About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday 26 February 2009

Di suatu pagi yang indah....

salam.

"alhamdulillahilladhi ahyana ba'dama amatana wa ilahinnusyur....." (doa bangun tidur).

marilah kita sama-sama memanjatkan setingi-tinggi kesyukuran kepada yang maha Esa kerana masih meminjamkan kita nyawa yang satu ini di samping memberi peluang kepada kita meneruskan tugas-tugas sebagai khalifah di bumi-Nya yang nan indah ini. memberi kesempatan kepada saya bagi meneruskan perjuangan menulis cerita-cerita baru dalam blog ini dan juga memberi sedikit masa lagi bagi mengulangkaji pelajaran bagi matapelajaran yang bakal diuji esok dan lusa. alhamdulillah... "segala puji bagimu ya Allah"...

ada dua nikmat yang terbesar diberikan oleh Allah sebagai tanda kasih sayang dan kecintaan-Nya terhadap seluruh hamba-hambanya; nikmat kesihatan dan nikmat masa (surah al-'Asr: 1-3). subhanallah, tidakkah kita terfikir betapa pemurahnya Allah itu. walaupun kita terus-menerus melakukan dosa dan melanggar perintah-Nya, tapi Dia masih menganugerahkan kita nikmat-nikmat sebesar ini. tetapi mengapa manusia ini semakin hari semakin tidak bersyukur? biasalah... nama pun manusia. memang susah sangat nak mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan, setuju? (sebagai renungan. sama-samalah muhasabah diri ye...)

sebenarnya, saya update blog pagi ni pun untuk menghilangkan rasa mengantuk. sepatutnya pukul 4.30 am lagi saya dah sepatutnya mengadap Illahi dan menyambung ulangkaji saya, tapi, nak buat macam mana? mungkin Dia tak izinkan. Dia nak saya rehat secukupnya, tidur secukupnya. saya kunci jam, tapi sedar jam erika saya bunyi pun pukul 6.45 am. kelakarkan? hehehe... biasalah. cuti-cuti ni, agak 'keliatan' sikit. hahaha....




alhamdulillah, bangun je saya dari tidur bagi menyahut seruan illahi, "hayya 'alassolah! hayya 'alalfalah! al-solatu khairun minannaum...!" benda yang saya akan mula-mula tengok, sudah tentulah erika saya. lepas tengok jam pukul berapa, saya perasan ada satu mesej masuk dalam inbox saya. daripada: anonymous. hehehe....

"ISLAM itu hebat, tidak dipikul ISLAM itu melainkan oleh orang-orang yang hebat AS-SYAHID MUHANNAD TAHIR. sekadar motivasi. pagi..."

subhanallah, indahnya tazkirah ini. mesej ini dihantar pada jam 6.11 am. tapi, baru perasannya jam 6.45 am. teruknya.... hehehe...

kata-kata ini dipetik daripada salah seorang pejuang palestin, as-syahid, muhannad tahir. tahu tak siapa pemuda ini? beliau merupakan salah seorang remaja yang syahid menemui Illahi di medan perang, mempertahankan bumi palestin dari tangan-tangan kotor israel. saya ingat lagi, saya pernah sekali menonton video mengenai pemuda gagah berani ini di sekolah. waktu tu, sekolah saya mengadakan minggu al-Quds, sempena memperingati kisah perjuangan saudara-saudara palestin berjuang membebaskan tanah suci daripada jajahan israel. allahu akbar, betapa hebatnya insan bernama muhannad ini. sedih rasanya melihat kisahnya. dia terpaksa meninggalkan ibu tuanya sendirian demi menyahut seruan Illahi sehingga akhirnya dia pergi menemui-Nya kembali. hampir menitis air mata melihatkan keberanian dan kecintaan-Nya yang tinggi dalam berjuang menegakkan kebenaran. kita, nak bangun solat subuh pun liat. cuba bayangkan saudara-saudara kita di sana. hendak cari masa dan tempat untuk solat pun susah. berbeza sekali dengan kita.

tentang as-syahid muhannad, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah perjuangan beliau. manalah tahu suatu hari nanti kita bakal menjadi as-syahid muhannad di sini pula? siapa tahu? keajaiban boleh berlaku bila-bila masa saja. masih ingat kata-kata ini?





oklah.
terpaksa berundur diri dulu.
nak ulangkaji IRK dengan BMW. doakan saya esok!!!!

*terima kasih anonymous atas tazkirah yang memberansangkan. semoga Allah memberkatimu, insya Allah...



take care!!!

2 comments:

Yukie said...

suatu reflektif yang sangat baik
huhu
kalau la yus dapat tulis macam tu gak kan?? mesti best
tapi x layak la
nanti la
sekarang duk sibuk dengan
EXAM FEVER
nanti baru yus wat post yg lagi bermakna
insyaallah

Zimah Zaiwani said...

hehehe.... xpe. at least, yus dah pasang niat. insya Allah, nnt ada ms, yus buatlah. tp, for me, post kat blog yus pon, not bad jugak. best je.... hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails