Salam.
Cinta Adalah...
Cinta adalah kekuatan
Yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah malang jadi untung
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah syaitan jadi nab
iMengubah iblis jadi malaikat
Mengubah sakit jadi sihat
Mengubah bakhil jadi dermawan
Mengubah kandang jadi taman
Mengubah penjara jadi istana
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta.
Sekalipun Cinta...
Sekalipun cinta telah kuuraikan
Dan kujelaskan panjang lebar
Namun, jika cinta kudatangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan
Cinta dan percintaan.
Kau Mencintaiku
Kau mencintaiku
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala.
(sumber: puisi-puisi ini dipetik daripada filem Ketika Cinta Bertasbih)
p/s: Saya ingin berterima kasih kepada Kekasih saya yang begitu agung cinta-Nya kepada saya, iaitu Allah 'azza wajalla (terima kasih, ya Allah). Juga saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada junjungan Rasulullah s.a.w kerana mencintai saya sebagai umat baginda (terima kasih, Rasulullah). Tidak dilupakan kepada insan-insan ini yang begitu dalam cinta mereka terhadap diri saya dan insya Allah cinta mereka kekal di hati saya sampai bila-bila. Mereka adalah ayah, emak, kak long, abg long, angah, kak arsyi, abg nwar, kak aishah, kak uda, haifz, zaim, guru-guru, sahabat-sahabat terdekat, anak-anak murid dan semua sahabat baru saya yang tidak putus-putus doanya untuk saya. Puisi ini saya hadiahkan mereka semuanya. Semoga cinta antara kita semakin mekar dari hari ke hari.
Aku mencintaimu...
Wallahua'lam.

1 comment:
cinta = subjektif
Post a Comment