tak ada masalah langsung... tapi dengan matangnya mereka dapat selesaikan masalah bersama. 


Pernah sekali kakak saya cerita, kawan-kawan dia sendiri yang berkahwin masa masih belajar. Masa nak dekat exam, memang stres. Tapi masing-masing dapat sokongan antara satu sama lain. Suami motivate isteri dan isteri pun support suami dan ada juga pasangan yang menjadikan anak mereka sebagai penguat semangat mereka sehingga mereka cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Berbalik kepada cerita kawan-kawan kakak saya tu, betapa nak kata perkahwinan awal sangat membantu pelajaran mereka sehinggakan si isteri, siap dapat tawaran sambung belajar buat master dan si suami dapat tawaran sambung belajar bukan sekadar master tapi terus buat phd. Siapa kata kahwin awal susah? Sungguh saya cemburu dengan mereka! (air mata jatuh lagi) Mak sering merungut... kalau saya kahwin awal, hidup saya akan jadi susah. Rumah tak cukup besarlah, tak banyak duitlah, kereta tak lawalah semua... memang betul kata-kata mak ni... tapi saya ada pendapat sendiri. Saya cakap dengan mak, "Mak, mak tak rasa ke bila pasangan suami isteri yang kahwin awal ni, bila awal-awal lagi mereka dah rasa kepahitan dan kesusahan dalam hidup mereka, itu semua akan jadi memori indah yang mereka akan akan ingat sampai bila-bila dan akan cerita  pada anak-anak mereka nanti? Kalau semuanya bermula dengan senang, nanti tak ada apa yang kita nak share atau ceritakan pada anak-anak kita nanti..." (pendapat saya je) dan mak diam.

Dan selepas ini, saya akan mendapat jemputan dari ramai lagi kawan yang akan bernikah. Mungkin sekitar bulan Ogos dan September. Kadang-kadang jemputan kahwin yang saya terima semakin buat saya tawar hati untuk hadirkan diri. Bukan sebab saya cemburu lagi tapi sebab saya sedih. Sedih kerana saya tak tahu bila pula majlis saya yang akan dihadiri kawan-kawan saya nanti. Bukan nak kata saya tak nak kahwin atau tak akan kahwin, tapi yang pastinya kahwin awal sudah tidak lagi menjadi impian saya sekarang dan ia bukan prioriti sebab saya sudah tidak punya impian sebegitu lagi. Semuanya sudah berlalu bak angin yang tidak akan berpatah balik, since umur saya pun sudah bertambah dan saya kini bukan seorang remaja lagi tapi seorang dewasa. Semakin saya berharap, semakin ia jauh dari saya untuk menjadi kenyataan. Dan even kalau ada orang melamar saya sekalipun, saya berani katakan yang hati saya telah menjadi tawar. Kalau dah lambat, baik kahwin lambat saja. Dan melihat keadaan saya sekarang, saya jangkakan yang saya mungkin akan bernikah paling awal umur 28 tahun dan paling lambat umur 30 tahun. Saya dah penat nak bermimpi lagi dah. Kalau dah lambat tu, biarlah lambat terus. Saya redha...

p/s: Maaf, hari ni saya emo sikit tapi sebenarnya dah lama nak luahkan cuma tak reti nak menyusun dengan kata-kata. Dan sebenarnya banyak lagi... tapi cukuplah setakat ni saja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails